10 di sipitang - Google Blog Search |
Najib bakal rasmikan acara pecah tanah <b>di Sipitang</b> | Broadcast.my Posted: 13 Feb 2012 03:12 AM PST Najib bakal rasmikan acara pecah tanah di Sipitang13/02/2012 6:16pm KOTA KINABALU 13 Feb. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan acara pecah tanah bagi projek kilang baja urea ammonia Sabah (SAMUR) yang bernilai US$1.5 bilion (RM4.6 bilion) di Sipitang Khamis ini. Projek besar itu dimiliki oleh Petronas Chemicals Group Bhd. Pengurus besar pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Joseph Podtung berkata kehadiran SAMUR bertaraf dunia di Sipitang akan mewujudkan kesan positif ke atas industri kimia dan berkaitannya, termasuk pertanian, hotel dan katering, penyenggaraan kilang dan pengangkutan. "Ia juga akan menyediakan syarikat dan para usahawan prospek perniagaan yang meluas dan menjana pekerjaan untuk tempatan, sekali gus menyemarakkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya untuk komuniti tempatan di Sipitang," kata beliau pada satu majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals Group. — BERNAMA Short URL: http://broadcast.my/?p=44806 |
You are subscribed to email updates from di sipitang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan