ads

Ahad, 14 Julai 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Nelayan parah ditembak ketika memancing <b>di Semporna</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2013 01:58 AM PDT

- 2013-06-21 16:58:32'.

hospital-semporna

Hospital Semporna

SEMPORNA 21 Jun – Seorang nelayan cedera parah selepas ditembak sekumpulan perompak bertopeng ketika memancing ikan di perairan Pulau Larapan di sini awal pagi semalam.

Hani Sarabati, 27, berasal dari Kampung Bangau-Bangau di sini terkena satu das tembakan di rusuk kiri dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa keluar memancing di perairan berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia tujuh tahun.

"Bot mangsa tiba-tiba dihampiri sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata menaiki bot tanpa enjin yang mengarahkan nelayan itu membuka enjin botnya.

"Mangsa bagaimanapun memberi alasan tidak mempunyai peralatan untuk membuka enjinnya menyebabkan salah seorang suspek melepaskan tembakan dan mengenai mangsa," katanya hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu mangsa sambil menahan kesakitan menghidupkan enjin dan memecut pulang ke rumahnya sebelum dibawa sanak-saudaranya ke hospital.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Semporna sebelum dipindahkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan. Polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti sama ada kumpulan terbabit penduduk tempatan atau warga asing," katanya.

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2013 11:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 11:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Probitas Et Fides: {Gambar}: Tempat-tempat Menarik <b>di Kudat</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 04:59 PM PDT

Assalamualaikum wbt kepada sahabat blogger semua. Apa khabar kalian semua? Semoga kalian senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Pada 24-25 Februari lalu saya berpeluang ke Sabah atau lokasi lebih tepat lagi ke daerah Kudat. Inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke bumi Sabah ini dan kali pertama ke pekan Kudat. Kudat merupakan salah sebuah daerah di Sabah dan ia terletak di bahagian paling Utara bagi negeri Sabah ini. Ia terletak lebih kurang 153km ke utara Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan kalian semua, ada sebuah tempat di Kudat ini yang terletak di penghujung Kepulauan Borneo ini. Tempat yang dikenali dengan nama penghujung tanduk Borneo ini adalah Tanjung Simpang Mengayau atau The Tip of Borneo.
Jom kita layan sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa berada di Kudat :-
stand by to depart..masa ini masih berada di KLIA lagi ....tunggu pak pilot...tunggu saya hihihihh....

online check in boleh pilih seat..saya pilih antara seat paling hujung belah kiri sebelah tingkap..seat 24A .....economy class je tau..bisness mmg saya tak layak...hihihihhh...flight pukul 12 tengahari...

kira-kira jam 3.00 ptg kami sampai di airport, seorang sahabat telah menunggu saya di airport...sampai sahaja, terus beliau membawa kami solat jamak takhyir asar & zohor di masjid terapung Likas..masa tue, jam 3.45 dah masuk Asar...kemudian kami minum petang di situ dan meneruskan perjalanan selama lebih kurang 3 jam lebih ke Kudat..jam 7.30 malam kami sampai di Kudat dan ketika itu sudah kedengaran azan Isyak...kami menginap di Hotel Ria, Kudat.
Itu adalah gambar pekan Kudat yang terdapat di hotel ini. Jelas kelihatan bahagian paling hujung dalam Kepulauan Borneo ini di gambar tersebut.
Gambar pekan Kudat. Jangan terkejut jika saya mengatakan gambar ini dirakam pada jam 6.30 pagi. Waktu itu pekan Kudat telah terang benderang.

Inilah gambar Hotel Ria, Kudat pada waktu siang. Saya boleh katakan hotel ini merupakan bangunan tertinggi yang terdapat di pekan Kudat ini.

Ini merupakan pengangkutan awam utama yang menghubungkan pekan Kudat dengan kawasan kampung yang terdapat di sekitar kawasan ini.

Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu ini adalah pengangkutan awam. Saya ingat ia hanya membawa barang, rupanya ia membawa orang sekali....
Setelah urusan kerja saya selesai, saya sekali lagi dibawa oleh sahabat saya untuk kembali ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke K. Kinabalu, kami dibawa oleh sahabat saya tadi ke The Tip of Borneo. Sila jangan terkejut kerana ia adalah jalan utama ke The Tip of Borneo tersebut...huhuhuhhh...

Walaupun jalan ke sana agak teruk, tetapi apabila sudah sampai ke tempatnya, suasana di situ teramatlah cantik dan nyaman.


Inilah tanda aras The Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Pada sesiapa yang telah dan akan ke Kudat, tetapi tidak ke sini saya boleh katakan kunjungan kalian tidak lengkap kerana inilah satu-satunya tempat paling hujung di Kepulauan Borneo.
Disini kalian boleh lihat dua laut bertemu iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu..Memang jelas kelihatan dua arus dari dua lautan ini bertemu dan akan terbentuk seperti sebuah lorong air.
                                     Dapat juga saya bergambar di penghujung Borneo ini.
Gambar di penanda aras di The Tip of Borneo @ Tanjong Simpang Mengayau..

Kemudian, setelah selesai kami bertolak semula ke K. Kinabalu. Sampai di KK, sebelum check in  hotel sahabat saya membawa kami makan malam dahulu di sebuah gerai makan berhadapan dengan Kompleks Membeli Belah 1Borneo...Lihat sotong itu, sangat besar kan huhuhuhh..

Itu sahaja catatan perjalanan saya sepanjang berada di Kudat. Entri akan datang saya akan ceritakan catatan perjalanan ke K. Kinabalu dan Beaufort. Ketika di K. Kinabalu lah pencerobohan Lahad Datu telah bermula....Jumpa lagi ye kawan2..Assalamualaikum

ZAKRI ALI: PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO <b>di Kudat</b>

Posted: 21 Mar 2013 05:30 PM PDT

SABAH: Tobat lahom media Umno nak siarkan fakta GEMPAR neh [Baca laa...]

Ketua Militant Raja Muda Azzimuddin Kiram adalah warganegara Malaysia dan juga Ahli UMNO... ada IC dan pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kudat... siasat konspirasi ini dulu... baru terlerai segala masalah...

Sebab tu UMNO takut membawa isu Lahad Datu ini ke meja rundingan kerana takut rahsia konspirasi dan Sandiwara mereka terbongkar..

Maka UMNO adalah Pengkhianat Bangsa dan Negara..

*******************************


PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO di Kudat

PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.

"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.

"Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi.
PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.

Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.

Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut.

Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.~ SH

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


<b>Papar</b>: Tayar keretapi terkeluar landasan, penumpang terpaksa naik <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2013 10:26 PM PDT

PAPAR – Kira-kira 80 penumpang sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Tanjung Aru ke Papar terpaksa meneruskan perjalanan mereka dengan bas selepas satu tayar kereta api itu terkeluar daripada landasan dalam kejadian hari ini.

Pegawai Operasi Keretapi Sabah Awang Zainudin Awang Matusin berkata kejadian pukul 8 pagi di kawasan Kampung Kawang di sini itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang.

"Kejadian itu berlaku akibat masalah pada landasan, bukan kerana tidak diselenggara cuma di bahagian ini memang ada sedikit masalah dan pemandu sentiasa dinasihatkan berhati-hati dan mengurangkan kelajuan ketika melalui kawasan ini," katanya ketika ditemui pemberita, di lokasi kejadian.

Katanya Jabatan Keretapi Sabah sedang berusaha menangani masalah itu.

Sementara itu, pemandu kereta api Amir Amit berkata kereta api berkenaan bertolak dari Stesen Tanjung Aru pada 7.45 pagi dan apabila tiba di kawasan tersebut beliau memperlahankan kelajuan.

"Bahagian kanan depan keretapi terasa goyang sedikit, seperti tersasar dari trek landasan. Saya terus berhentikan kereta api dan keluar untuk tengok. Saya nampak satu tayar terkeluar daripada landasan," katanya kepada pemberita.

Bernama difahamkan kereta api itu kemudian dialih daripada landasan dan perkhidmatan tren Sabah tidak terjejas.

Kejadian itu merupakan yang kedua tahun ini selepas insiden pada 19 Jun lepas yang meragut nyawa seorang pelancong Hong Kong selepas sebuah kereta sewa dirempuh kereta api di Jalan Petagas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2013 09:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2013 09:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Feb 2013 09:53 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TPM <b>Di</b> Sabah Bukti Keprihatinan Kerajaan - Pemuda UMNO

Posted: 22 Feb 2013 03:26 AM PST

Kategori Berita Pemuda

TPM Di Sabah Bukti Keprihatinan Kerajaan

Oleh : Mohd Nasri Zakariah

KOTA KINABALU 21 Feb – Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Tenom, Keningau dan Nabawan mulai yang hari ini menjadi penyuntik semangat kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kawasan pedalaman kubu kuat dan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, kesungguhan pemimpin nombor dua negara meluangkan masa bertemu rakyat di kawasan pedalaman akan menjadi pemangkin semangat perjuangan rakyat dan jentera BN untuk mempertahankan Putrajaya.

"Kunjungan Muhyiddin dilihat dapat menyuntik semangat supaya jentera BN di kawasan pedalaman khususnya di Tenom terus kerja keras bagi memastikan kejayaan memperolehi dua pertiga di parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

"Lawatan bersilih ganti antara Perdana Menteri dan timbalannya ke Sabah, bukti jelas keprihatinan kepimpinan pusat di kawasan pendalaman, ia juga boleh dianggap lawatan untuk memastikan semua jentera BN dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir kali ini," katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Sabah bermula hari ini akan bersama rakyat dalam majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Keningau, Tenom dan Nabawan serta Himpunan Guru Muda di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

Jamawi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, jentera BN khususnya pergerakan Pemuda BN Bahagian telah bersiap sedia dan sudah pun menjalankan gerak kerja, aktiviti dan program yang membabitkan pengundi muda.

"Lawatan turun padang Timbalan Perdana Menteri ini adalah peluang terbaik untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan yang telah banyak membantu mereka dalam apa jua perkara terutama di kawasan pedalaman," katanya

Menurutnya, walaupun jauh di pedalaman namun pembangunan yang disediakan telah banyak membawa perubahan kepada rakyat sejajar dengan transformasi yang dibuat oleh kerajaan supaya jurang antara rakyat tidak jauh berbeza walau dimana mereka berada.

Katanya, apa yang berlaku itu membuktikan kepimpinan BN sentiasa prihatin terhadap kepada rakyat dan ingin membawa satu perubahan dengan konsep 1Malaysia dan secara tidak langsung menangkis tuduhan pembangkang yang mengatakan adanya anak tiri kepada rakyat Sabah. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 11:26 AM

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved