ads

Sabtu, 4 Mei 2013

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Feb 2013 09:53 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TPM <b>Di</b> Sabah Bukti Keprihatinan Kerajaan - Pemuda UMNO

Posted: 22 Feb 2013 03:26 AM PST

Kategori Berita Pemuda

TPM Di Sabah Bukti Keprihatinan Kerajaan

Oleh : Mohd Nasri Zakariah

KOTA KINABALU 21 Feb – Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Tenom, Keningau dan Nabawan mulai yang hari ini menjadi penyuntik semangat kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kawasan pedalaman kubu kuat dan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, kesungguhan pemimpin nombor dua negara meluangkan masa bertemu rakyat di kawasan pedalaman akan menjadi pemangkin semangat perjuangan rakyat dan jentera BN untuk mempertahankan Putrajaya.

"Kunjungan Muhyiddin dilihat dapat menyuntik semangat supaya jentera BN di kawasan pedalaman khususnya di Tenom terus kerja keras bagi memastikan kejayaan memperolehi dua pertiga di parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

"Lawatan bersilih ganti antara Perdana Menteri dan timbalannya ke Sabah, bukti jelas keprihatinan kepimpinan pusat di kawasan pendalaman, ia juga boleh dianggap lawatan untuk memastikan semua jentera BN dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir kali ini," katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Sabah bermula hari ini akan bersama rakyat dalam majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Keningau, Tenom dan Nabawan serta Himpunan Guru Muda di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

Jamawi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, jentera BN khususnya pergerakan Pemuda BN Bahagian telah bersiap sedia dan sudah pun menjalankan gerak kerja, aktiviti dan program yang membabitkan pengundi muda.

"Lawatan turun padang Timbalan Perdana Menteri ini adalah peluang terbaik untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan yang telah banyak membantu mereka dalam apa jua perkara terutama di kawasan pedalaman," katanya

Menurutnya, walaupun jauh di pedalaman namun pembangunan yang disediakan telah banyak membawa perubahan kepada rakyat sejajar dengan transformasi yang dibuat oleh kerajaan supaya jurang antara rakyat tidak jauh berbeza walau dimana mereka berada.

Katanya, apa yang berlaku itu membuktikan kepimpinan BN sentiasa prihatin terhadap kepada rakyat dan ingin membawa satu perubahan dengan konsep 1Malaysia dan secara tidak langsung menangkis tuduhan pembangkang yang mengatakan adanya anak tiri kepada rakyat Sabah. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 11:26 AM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved