10 di kudat - Google Blog Search |
BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search Posted: 12 Jul 2013 11:33 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||
Kenali Kudat: Bahasa lalulintas <b>di Kudat</b>.. Posted: 11 Jul 2013 10:48 PM PDT Hai semua, apa khabar anda semua? Putera Kudat berharap anda dalam keadaan yang baik saja ketika ini. Kali ini PK akan berkongsi satu fenomena yang unik dan sering terjadi di Daerah Kudat, tidak kira waktu pagi atau tengah hari dan petang. Fenomena ini adalah bahasa isyarat lalulintas di Kudat. Jika anda pernah berkunjung atau menetap di Semenanjung Malaysia, fenomena ini amat berlainan sekali dengan fenomena yang biasa terjadi di Kudat. Bahasa isyarat lalulintas yang pertama adalah membunyikan hon ketika kenderaan yang dipandu berselisih dengan kenderaan kawan. Majoriti penduduk Kudat amat sinonim dengan budaya ini malah boleh kedengaran pelbagai irama hon pada pelbagai jenis kenderaan, ada yang menghasilkan bunyi hon yang tajam hingga menyakitkan telinga dan ada juga bunyi hon yang sederhana dan ada juga bunyi hon yang berbentuk garau serta ada juga bunyi hon yang boleh bersiul. Post kali ini amat sesuai untuk mereka yang bukan penduduk daerah Kudat, mereka yang bercadang hendak ke Kudat, ataupun kepada generasi muda Kudat yang lahir di Kudat tetapi telah bermastautin.
Penggunaan hon ini juga sinonim dengan bandar-bandar yang lain seperti bandar Kota Marudu, bandar Kota Belud, dan banyak lagi di Sabah. Bestkan bahasa jalan raya di Kudat, oleh itu sila pastikan kenderaan anda mempunyai hon yang paling macho ataupun paling comel bila berada di daerah Kudat okeeey.. Bahasa isyarat lalulintas yang kedua di Kudat adalah penggunaan lampu utama kenderaan pada waktu siang hari. Kebiasaannya para pemandu mengenal satu sama yang lain kenderaan tersebut. Semasa bertembung dengan kenderaan yang lain pemandu tersebut akan menyalakan lampu, ataupun semasa sedang mengekori kenderaan di depan. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan lampu utama dan maksudnya yang tersendiri;
Bahasa isyarat lalulintas ketiga yang sering dilakukan oleh majoriti pemandu kenderaan di Kudat adalah memberikan lambaian tangan (give five). Lambaian tangan ini sering dilakukan bersama-sama dengan senyuman ataupun perkataan singkat yang seakan-akan marah kerana bercakap secara berteriak. Berikut adalah contoh-contoh isyarat atau bahasa jalan yang sering dilakukan di Kudat;
|
You are subscribed to email updates from di kudat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |