ads

Selasa, 11 Februari 2014

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di sandakan</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2014 11:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di sandakan - Google Blog Search

Ikan Matahari Gergasi Terdampar <b>Di Sandakan</b> - MyNewsHub.My <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2014 02:05 AM PST


Sejak akhir-akhir ini banyak pula berita berkaitan kejadian pelik melibatkan hidupan laut.

Terbaru, seekor sunfish atau ikan matahari gergasi dikatakan terdampar di Kg Forest, Sandakan, Sabah.

Perkara yang jarang berlaku ini menarik perhatian penduduk setempat seterusnya disebarkan di laman-laman sosial.

sunfish

Ikan yang memakan obor-obor ini tidak biasa ditemui atau ditangkap kerana spesies dewasa gemar hidup di laut dalam dan mempunyai tabiat berenang mengikut arus.

Ikan matahari juga mempunyai tabiat 'suka berjemur' atau berada di kawasan air laut yang bersuhu lebih daripada 10 °C.

Bagaimanapun, ikan ini memang biasanya bersaiz besar dan berat sesuai dengan selera makannya yang besar. – REM RAMZI

mola_mola_ocean_sunfish_1600x1004

1593426_20130320031615

Ikan Matahari Gergasi Terdampar Di Sandakanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/ikan-matahari-sandakan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/ikan-matahari-sandakan-150x150.jpgAuthor MNH Terkini,,

Sejak akhir-akhir ini banyak pula berita berkaitan kejadian pelik melibatkan hidupan laut. Terbaru, seekor sunfish atau ikan matahari gergasi dikatakan terdampar di Kg Forest, Sandakan, Sabah. Perkara yang jarang berlaku ini menarik perhatian penduduk setempat seterusnya disebarkan di laman-laman sosial.     Ikan yang memakan obor-obor ini tidak biasa ditemui atau ditangkap kerana spesies...

Sejak akhir-akhir ini banyak pula berita berkaitan kejadian pelik melibatkan hidupan laut. Terbaru, seekor sunfish atau ikan matahari gergasi dikatakan terdampar di Kg Forest, Sandakan, Sabah. Perkara yang jarang berlaku ini menarik perhatian penduduk setempat seterusnya disebarkan di laman-laman sosial.   <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/sunfish.jpg"><img class="alignnone size-medium wp-image-225432" alt="sunfish" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/sunfish-267x300.jpg" width="267" height="300" /></a>   Ikan yang memakan obor-obor ini tidak biasa ditemui atau ditangkap kerana spesies dewasa gemar hidup di laut dalam dan mempunyai tabiat berenang mengikut arus. Ikan matahari juga mempunyai tabiat 'suka berjemur' atau berada di kawasan air laut yang bersuhu lebih daripada 10 °C. Bagaimanapun, ikan ini memang biasanya bersaiz besar dan berat sesuai dengan selera makannya yang besar.<strong> - REM RAMZI</strong> <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/mola_mola_ocean_sunfish_1600x1004.jpg"><img class="size-medium wp-image-225430 aligncenter" alt="mola_mola_ocean_sunfish_1600x1004" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/mola_mola_ocean_sunfish_1600x1004-300x188.jpg" width="300" height="188" /></a> <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/1593426_20130320031615.jpg"><img class="size-medium wp-image-225431 aligncenter" alt="1593426_20130320031615" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/1593426_20130320031615-300x225.jpg" width="300" height="225" /></a>

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Qiadah <b>papar</b> peralihan kepimpinan <b>di</b> Kelantan - Harakah Daily

Posted: 05 Feb 2014 09:53 PM PST

KOTA BHARU: Majalah berimej korporat pertama di Kelantan yang diterbit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kini muncul lagi dengan tajuk "Terima Kasih Tok Guru".

Tajuk utama itu digandingkan dengan ucapan "Selamat Bertugas Ustaz Mat", turut dipaparkan gambar Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersalam mesra dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Edisi ke-13 tersebut mulai diedar minggu lepas memuatkan pelbagai rencana menarik sekitar peralihan kepemimpinan utama kerajaan negeri selepas pilihan raya umum lalu.

Turut diketengahkan gambar-gambar sekitar pertemuan sulung Menteri Besar Kelantan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya Disember lalu.

Rencana utama ditulis penulis tersohor, Dinsman mengetengahkan kembali model pemerintahan Islam di Kelantan di bawah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Selain itu dimuatkan rakaman ucapan terima kasih daripada rakyat Kelantan pelbagai kaum dan agama kepada Tok Guru.

Pembaca Qiadah turut berpeluang mengenali lebih dekat barisan anggota Exco kerajaan negeri penggal ke-13, lengkap dengan biodata dan misi serta misi mereka.

Manakala bagi mereka yang belum mengenali dari dekat Menteri Besar Kelantan yang baru, turut dipaparkan siapa Ustaz Mat.

Keunikan Masjid Pulau Melaka, lokasi kediaman Tok Guru turut dipersembahkan kembali dengan mengungkitkan semula fakta-fakta sejarah awalnya.

Orang ramai yang berminat bagi mengikuti dari dekat majalah tersebut boleh melayari www.pmbk.gov.my.   

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jan 2014 11:09 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jan 2014 11:45 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

LAGI KES TEMBAK! Pasangan Kekasih Ditembak, Wanita Maut <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 12:26 AM PST

Kinabatangan - Seorang kerani wanita di sebuah ladang maut, manakala kekasihnya parah selepas mereka dipercayai ditembak ketika berehat di sebuah pondok di Ladang Kim Loong Tongod, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa Rozaliah Peter, 19, dari Kampung Langkabung Tongod, dekat sini, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, dekat sini, akibat ditembak di belakang sebelah kiri badannya, jam 6.45 petang.

Manakala, kekasihnya Amiruddun Mustamin, 27, pekerja kilang sawit Kim Loong Tongod, dekat sini, cedera dengan satu kesan tembakan di bawah bahu kanan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Duchess of Kent Sandakan, di sini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Telupid yang memaklumkan seorang perempuan dan lelaki cedera dipercayai akibat terkena tembakan.

"Mangsa perempuan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, manakala mangsa lelaki cedera di bahu dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. "Keadaan mangsa lelaki dilaporkan serius dan masih menerima rawatan lanjut," katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati, Rozaliah bersama Amiruddin sedang berehat di pondok di dalam ladang sawit kira-kira 300 meter dari jalan utama Jalan Telupid – Tongod, di sini, jam 6.45 petang.

"Tiba-tiba Amiruddin dikatakan terdengar bunyi tembakan sebelum melihat Rozaliah berlumuran darah, manakala dia turut cedera di bahu.

"Amiruddin dipercayai menghubungi rakan sebelum mereka dihantar ke Hospital Telupid untuk rawatan, namun Rozaliah disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Telupid," katanya di sini.

Martin berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, Amiruddin ada melihat individu berlari sambil membawa lampu suluh di bawah bukit tidak jauh dari pondok tempat mereka berehat.

"Mayat Rozaliah dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk bedah siasat, manakala Amiruddin turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut," katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sepasukan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Sumber : daisyteapot.blogspot.com

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2014 09:36 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2014 09:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Projek PMR SLDB bawa harapan kepada pekebun kecil <b>di Nabawan</b>

Posted: 01 Sep 2013 04:21 PM PDT

September, 2, 2013 - 7:21 am

Juvarri02KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.

Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.

Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.

Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.

"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.

"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.

Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.

"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.

SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Tembakan <b>di Kota Kinabalu</b> mungkin rancangan besar - The Borneo <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2014 08:02 AM PST

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri tidak menolak kemungkinan peristiwa sekumpulan remaja menembak dan memecahkan pintu dan dinding kaca kira-kira 25 premis di sekitar bandar raya ini sebagai 'grand design' atau rancangan besar.

Beliau berkata kemungkinan ia bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai memandangkan imej yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan remaja berkenaan memakai penutup muka.

"Mereka tahu apa yang mereka lakukan. Jadi ia mungkin merupakan satu grand design untuk menakut-nakutkan orang. Tetapi nasib baik, sekurang-kurangnya imej mereka dirakam CCTV," katanya kepada pemberita semasa melawat Kem Program Latihan Khidmat Negara Wawasan di Papar, kira-kira 45 kilometer dari sini semalam.

Bagaimanapun Abdul Rahim berkata biar pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Jumaat lalu, enam orang remaja dalam tiga kumpulan berasingan didapati menembak dan merosakan kira-kira 25 premis di sekitar sini dengan menggunakan senapang angin berpeluru guli dan 'ball-bearing'.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian itu bermula jam 11.45 malam di kawasan Karamunsing, Sembulan dan Inanam.

Beliau semalam turut mengingatkan orang ramai bahawa penyebaran maklumat palsu berhubung kejadian itu di laman media sosial adalah menyalahi undang-undang.

Jauteh berkata belum ada tangkapan yang dibuat dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan senjata yang digunakan. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved