ads

Sabtu, 31 Mei 2014

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Diari Aima: Rumah Rehat <b>Ranau</b>: Ungunya Cinta <b>di</b> Majlis <b>...</b>

Posted: 26 May 2014 10:04 PM PDT

Assalamualaikum wbt

Hai.. last weekend. Keluarga kami selamat menerima ahli keluarga baru..!yeh.. adik sepupu saya yang dulu melangsungkan majlis pertunangan di rumah kami dah selamat mendirikan rumah tangga :). Majlis akad nikah dijalankan di Wisma Muis kemudian persandingan beliau dilangsungkan di Ranau, Daerah kelahiran bapa kami :)

Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Majlis dilangsungkan di Rumah Rehat, Ranau. Cerita pasal rumah rehat ni, nda tau lah kenapa kalau google satu benda pun tiada pasal rumah ni. Pelik betul. Macam-macam lah saya bayangkan ya. Satu belog pun tiada menceritakan pengalaman stay tinggal di rumah ni. Mungkin sebab faktor lokasi kot.


Mula-mula tu, Onong offer kami untuk tinggal di sana bersama dia dan suami. Tapi disebabkan kami pergi bersama dua makcik kami so kami tinggal di tempat lain. Syukur juga lah sebab kawasan Rumah Rehat ni agak jauh dari pekan. Gelap pula tu kalau malam lepastu kan bilik pun kat luar..maksudnya buka ja pintu bilik nampak hutan hehe.. scary ok huhuhu

So beginilah perkarangan rumah rehat dengan hiasan khemah 

Ini reception area.

ada juga aksesory DIY bikin bergambar-gambar kan? Funny gilak.


Ini di dalam, actually bukan dewan lebih kepada main hall lah kan..? eh ya kah? Kawasan agak kecik. Cuma boleh muat 4 meja bulat. Tapi Alhamdulillah sempit-sempit pun nda terasa sebab sibuk berjejak kasih kan..Gambar ni diambil malam sebelum acara hehe.. masa acara nda larat la bah mau ambil sebab ramai orang bah.

Kalau biasanya kan majlis perkahwinan di sini ada main kulintangan ala.. kalau di Semenanjung tu mcm gamelan (?) tapi masa wedding adik sepupu saya main alat tradisional dari buluh pula. Ini 2nd time la saya tengok ni..so a lil bit Jakun hehehe.


Pakcik baju hitam tu official photograpgher/videographer.. steady ja multi tasking lepastu kejap-kejap dia jadi MC..haaaaaah  hebat tak pakcik?

Mula-mula tu ingatkan diorang iring lagu dalam cd ahaha..rupanya ada pula penyanyi saya nda sedar..sebiji pula tu suara kan? hehehe


Serba purple la bah.. kami pilih untuk pakai casual seja sebabnya lepas majlis kami terus balik ke Kota Kinabalu. Glemer bah pula kalau pakai baju kurung liplap kalau tiba-tiba singgah di pasar sayur di Kundasang. aiseh

Dan inilah saya.. hehe lama sudah nda ootd dalam belog kan?

Al-kisahnya that was not my 1st choice of ootd tapik..disebabkan perkara yang tidak dapat di elakkan so I chose to be casual. My 1st ootd tu saya simpan untuk wedding seterusnya :) kebetulan cuzen ensuami kat kampung pun nak kahwin keh3 ataupun boleh peram sampai raya hehehe...

Oklah That's all for now!! See you next post!! xoxo

ps/ Onong is her manja name lah.. not her real name hehe

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Berita Terkini Kes Tembak <b>Di Lahad Datu</b> 28 Mei 2014 | melvister.com

Posted: 27 May 2014 07:58 PM PDT

Berita terkini kes tembak menembak tentera di Lahad Datu (LD) pada 28 Mei 2014. Insiden berlaku pada 4.45 pagi dimana seorang anggota tentera maut manakala tiga parah selepas seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan beberapa das tembakan di bandar Lahad Datu. Tiga yang parah adalah seorang anggota komando ATM dan dua orang awam.

ld

Punca kejadian akibat dari tiga anggota tentera bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan. Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Lahad Datu. Anggota tentera yang menembak rakan sendiri kini sedang diburu pihak berkuasa.

ld 2

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Remaja 19 Tahun Maut Disimbah Asid <b>Di Penampang</b>, Sabah <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2014 11:56 PM PDT

Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai disimbah asid oleh seorang lelaki bertopeng di sebuah restoran di Towering, Jalan Penampang, di sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa bersama dua rakannya sedang memesan makanan di sebuah restoran apabila tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topeng terus menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Mangsa yang menggelupur kesakitan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh dua rakannya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan pada 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Incoming search terms:

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2014 11:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dua beranak rentung dalam kebakaran <b>di Kota Marudu</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2014 09:28 PM PDT

KOTA KINABALU – Dua beranak ditemui rentung dalam  kebakaran di sebuah rumah kayu di Kampung Kirangawan, Kota Marudu kira-kira 113 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Mayat Maijun Napaas, 42, (bapa) dan anak lelakinya Alexwin, 5, ditemui di ruang tamu di rumah mereka.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu berkata anak perempuan Maijun berumur lapan tahun sempat menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K. Ramin berkata kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi dan  memusnahkan keseluruhan rumah keluarga itu.

"Sebuah lagi rumah jenis kayu turut terbakar 10 peratus di bahagian dinding," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata sebuah jentera dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Dua Mangsa Culik <b>Di Semporna</b> Berjaya Dibebaskan | IdaMan

Posted: 30 May 2014 09:46 AM PDT



[mstar]- Dua wanita yang didakwa diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitternya setelah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.

"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik di sebuah resort di Sabah pada April lalu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

"Kita sedang mengambil langkah untuk memudahkan urusan membawa pulang warga China ke negaranya secepat mungkin," katanya menerusi 'Tweet' kira-kira pukul 7.30 petang Jumaat.

Najib yang sedang mengadakan lawatan kerja ke China selama enam hari berkata mereka yang diculik dilepaskan tanpa perlu membayar wang tebusan.

"Tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan mereka.

"Kejayaan ini kerana kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini.

April lalu, seorang wanita warga China yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun, 29 dan pekerja resort dari Filipina, Marcy Dayawan, 40 telah diculik dari resort Singamata Reef, berhampiran Semporna.

Polis percaya kumpulan yang bertanggungjawab menculik dua wanita itu berpangkalan di selatan Filipina dan mahu mendapatkan wang tebusan.

Polis turut mengesyaki bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendapat "bantuan dalaman'' untuk memasuki resort itu.

Sementara itu The Star Online melaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari pulau Jolo Selatan Filipina dan tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang Jumaat.

Mereka diiringi anggota keselamatan dari Malaysia.

Menurut seorang pegawai keselamatan, dua orang pegawai telah bertolak ke Jolo pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana dua jam kemudian.

Dengan bantuan rakan-rakan dari Filipina, pegawai tersebut berjaya menyelamatkan Gao dan Marcy dari lokasi pergunungan terpencil di pulau itu.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved