ads

Khamis, 1 Mei 2014

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


120 PATI ditahan dalam Ops Cantas Khas <b>di Tawau</b> ABN News | BM

Posted: 28 Apr 2014 07:42 PM PDT

TAWAU – Polis Tawau menahan sejumlah 120 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas di beberapa kawasan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi itu, sebanyak 73 lelaki dan 47 wanita berumur antara tiga dan 60 tahun ditahan.

"Operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen itu dilakukan dibeberapa tempat termasuklah di kawasan bandar, Batu 10 Jalan Apas, dan Batu Lima Tinagat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Katanya, selain itu pihaknya turut menahan tiga lelaki berusia di antara 21 dan 30 tahun kerana positif dadah dan kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Awang Besar meminta kerjasama dari orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang penempatan pendatang asing di kawasan masing-masing. – Bernama

30 motosikal disita dalam Op Lejang <b>di Tawau</b> ABN News | BM

Posted: 27 Apr 2014 09:29 PM PDT

TAWAU – Sebanyak 30 motosikal disita dalam Op Lejang di sekitar Batu Payung di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, 30 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

"Operasi yang melibatkan tiga pegawai dan 30 anggota itu merupakan operasi bagi mencegah kesalahan lalu lintas, pencegahan jenayah serta mengesan motosikal curi yang akan dijalankan dari semasa ke semasa," katanya satu dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemilik motosikal tersebut boleh menuntut kenderaan mereka di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. – Bernama

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


DUNIA ITU: Guru maut nahas <b>di Papar</b>

Posted: 20 Apr 2014 07:55 PM PDT

Keadaan Proton Iswara yang remuk teruk di lokasi kejadian.


PAPAR: Seorang guru wanita berusia 41 tahun dari Kampung Benoni, dekat sini terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Papar semalam.

Salmah Ag Jambul terbunuh serta merta apabila kereta Proton Iswara yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser di KM2, Jalan Papar-Beaufort sekitar pukul 2.35 petang.

Salmah dilaporkan sedang menuju ke Kampung Benoni dari Papar apabila keretanya bertembung dengan Toyota Land Cruiser tersebut yang datang dari Keningau dan sedang menuju ke Kota Kinabalu.

Impak perlanggaran tersebut menyebabkan Salmah maut serta merta akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Papar DSP George Abdul Rakman mengesahkan kejadian dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Beliau menambah yang mayat mangsa telah dibawa ke hospital daerah untuk dibedah siasat dan ahli keluarganya telah dimaklumkan.

Beliau berkata pemandu Land Cruiser yang berusia 55 tahun hanya cedera ringan dan menggesa saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber The Borneo Post 11 Apr 2014

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Markas Task Force 450 ditempatkan <b>di Kota Belud</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 11:32 PM PDT

by SITI AISYAH NARUDIN. Posted on April 29, 2014, Tuesday

MOHAMED AFFANDI (tiga kiri) berkesempatan melawat anggotanya yang tercedera, Prebet Abdul Latif di HQE kelmarin.

KOTA KINABALU: Kem Paradise, Kota Belud akan dijadikan salah satu kawasan penempatan untuk markas Task Force 450.

Panglima Tentera Darat Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, buat masa sekarang pihaknya belum dapat memastikan bila markas Task Force 450 akan berpindah ke kawasan itu.

"Kita masih dalam proses peninjauan untuk melihat bangunan sedia ada yang perlu dibaiki memandangkan kita akan buat penempatan kem askar yang baharu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat seorang anggota tentera yang cedera akibat kemalangan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (QEH) II di sini kelmarin.

Mohamed Affand turut berkata, pihaknya mahu mengekalkan markas 5 Briged di Kem Lok Kawi.

Menurutnya, tujuan markas 5 Briged dikekalkan di Kem Lok Kawi kerana kem berkenaan adalah permulaan bagi 5 Briged dan ia menyimpan banyak sejarah.

Pada masa sama, beliau turut menganggap organisasi baharu seperti Task Force 450 lebih sesuai ditempatkan di kawasan baharu yang berbeza.

Sebelum mengadakan lawatan ke hospital berkenaan, beliau bersama Panglima Task Force 450 Mejar Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday dan Panglima 5 Briged Brigedier Jeneral Jalaluddin Manan membuat tinjauan di tapak penempatan kem askar di Kem Paradise, Kota Belud.

Selain itu, Mohamed Affandi turut memaklumkan anggotanya yang tercedera kini dalam keadaan stabil.

Katanya, Prebet Abdul Latif Md Yusuf, 21, yang berasal dari negeri Kedah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dari kenderaan jenis DMax ketika mengikuti Program Jiwa Murni anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Anggota dari 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu dikatakan terjatuh ketika kenderaan terbabit menuruni selekoh di bukit Pos Bakapit di Lahad Datu kira-kira jam 5 petang Jumaat lepas.

Pasukan Task Force 450 Bakal Ditempat <b>di</b> Kem <b>Kota Belud</b> | Suara <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 08:15 AM PDT

Pasukan Task Force 450 Bakal Ditempat di Kem Kota Belud

tskforce450

SEPASUKAN anggota tentera melakukan simulasi perang dalam majlis Serah Terima Tugas Panglima 5 Briged dan pelancaran Task Force 450 di Kota Kinabalu, Sabah.

KOTA KINABALU – Pasukan Task Force 450 akan ditempatkan di Kem Tentera Paradise, Kota Belud bagi menjadikannya sebahagian daripada tunjang kepada penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia dalam menjaga kedaulatan negeri ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata pemilihan kem tentera itu berdasarkan lokasinya yang mempunyai nostalgia dan sejarah tersendiri bagi Tentera Darat (TD).

"Lawatan saya ke Sabah antara lain untuk meninjau kerja-kerja membaik pulih dan membaiki bangunan kem tentera di Kota Belud yang akan dijadikan petempatan kem askar pasukan Task Force 450," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Mohamed Affandi berkata pada masa kini, pasukan itu berada di Kem Lok Kawi, Papar.

Bagaimanapun, katanya, tarikh pemindahan pasukan itu ke kem berkenaan masih belum diputuskan.

Dalam pada itu, Raja Mohamed Affandi berkata Lima Briged Infantri Malaysia yang ditubuhkan sejak 50-tahun lalu di Sabah, akan berada di bawah pentadbiran Task Force 450 dan kekal beroperasi sepenuhnya di Kem Lok Kawi, Papar.

Pada 2 April lalu, Panglima Pemerintahan Medan Wilayah Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar dilaporkan berkata penubuhan Markas Task Force 450 di Kem Lok Kawi, Papar, memantapkan keupayaan dan kesiapsiagaan tentera darat menghadapi sebarang ancaman musuh yang cuba menggugat kedaulatan negara khususnya di Sabah.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat seorang anggota TD, Prebet Abdul Latif Md. Yusuf yang terlibat dalam kemalangan ketika membuat persiapan untuk melaksanakan program jiwa murni – pemeriksaan kesihatan di Bakapit, Lahad Datu, Jumaat lalu.

Abdul Latif, 21, yang berasal dari Kedah, mengalami kecederaan di kepala dan mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth II, Luyang di sini dan dilaporkan stabil.

Yang turut hadir Panglima Task Force 450, Mejar Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday.  – Bernama

Artikel disiar pada 28/04/2014 - 11:15 pm oleh SGBSelangor

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Bendera Israel Berkibar Megah <b>Di Tuaran</b> Sabah? | SUARA BEBAS <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2014 05:50 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Agak terasa anih juga bilamana melihat gambaran bendera Israel berkibar megah di Tuaran, Sabah. Khas nya di Raintree Beach Resort atau lebih terkenal lagi dengan nama Beach and Golf Resort, Mimpian Jadi .

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


bayi 9 bulan antara 3 yang maut dalam kemalangan <b>di lahad datu</b>

Posted: 06 Apr 2014 08:00 PM PDT

2 GAMBAR MENYAYAT HATI BAYI 9 BULAN ANTARA 3 YANG MAUT DALAM KEMALANGAN DI LAHAD DATU | Lahad Datu - Seorang bayi berusia 9 bulan dan ibu bapanya maut dalam sebuah kemalangan jalan raya di Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah.
Masih belum ada laporan penuh mengenai kejadian malang yang menimpa keluarga ini, namun beberapa saksi berkata:
"Kemalangan ini betul-betul terjadi depan mata suami aku, syukurlah suami aku cepat-cepat brek. Al-fatihah dan takziah..." - Nordianah Haniff Suhaili.
Menurut seorang lelaki yang arif dengan jalan tersebut berkata:
"Salam, pengalaman memandu di jalan Sandakan/Lahad Datu/Tawau sentiasa cemas dengan cara pemandu-pemandu di sana memotong.. Al-fatihah buat mangsa sekeluarga."
Dalam ketika kita memandu, kesabaran itu adalah penting lebih-lebih lagi jika kita membawa anak-anak kecil. Jangan kita mengadaikan nyawa-nyawa orang yang tersayang dengan sikap memandu yang tidak sabar nak sampai cepat ke destinasi. - My Media Hub
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Rafizi garang <b>di Keningau</b>, Main kotor bila nak kalah di Kemaman <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 11:58 PM PDT


Majlis Temu Mesra Kempen Bakal-Bakal Calon PKR Pusat di Restoran Roof Top Garden, Hotel Sento Keningau telah diadakan semalam.

Namun sambutan tidak berapa menggalakan dengan hanya 85 orang ahli2 PKR Keningau dan Pensiangan yang hadhir. Ini hanya menggambarkan PKR di Sabah serupa menunggu ajal.

Majlis hanya di panaskan oleh kata-kata pembantu Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli.

Dalam pemilihan ini, Rafizi memberi sokongan penuh kepada Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden. Kononnya beliau berpengalaman luas dan sanggup berjuang di dalam parti dalam apa jua suasana.

Dalam majlis di Keningau, Rafizi secara terbuka menembak YAB Menteri Besr Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Azmin Ali kerana mereka tidak bersehaluan. Dia menyalahkan Khalid dengan krisis seperti isu air dan isu bible. Azmin dikatakan mempunyai masalah tertentu.

Itu di Sabah tapi lain pula keberanian Rafizi di kemaman di mana Rafizi dikatakan akan kalah untuk jawatan Ketua Cabang Kemaman. 


Memandangkan prospek dia gelap, kem Rafizi di Kemaman telah melakukan provokasi untuk menghentikan proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Menghidu kekalahan ketika proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, mereka membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

"Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

"Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang."

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

"Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

DUNIA ITU: Dua guru antara 3 cedera nahas <b>di Keningau</b>

Posted: 27 Apr 2014 12:18 AM PDT

Keadaan Myvi yang remuk di lokasi kejadian di Jalan Keningau-Tenom. Di belakang kelihatan trak pikap yang juga terbabit dalam kemalangan tersebut.


KENINGAU: Seorang guru lelaki berusia 33 tahun cedera parah manakala dua lgi cedera termasuk seorang guru wanita dalam satu kemalangan yang berlaku di KM 13, Jalan Keningau-Tenom di sini pada tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Timbalan Superitendan Robert Salisip @ David berkata di sini semalam sebuah trak pikap yang datang dari Keningau bertembung dengan sebuah Myvi yang dipandu oleh guru lelaki berkenaan dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu.

Robert berkata siasatan awal menunjukkan trak tersebut terbabas ke laluan kanan dan bertembung dengan Myvi tersebut.

"Pemandu trak yang berusia 45 tahun itu cedera ringan manakala guru lelaki berkenaan yang berusia 33 tahun, pula patah kaki dan guru wanita yang berusia 24 tahun, penumpang Myvi, cedera ringan,"  katanya.

Robert menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan dengan memandu cermat untuk mengelak kemalangan dari berlaku.

Sumber The Borneo Post 25 Apr 2014

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


PBTLDM Sarawak deka ngatur Hari Diri Sebilik <b>di Kota Kinabalu</b>, 27 <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 02:51 PM PDT

SIBU: Serakup Ex-Soldadu Tasik DiRaja Malaysia (PBTLDM) Nengeri Sarawak deka ngatur Hari Diri Sebilik di Kota Kinabalu beserimbai enggau Hari TLDM di Markas Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu kena 27 April ini.

Nitihka penerang media ke diterima empai lama tu tadi, sekeda ari program ke bisi diatur maya tu baka nemuai ngagai Pangkalan TLDM Kota Kinabalu seraya ngemataka pengawa baris Hari Ngintu Penumbuh TLDM Ke-80 enggau program ke bukai ti diatur TLDM di Kota Kinabalu.

Serakup tu mega deka melanja 30 persin ari puku diau din iya nya RM150 ke baruh ungkup sebuah ruang bilik lalu tiket bilun enggau pemakai dipelanja diri.

Berindik ari nya, ex-TLDM ti bisi ati deka ngulu program tu dipinta tumu buking tiket bilun dulu sebedau madah ngagai serakup ngambika buking hotel lalu nyediaka perengka pengangkut.

Penerang silik tau ditanya ari PBLTDM Nengeri Sarawak nengah lumur 084-349755, 084-341935, 084-348872 tauka datai ngelawa opis serakup tu ba No.43-45, Tingkat 3, Jalai Tuanku Osman, Sibu tauka email pvtms2011@gmail.com.

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Remaja Perempuan Meninggal Dunia Disimbah Asid <b>di Penampang</b>

Posted: 19 Apr 2014 06:45 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepasdisimbah asid oleh seorang lelaki misteri di sebuah premis makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia kira-kira 11.20 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.

"Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada kira-kira pukul 5.30 pagi.

"Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan dan motif kejadian masih dalam siasatan.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved