ads

Rabu, 20 November 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Pelancong Taiwan diculik <b>di Semporna</b> dipercayai masih hidup – KPN

Posted: 17 Nov 2013 04:55 PM PST

Kejadian bunuh dan culik berlaku di Pulau Pom Pom Semporna Sabah .

Kejadian bunuh dan culik berlaku di Pulau Pom Pom Semporna Sabah.

Polis yakin pelancong warga Taiwan yang diculik di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah masih hidup dan dia berada di lokasi yang tidak ketahui ketika ini.

Chang An Wei, 58, diculik daripada resort tempatnya bercuti pada pukul 1 pagi Jumaat selepas satu kumpulan bersenjata menyerbu vila atas air dan menembak mati suami mangsa, Hsu Lin Min, 57.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menyelamatkan Chang.

"Keselamatan mangsa merupakan keutamaan pihak kami ketika ini. Kami tidak mahu mengulas lanjut kerana ia merupakan kes penculikan.

"Lebih banyak kita bercakap, kita meletakkan nyawa mangsa dalam bahawa kerana maklumat ini akan sampai kepada pihak penculik," katanya selepas merasmikan majlis penutupan kejohanan bola tampar Piala Ketua Polis Negara di sini.

kes culik di pom pom sempurna3

Polis mengawal ketat di kawasan Pulau Pom Pom Semporna.

kes culik di pom pom sempurna

Lokasi kejadian culik dan bunuh pelancong warga Taiwan.

kes culik di pom pom sempurna2

Aktiviti perlancongan berjalan seperti biasa di Pulau Pom Pom.

pom pom island

Pulau Pom Pom Semporna Sabah.

Kumpulan bersenjata itu dipercayai melarikan diri ke Pulau Mataking, yang terletak berhampiran dengan selatan Filipina.

Khalid berkata beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua pegawai menutup mulut dalam siasatan yang dijalankan agar tiada butiran lanjut didedahkan kerana ia boleh mengancam nyawa dan proses menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib juga mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri seperti yang dilapor oleh media.

Usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Kesedaran Jenayah dan Kembara Bermotosikal 2013 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, di sini, Ahad.

Mengulas lanjut, Hamza berkata bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan oleh Jabatan Forensik polis pada 20 November ini.

Beliau juga mengulangi bahawa insiden itu adalah kejadian terpencil dan keadaan keselamatan di seluruh Sabah terkawal.-mstar

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


SENARAI MANGSA PESAWAT MASWING TERHEMPAS <b>DI KUDAT</b>

Posted: 10 Oct 2013 07:54 PM PDT

Senarai mangsa pesawat Maswings terhempas di Kudat pada 10 Oktober 2013

maswing terhempas remuk senarai mangsa pesawat maswing terhempas di kudat

Pesawat MH3002 (MASwings)

Sebuah kapal terbang jenis Twin Otter milik MASwings yang dinaiki 16 orang tergelincir dan terbabas ke arah kediaman sejurus mendarat di luar landasan Lapangan Terbang Kudat, Sabah

Menurut laporan awal, kejadian berlaku ketika pesawat yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat itu dilaporkan terbabas ketika mendarat akibat angin kencang sebelum merempuh sebuah rumah penduduk di Kampung Sinsan yang terletak berhampiran lapangan terbang berkenaan

Pesawat malang itu dengan 16 orang termasuk juruterbang dan krew kabin, merempuh pagar konkrit rumah yang terletak luar lapangan terbang di hujung landasan itu menyebabkan sebahagian kediaman terbabit rosak teruk

Impak pelanggaran tersebut menyebabkan bahagian hadapan pesawat berkenaan remuk teruk dan difahamkan penumpang hanya dapat dikeluarkan selepas enjinnya berhenti sendiri apabila kehabisan minyak bagi mengelak kejadian tidak diingini ekoran kipas yang masih berpusing

Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat dan keluarga penumpang pesawat tersebut diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut

juruterbang mas wing cedera pesawat terhempas senarai mangsa pesawat maswing terhempas di kudat

Berikut adalah senarai mangsa yang disiarkan oleh media yang terbabit dalam nahas itu

Nama mangsa maut Umur/ Tahun
Marc Joseph Bansh (pembantu juruterbang) 23
Tan Ah Chai 69
Nama mangsa cedera parah Umur/ Tahun
Isabella Abal 26
Wan Ahmad Abdul Amir Wan Yahaya (juruterbang) 58
Nama mangsa cedera ringan Umur/ Tahun
Fauziah Pelimin 32
Mohd. Raiyan Fatmi 4
Nur Filzah Raudhah 1
Merang Maharani 54
Noorhazwin Sharom 29
Chang Gee Keong 29
Elranita John 25
Junaini Bladi 52
Erwan Shah Einin 23
Lee Chee Kian 39
Tan Kang Cheing.

info grafik nahas mas 1 wings senarai mangsa pesawat maswing terhempas di kudat

info grafik nahas mas wings 2 senarai mangsa pesawat maswing terhempas di kudat

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Anggota polis terkorban <b>di Lahad Datu</b> antara penerima <b>...</b> - Kosmo

Posted: 17 Nov 2013 12:27 AM PST

Anggota polis terkorban di Lahad Datu antara penerima ijazah UUM

Anggota polis terkorban di Lahad Datu antara penerima ijazah UUM

17/11/2013 2:50pm

ALOR SETAR - Pegawai polis yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu, Asisten Superitendan Zulkifli Mamat merupakan antara penerima Ijazah Sarjana Muda pada majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-26 bermula 30 November ini.

Isteri Allahyarham, Noraziah Noor akan menerima Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) pada hari kedua konvokesyen pada 1 Disember.

Allahyarham merupakan anggota Pasukan Komando VAT yang 69 terkorban pada 1 Mac lalu dalam pertempuran dengan pengganas.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Allahyarham baru sahaja menamatkan pengajian ketika berangkat ke Lahad Datu.

"Seramai 7,445 bakal menerima ijazah (termasuk seorang penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah) pada sidang konvensyen selama empat hari itu yang berlangsung dalam lapan sesi sehingga 3 Disember," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 94 orang akan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doktor Pentadbiran (DBA) (19), Sarjana (1,069), Diploma Siswazah (47), Sarjana Muda (5,803) dan Diploma Lepas Ijazah (412).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Canselor UUM berkenan berangkat untuk menyampaikan anugerah di Dewan Mu'adzam Shah, Kampus Sintok pada sesi pertama. - Bernama

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di ranau</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Nov 2013 01:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kota kinabalu---<b>kundasang</b>---<b>ranau</b>------TIGA - deep in my heart

Posted: 18 Oct 2013 02:15 AM PDT

bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
malam ke-2 di kundasang kitorang menginap kat tempat yang sepatutnya.yang dah booking tuuu.pffftt.
ada hikmah la tak jumpa.nasib semalam jek kat sini.sri kinabalu.geggegee! =p
pagi di sri kinabalu km1.5 ranau.round sikit kat tepi belakang hotel.
ada wakaf.tapi uzur sikit.aku tak sempat nak bergambar kat area lereng bukit tuu.dak 2 orang tu dah lari dulu.
sebabkan ada sekor anjing ni dok ngekorr je kitorang round2.leceh arr.merajuk kejap dengan deme2 tu.tak sudi amik gambar aye.tapi fefiling sesorang je laaa.
 on the way nak balik kota kinabalu, singgah jap pekan kundasang.
buat tarian lilin jap berlatar belakangkan gunung kinabalu.kehkehkeh!
dah puas bergambar, tak sampai 1km gerak berhenti lagi.
berhenti kat kebun orang.gagagaga! belasah aje.
bila lagi nak nyinggah, ye dok? =p
sebab apa?------- scenery yang subhanAllah sangat cantik!
penat la dak anes ni jadi co-pilot.sat2 pilot darat dok suruh amik gambaq.kehkehkeh! penat tangkap gambaq je dak anes nih. =p
destinasi ke-enam---kinabalu park
.
nak masuk, bayar RM3.OO/pax.if ada tiket pi hot spring, tarikh yang sama, free aje.
lagi sekali, gigih cikviva mendaki.pusing2.sampai la ke kiau gap view.
ada group family sampei dolu.jenuh nunggu wehhh.gegegege! =p
nunggu turn nak amik gambor.
alhamdulillah.gunung kinabalu belum lagi diliputi awan nano. =p
sayup-sayup nampak ayaq terjun!
lepas tu, teruskan perjalanan sampai la kat atas.ada sediakan dalam 3-4 parking kereta.
if nak tengok ayaq terjun+gunung dari angle yang lain, bolehla small hiking jap.dalam 230m.
gunung kinabalu, tunggu aku datang!! (teriak dlam hati. =p)
bila? tak tau la.agagagga! =p
perjalan diteruskan menuju ke pekan nabalu.
ada jual souvenir.bagi aku, lebih kurang sama ja harga dengan kat pasar philiphine tu.
so, bila sampai aje, 2 beradik tu teruih serbu gerai.
aku? manjat menara lerrrr.nasib ada jejaka sudi tolong tangkap kan gambor.  =p
.
bila keluaq ja dari kedai souvenir tu, tengok2 gunung kinabalu dah nak nyorok disebalik awan nano.
sengih lebor aye.sebab? saje je. =p
 destinasi terakhir sebelum sampai kota kinabalu.
jambatan tamparuli & rumah terbalik
berkesempatan jugak la aku drive kat jalan bawah nu, menyusuri sungai.lepas tu patah balik parking kat pasar
sekejap aje.teruskan perjalanan menuju rumah terbalik.masuk rm 1O/pax.
kat luar je boleh tangkap gambar, dalam tengok2 besaqkan mata aje.
sekian jenjalan untuk 8hb september 2013.bermalam di kota kinabalu la kita.
bersambung lagi untuk jenjalan O9O92013 di kemudian hari.gugugugu

Sabah…Day 2….Part 2..24/8/13…sambungan melawat <b>Kundasang</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 02:32 AM PDT

Kami masih berada di kundasang war memorial..luas juga kawasan ini,penat kaki menjelajah ke setiap taman..taman2 di sini diberi nama sempena nama negara yg menjajah sabah seperti taman australia dan taman britain…
image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image
image

image

Di sini kami hanya mengambil gambar dan melihat view yg cantik sekitarnya..

image

image

image

image

image

image

image

Kami mahu keluar dari kawasan ini dan akan pergi ke Poring Hotspring di Ranau..di sana ada kolam air panas dan sejuk..air kolam tu datangnya dari kaki gunung kinabalu..tentu sejuk air gunung…tapi air panas pun ada..dari kundasang ke ranau kira2 setengah jam perjalanan..

image

image

image

Terjumpa pula satu tempat berehat yang santai..ada seekor anjing terikat di satu tempat..apalagi bergambar sebelum meninggalkan tempat ini…

image

image

image

image

image

image

Kuat sangat tu nak angkat batu…hehe

image

Terus ke ranau menuju ke Poring Hotspring..untuk berendam dengan air kaki gunung..

image
Dah ready untuk berendam..

image

image

image

image

image

Seronoknya mandi manda..cuma airnya sejuk sedikit..ada banyak kolam di sini..ada yang free masuk dan ada yang berbayar..di tempat yang free agak ramai orang..jadi kami memilih kolam yang berbayar..iaitu seorang rm3 sejam..di kolam berbayar ini tidak ramai orang jadi selesa untuk mandi manda..airnya jernih dan bersih..ada petugas yang menjaga keselamatan pengunjung..kolam yang paling dalam ialah 6m dalamnya..kami mandi di kolam yang dalamnya 4.5 m..

image

image

image

Kasihan salman tidak dapat mandi bersama2 kerana matanya belum pulih lagi kerana luka dek kesan libasan kertas ..doktor menasihati supaya berhati2 supaya tidak terkena jangkitan kuman..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Jadi sesiapa yang berkunjung ke sabah terutama jika ke daerah kundasang mesti berkunjung kesini..seronok mandi manda..airnya sangat bersih,jernih, segar dan sejuk..

image

image

image

image

Kami sudah kesejukkan..sejam sudah cukup..puas rasanya..kami pergi menukar baju di tempat yang disediakan..

image

Bersiap sedia untuk balik..penat seharian berjalan dari kk pagi tadi..kami mahu pergi check in di hotel cottage di kundasang..

image

image
Anak sungai di bawah jambatan menuju ke poring hotspring…

image

Gunung kinabalu semakin diliputi kabus..jika kabus tebal tidak dapat melihat gunung tertinggi di asia tenggara itu..sebelum balik kami singgah di pekan ranau..agak besar juga pekannya..kami singgah di restoren orang melayu untuk mengisi perut yang lapar selepas berendam..kami makan roti canai ..sangat sedap rasa roti canai di sini..kari nya pun sedap..esok sebelum balik ke bandar kk..kami akan datang ke sini lagi…sebelum beredar kami menapau nasi,sayur dan ayam goreng untuk makan malam nanti..

image

image

image

Sudah sampai di cottage hotel..agak kecil biliknya..kecil2 pun rm250 semalam..okay lah untuk menumpang tidur satu malam..boleh juga dari kundasang balik semula ke bandar kk,cuma 2 jam perjalanan..tapi kami ingin bermalam di kundasang,ingin merasai suhu sejuk di sini juga ingin melihat panorama waktu pagi di kaki gunung ini..semua mandi dan berehat…zzzzzzzzzzz

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved