ads

Rabu, 4 September 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


PENCEROBOHAN <b>LAHAD DATU</b> : Koperal Hassan Basri <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 07:18 AM PDT

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61, kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.
Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac.
Beliau berkata walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan.
Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.
Ravinthran berkata beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa. - Bernama

VIDEO : EKSLUSIF !! Pantomen Khas Buat Pahlawan Negara <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2013 01:08 AM PDT


SEBAK!! Menitis juga air mata menonton babak-babak dalam video ini apabila mengimbas kembali wira-wira yang terkorban serta susah payah dan rintangan yang terpaksa diharungi mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara kita yang tercinta.
Video ini khas ditayangkan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2013 yang disambut pada 31 Julai yang lalu.
Semoga semangat pahlawan yang telah gugur turut meresap dalam jiwa kita di alam maya mempertahan negara dari peluru fitnah dan dusta.... 

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


<b>Sabah</b> kaji kesesuaian monorel <b>di</b> KK – Perak Today

Posted: 19 Aug 2013 06:00 AM PDT

Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah sedang membuat kajian terperinci bagi menambah baik sistem pengangkutan awam negeri, termasuk kesesuaian pengangkutan monorel yang dicadangkan bagi kawasan pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri sedar tentang keperluan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di negeri ini terutama dalam jangka panjang.

"Kita akan ambil perhatian yang sewajarnya termasuk pengangkutan monorel. Kita memanjangkan permohonan ini (kepada kerajaan pusat) awal-awal lagi kerana kita sedar di bandar raya Kota Kinabalu, jalan raya atau lalu lintas begitu sesak, jadi kita fikir mesti ada kaedah-kaedah baru yang sesuai untuk kita wujudkan di bandar raya Kota Kinabalu," katanya.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama (2013) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, dekat sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk membina lebih banyak jejambat bagi tujuan yang sama.

"Kita sudah minta peruntukan daripada kerajaan pusat dan mungkin tidak lama lagi kita akan umumkan pertambahan satu atau dua lagi flyover (jejambat) supaya boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya Kota Kinabalu," katanya.

Mengenai gesaan agar kerajaan membina lebih banyak rumah kos rendah di kawasan bandar raya Kota Kinabalu, Musa berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan perumahan jenis itu menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad termasuk yang dibina dibawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

- BERNAMA

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved