ads

Khamis, 23 Februari 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Gambar Percutian Diana Danielle <b>di Semporna</b> Sabah. | ct N honey

Posted: 05 Feb 2012 08:53 PM PST

Diana Danielle, aktres jelita berusia 20 tahun itu saling tak tumpah seperti aktivis kemanusiaan dan kemasyarakatan yang sering dilakukan personaliti terkenal dunia seperti Angelina Jolie dan mendiang Puteri Diana. Semua aksi dalam foto berkenaan dirakamkan di Semporna, Sabah termasuk di Gusungan, Mabul, Omadal, Kapalai, Bohey Dulang, Tatagan, Maiga dan Sibuan islands pada percutiannya bertarikh 26-29 Januari 2012 yang lalu.


"Usaha saya ke sana tidak membawa motif tertentu. Nak bantu daripada segi kewangan tak mampu. Jadi saya sekadar mahu berkongsi perasaan dengan mereka dan jauh di sudut hati terdetik juga akan ada pihak yang sudi membantu mereka apa yang patut",kata Hos program MyEG Extra Time menerusi saluran ESPN ini.





Uthaya Sankar SB: Kutiyattam <b>di Semporna</b> – Bahagian 1

Posted: 18 Feb 2012 03:00 PM PST

[Kisah ini mengenai seorang gadis etnik Simunul dari Sabah yang mencari eskapisme menerusi teater tradisional India.]

Sejak mula, saya memilih untuk tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat mengenai diri saya.

"Mengapakah kamu begitu berminat untuk tahu mengenai drama tari ini?"

Demikian antara soalan pertama yang dikemukakan oleh Encik Kutty apabila Hassan Jaidin memperkenalkan saya kepadanya, dua minggu lalu.

"Saya pernah membaca mengenainya menerusi sebuah rencana di sebuah majalah lama semasa berumur dua belas tahun," saya berterus-terang kepada lelaki berumur sekitar 50 tahun itu.

Nama sebenarnya Krishna Kutty tetapi penduduk Siru Kambam khabarnya memanggil lelaki keturunan Malayali itu sebagai "Kutty" sahaja sejak kecil.

Secara kebetulan, beliau meminati kutiyattam iaitu satu bentuk teater Sanskrit yang berasal dari negeri Kerala, India dan diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Saya pertama sekali membaca mengenai kutiyattam semasa membelek-belek majalah lama di Perpustakaan Awam Cawangan Semporna pada tahun 2004.

Struktur persembahan drama tari kutiyattam terbahagi kepada empat bahagian iaitu Talavilkettuka, Arannuvitanam, Purappad dan Nirvahana.

Bahagian Talavilkettuka, iaitu upacara memasang lampu pertama, dilakukan di belakang tirai bagi memuja Ganesha, dewa berkepala gajah. Upacara itu dilakukan bagi mendapatkan restu Ganesha yang dianggap dewa utama dalam agama Hindu.

Pada bahagian Arannuvitanam pula, pentas direnjis dengan air suci, ditaburkan bunga serta dihias daun kelapa muda dan daun pokok mangga. Semua ini dilakukan dengan andaian dan kepercayaan bahawa dewa-dewi akan datang untuk turut menonton persembahan yang diadakan.

Sebenarnya, saya tidaklah tergila-gila akan drama tari itu yang pada asalnya berkait erat dengan upacara keagamaan Hindu di kuil. Sebaliknya, saya sekadar tertarik pada keunikan seni persembahan masyarakat India.

Hal ini mungkin kerana agak mustahil untuk menemui orang India di kampung asal saya. Begitu juga sepanjang saya belajar di sekolah rendah dan menengah.

Pengalaman sebenar saya bergaul dengan rakan-rakan kaum India hanya berlaku apabila saya memulakan pengajian di Kolej Siru Kambam, tahun lalu.

Apabila Hassan menceritakan kepada saya mengenai keunikan Siru Kambam, saya langsung tertarik untuk mengenalinya secara lebih dekat. Apatah lagi apabila saya mendapat tahu bahawa ada seorang peminat kutiyattam di kampung berkenaan.

"Dulu ada juga pelajar dari kolej tu datang berjumpa Encik Menon untuk belajar tentang kathakali," Encik Kutty menceritakan sambil menyangkut baju yang baru diseterika.

Saya mengangguk kerana memang ada mendengar mengenai warga emas itu yang berasal dari Kerala. Beliau pernah menjadi kangani di Ladang Tebu Siru Kambam. Kemudian, beliau menjadi penjaga rumah tumpangan di kampung berkenaan.

Buku Unknown Facts About Little Known Siru Kambam menyenaraikan Encik Menon sebagai salah seorang tokoh tempatan. Sayang sekali, beliau sudah meninggal dunia sekitar lima tahun lalu. Kalau tidak, tentu banyak perkara yang boleh saya pelajari daripada beliau.

"Bagaimana dengan budaya etnik kamu sendiri? Tentu kaya, bukan?"

Pertanyaan Kutty sebentar tadi membuatkan saya menghela nafas dalam-dalam.

Sejak dua minggu lalu, saya menceritakan kepada beliau mengenai tarian sumazau orang Kadazan, ambuyat, siga dan kehebatan lelaki etnik Bajau menunggang kuda.

"Memang ternyata kita kurang saling mengenali. Apa-apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak masih asing bagi kami di sini," lelaki itu mengakui.

"Begitulah juga sebaliknya."

Encik Kutty ketawa berdekah. Kemudian beliau duduk di kerusi. Mungkin beliau sudah bersedia untuk menjawab pertanyaan saya mengenai drama tari kutiyattam.

"Kamu perlu tahu bahawa saya bukan seorang pakar. Maklumat yang ada pada saya mengenai kutiyattam adalah berdasarkan apa-apa yang saya dengar daripada mendiang bapa saya serta apa-apa yang pernah saya baca dalam buku-buku dari India."

Saya mengangguk sambil mengelus rambut panjang yang tidak diikat. Buku catatan dan pen sudah tersedia. Saya sempat menulis nota berdasarkan perbualan bersama-sama Encik Kutty sejak dua minggu lalu.

Hasil penjelasan dan penerangan yang diberikan, tahulah saya bahawa drama tari kutiyattam menggunakan Bahasa Sanskrit, Malayalam serta Manipravala iaitu gabungan Bahasa Malayalam dan Sanskrit dalam nyanyian, dialog dan penceritaan.

Kutiyattam dipersembahkan di atas pentas disebut kutambalam yang dibina khas di perkarangan kuil, terutama di Kerala.

"Masa muda, saya ada juga cuba membuat persembahan kutiyattam bersama kawan-kawan. Akan tetapi, tidak ramai yang berminat. Sama juga nasib dengan kathakali yang cuba diperkenalkan oleh mendiang Encik Menon kepada generasi muda di sekitar Taiping."

Encik Kutty menghentikan penceritaan. Saya juga berhenti membuat catatan beberapa saat kemudian. Saya perhatikan bahawa beliau sedang memandang saya dan kening beliau berkerut.

"Kamu orang Bajau? Orang Bajau memang berkulit putih, ya?"

Saya faham bahawa beliau tidak berniat menimbulkan soal warna kulit menerusi soalan itu. Malah, jauh sekali berniat melakukan gangguan seksual secara lisan.

Walaupun baru dua minggu mengenali duda yang tinggal seorang diri itu, saya menyedari sifat-sifat mulia yang dimilikinya. Atas sebab itulah juga saya tidak keberatan untuk datang seorang diri untuk bertemu dengan beliau pada hari ini.

"Sebenarnya, encik, ada banyak kumpulan di bawah etnik Bajau. Saya pun kurang mahir tapi keturunan saya adalah orang Simunul," saya cuba menjelaskan setakat yang saya tahu.

Sesungguhnya saya terasa amat kurang selesa apabila orang bertanya mengenai latar belakang saya. Kalau boleh, saya tidak mahu bercerita tentang segala kekurangan hidup keluarga dan keturunan saya di Sabah.

Saya lebih suka berbalik pada topik struktur persembahan kutiyattam. Pada bahagian Purappad yang bermakna "berangkatlah pergi", nambyar memainkan tala atau ritma pengenalan dengan gendang.

Penari melakukan marayilkriya iaitu gabungan nritta dan nrittya tersembunyi di belakang tirai berwarna merah. Penonton dapat melihat bayang-bayang penari sahaja. – Bersambung minggu depan

(Uthaya Sankar SB mendapat idea bagi kisah ini hasil kunjungan ke beberapa tempat di Sabah bagi mengendalikan bengkel penulisan cerpen dan kursus galakan membaca sejak 2009. Faksyen ini ditulis pada 30 Januari 2012 dan Bahagian 1 disiarkan di Free Malaysia Today pada 6 Februari 2012. Bandingkan dengan faksyen Laksamana Arjuna. Sila KLIK DI SINI untuk senarai cerpen.)

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


PGM rampas telur penyu <b>di Sandakan</b>

Posted: 20 Feb 2012 04:49 AM PST

SANDAKAN 20 Feb. — Pasukan Gerakan Marin (PGM) merampas 1,130 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk untuk pasaran haram di daerah ini.

Komander Markas PGM Wilayah Sabah, ACP Abdul Manaf Othman berkata ,bot yang membawa telur penyu itu berjaya dikesan di kawasan perairan laut Kampung Forest dekat sini, kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Telur penyu dianggarkan bernilai RM2,500 itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dijual di kawasan bandar Sandakan, katanya.

Beliau berkata, juragan bot itu dapat melarikan diri dan kes disiasat mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Abdul Manaf meminta orang ramai tidak membeli telur penyu yang dijual secara haram di daerah ini kerana tindakan itu akan menggalakkan penyeludupan berikutan wujudnya permintaan. — BERNAMA

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Mini Konsert Live LEFTHANDED <b>Di Tawau</b>.

Posted: 20 Feb 2012 07:01 PM PST

About

AKU SENTIASA DITEKAN, DIPAKSA DAN DISEKSA UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG AKU TAK SETUJU SEPERTI BLOG NI. LECEH TUL! KEBANYAKAN APA YANG AKU BUAT ADALAH UNTUK MEMENUHI TEKANAN DARI SEKELILING. AKU TAK TERPENGARUH LANGSUNG NAK BUAT ITU DAN INI KERANA KEUTAMAAN AKU ADALAH PADA KERJA. TAPI INILAH YANG TERPAKSA AKU HADAPI. SABAR LA WAHAI HATI. INI DIA UNTUK SEMUA. TERIMA KASIH. AKU DAH MENGGANAS DALAM INDUSTRI MEM'BLOG' KETIKA KEBANYAKAN KORANG MASIH BLUM CERAI SUSU LAGI! HAR HAR HAR!

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


2 Maut Tertimbus Tanah Runtuh <b>Di Lahad Datu</b> | ZerousVortex[dot <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 06:34 PM PST

Kejadian selepas hujan ranapkan rumah mangsa di lereng bukit 
LAHAD DATU: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun bersama ibu saudaranya maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut menyebabkan seorang lagi ahli keluarga mereka parah dan meranapkan seba-hagian rumah di Kampung Terusan, di sini semalam.
Kejadian jam 1.30 pagi itu mengorbankan Nisdawati Jamal dan ibu saudaranya, Faridah Jompah, 40, manakala suami Faridah, Masdar Naning, 50, patah kaki. Faridah dan Nisdawati dipercayai tertimbus, manakala Masdar dihanyutkan aliran lumpur.
Ketiga-tiga mangsa bersama empat ahli keluarga mereka mendiami rumah di lereng bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit, ranap akibat kejadian berkenaan. 
Difahamkan, Nisdawati bersama ibu dan bapa saudaranya itu tidur dalam bilik di ruang belakang. 
Tiga anak Masdar dan Faridah, iaitu Suhardi, 24; Mariam 19, dan Mohd Azizul 15, bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan membawa bersama cucu Masdar yang berusia empat bulan, Nurasheema Humaira Abd Rashid. 
Ketika kejadian, semua mangsa tidur dan tersedar selepas mendengar bunyi tanah menggelungsur di belakang rumah, dipercayai berikutan hujan berterusan sejak jam 8 malam kelmarin. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.53 pagi dan bergegas ke lokasi berkenaan sebelum melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa. 
"Mayat Nisdawati ditemui jam 10.55 pagi tadi (semalam), manakala mayat Faridah ditemui 15 minit kemudian di bilik sama. Keadaan rumah yang hampir 50 peratus tertimbus menyukarkan usaha menyelamat serta mencari mangsa. 
"Kedua-dua mayat hanya ditemui selepas pasukan penyelamat menggunakan jengkaut. Usaha mencari turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan bomba sukarela," katanya. 
Mohd Apandi berkata, Masdar yang dihantar ke Hospital Lahad Datu dilaporkan stabil dan operasi mencari dan menyelamat dihentikan tengah hari semalam. -BH

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Gempa Bumi <b>Di Ranau</b>

Posted: 08 Feb 2010 07:11 PM PST

Gempa Bumi Di Ranau

Woh! terkejut aku tadi, tetiba kawan aku dari KL telepon aku tanya pasal gempa bumi di Ranau. Tergagap-gagap suara kawan aku bertanyakan macamana sudah keadaan di Ranau. Dia kata dia dapat maklumat dari buletin TV jam 12.00 tengahari. Aku masuk web Geng Blogger ternampaklah aku dengan entry rakan. aku copy and paste kembali. Arap rakan tu tak marah ye..

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Sabah, awal pagi Ahad.

Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi Ahad.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan. @ BERNAMA

Apa-apa pun keadaan di kawasan taman air panas poring seperti tiada yang berlaku. Kejadian tersebut tidak pun di rasai di kawasan ini yang berada 19 km dari pekan Ranau. lagi pun mengikut fakta di atas, ia berlaku sebelah malam tadi.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


ADA MUSUH DALAM SELIMUT&#39;

Posted: 21 Feb 2012 07:56 AM PST

Oleh : YUSOP TEPPO

TERDAPAT ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kinabatangan cuba khianati parti dengan membawa calon-calon luar dan parti pembangkang untuk bertanding pada pilihan raya ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin, mendakwa mereka ini membawa calon-calon dari luar dan parti pembangkang untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Kalau sudah tidak suka dengan parti Umno dan BN, keluar sahaja dari parti bukannya mengkhianati parti sendiri," katanya.

Pengerusi BN Parlimen Kinabatangan ini turut memberitahu kita tahu mana-mana ahli-ahli Umno dan BN yang mengkhianati parti.

"Kita akan siasat mereka ini yang kita sifatkan sebagai musuh dalam selimut," katanya ketika merasmikan majlis penyampaian komputer 1Malaysia Parlimen P.187 Kinabatangan di Dewan Sri Lamag, dekat sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan, Haji Bukhari Yahya; Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Jafry Ariffin dan barisan kepimpinan BN di kawasan ini.

Bung Moktar berkata mereka ini ibarat bermain wayang di mana mereka ini kalau di hadapannya begitu baik tetapi di belakang mereka ini mengkhianati parti.

"Budaya ini perlu dibendung dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana mereka ini tidak setia kepada parti," katanya sambil menambah akan menyiasat secara terperinci berhubung perkara ini.

Beliau berkata sekiranya mereka ini benar-benar terlibat, kita akan bawa serta kemukakan perkara berkenaan ke mesyuarat tinggi Umno untuk mereka dikenakan tindakan kerana mereka ini tidak lagi mengikut kehendak parti.

"Budaya yang mereka bawa ini telah menimbulkan kekeliruan terhadap kepimpinan serta ahli-ahli Umno dan BN yang lain," katanya yang turut memberitahu setiap kali ada perjumpaan parti pembangkang atau calon-calon dari luar ini mereka akan berada di sana dan kelihatan memberi sokongan pada perjumpaan itu.

Berhubung kehadiran parti pembangkang di Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar menyifatkan ia perkara biasa di mana kehadiran mereka ini hanya untuk meraih simpati setiap kali menjelang pilihan raya.

"Kita telah bekerja keras untuk rakyat dan rakyat juga tahu serta sedar mana pemimpin yang membawa manfaat kepada mereka," katanya.

Beliau berkata BN dan Umno pasti akan dapat mempertahankan kerusi di kawasan ini yang sebelum ini sememangnya milik kita.

"Insya Allah kita akan dapat pertahankan kerana rakyat akan berpihak kepada BN dan Umno sebagai tulang belakang parti," katanya yang turut menegaskan sesiapa juga calon BN pada pilihan raya akan datang ini pasti akan menang.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut mengulas mengenai sikap kepimpinan Dr. Jeffry Kitingan yang mana disifatkannya sebagai seorang pemimpin yang tidak mendapat sokongan rakyat.

"Rakyat tahu sikap dan perwatakan dia yang mana budaya yang dibawanya tidak tidak mencapai kehendak rakyat di negeri ini," katanya.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Tempat menarik <b>di Kota Kinabalu</b> | Pelik Bin Ajaib

Posted: 11 Dec 2011 04:57 PM PST

Tempat menarik di Kota Kinabalu. Sempena cuti hujung tahun ini. Admin akan update tempat-tempat menarik untuk dilawati. Memang banyak tempat menarik di seluruh dunia nie untuk dilawati, bahkan tempat-tempat menarik yang ada di negara kita sendiri Malaysia pun tak habis lawati lagi. Kalau ada pun tak ramai, yang kaki melancong mungkin ada yang sudah melawat semua tempat menarik di Malaysia nie. Ada tak diantara pembaca blog www.PelikBinAjaib.com yang sudah habis melawat seluruh Malaysia nie?

Kalau ada boleh la kongsi pengalaman sebernar melawat tempat-tempat menarik di Malaysia nie. Kali ini Admin nak kongsikan tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh anda lawati. Di bawah ini Admin himpunkan senarai tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu, Sabah:

tempat menarik di Kota Kinabalu Sabah

  • Pasar Tamu Dongonggon (pasar mingguan)
  • Menara Tun Mustapha (menempatkan jabatan-jabatan kerajaan negeri Sabah)
  • Muzium Negeri Sabah
  • Masjid Negeri Sabah dan Kampung Budaya
  • Pantai Tanjung Aru
  • Karambunai Resort
  • Sutera Harbour Resort
  • Padang Merdeka Kota Kinabalu
  • Menara Jam Atkinson
  • Taman Zoologi
  • Muzium Tamadun Islam
  • Tinggalan Rumah Besar Kinarut
  • Memorial Perang Petagas
  • Galeri Tun Mustapha
  • Kampung Budaya Monsopiad
  • Karambunai Resorts Golf Club
  • Kereta api Borneo Utara / North Borneo Railway
  • Menara Jam Atkinson
  • Menara Tun Mustapha
  • Orchid de Villa
  • Pasar Kraf tangan
  • Lawatan ke Kilang Kopi Cap Kuda
  • Platform Pemerhatian Bukit Signal
  • Pusat Santaian Tubuh dan Minda Jari Jari / Jari-Jari Body & Mind Relaxation
  • Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu
  • Sabah Golf & Country Club
  • Sutera Harbour Golf & Country Club
  • Taman Penyembuhan Tradisional Ka'andaman
  • Tamu Mingguan Jalan Gaya
  • Tamu Penampang
  • The Waterfront
  • Acara berlangsung di sekitar Kota Kinabalu (Ibu Negeri)

  • Persidangan Cheshire Home Asia Pasifik Timur: 08 hingga 11 Oktober 2010
  • Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) 2010: 15 hingga 19 Oktober 2010
  • Pesta Burung Borneo 2010: 15 hingga 17 Oktober 2010
  • Cabaran Borneo Safari 2010: 24 hingga 31 Oktober 2010
  • Bila tengok senarai tempat menarik di Kota Kinabalu memang nampak tertarik, tapi tak tahu nak melawat tempat mana dahulu. Hendak mula dari tempat paling jauh atau mula dari tempat yang dekat dengan hotel? Kena tahu juga pukul berapa tempat lawatan dibuka dan sebagainya. Untuk dapatkan panduan pelancongan mudah sahaja. Setiap hotel di sana kebanyakannya menyediakan flyer-flyer kepada pelanggan mereka. So, jangan segan untuk bertanya. Bukan apa, untuk mengelakkan daripada Anda membazir masa. Lebih baik lagi jika anda beli peta Kota Kinabalu di kedai buku dalam RM10 ja.

    Ok, kita masuk pula tentang hotel paling best di Kota Kinabalu. Ada banyak hotel di Kota Kinabalu nie, dan kalau nak Admin senaraikan semua sekali hotel-hotel di Kota Kinabalu Sabah nie memang tak terkira, jadi Admin pilih hotel-hotel yang menjadi pilihan ramai sahaja aka pilihan 10 teratas:

    1. Nexus Resort Karambunai
    2. Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa
    3. The Pacific Sutera
    4. The Beach Lodge
    5. Sutera Harbour Resort
    6. Kinabalu Backpackers Lodge
    7. Promenade Hotel
    8. Hyatt Regency Kinabalu
    9. Red Palm Hostel
    10. Lavender Lodge

    Oleh kerana hotel-hotel yang Admin senaraikan itu best, maka harganya pun best lah. Kalau Anda nak cari dan tempah hotel di Kota Kinabalu, anda boleh saja melakukannya secara online, mudah dan murah berbanding jika anda tempah di kaunter hotel itu sendiri! Untuk tempahan hotel secara online layari pautan ini: Kota Kinabalu Hotels by Hotels Combine

    Ataupun guna fungsi search yang Admin sediakan di bawah ini, lagi senang. Masukkan "Nama Destinasi", "Masa", "Jumlah Ahli", dan "Bilangan bilik yang ingin di sewa" kemudian klik butang "Search", Anda akan terus dapat semua senarai hotel-hotel mengikut permintaan anda yang terdapat di Kota Kinabalu:

    Semua maklumat hotel di Kota Kinabalu Sabah disediakan, dari paling mahal sehinggalah yang paling murah!

    Kereta sewa di Kota Kinabalu

    Erm, asyik sembang pasal tempat menarik di Kota Kinabalu dan hotel, jangan lupa pula tentang kereta sewa. Masuk dalam budget juga tu. Kadar kereta sewa dan kos minyak kereta. Kalau melancong bersama keluarga lebih baik ambil kereta sewa, kalau nak sewa teksi kat Kota Kinabalu memang mahal, seperjalanan dari Lapangan Terbang ke bandar Kota Kinabalu saja lebih kurang RM30.00, jadi Anda dinasihatkan kalau nak melancong ke Sabah sila sewa kereta sewa.

    Untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa, boleh rujuk pautan nie ~ KLIK SINI

    Ok, Admin rasa sekadar itu penerangan dan maklumat yang dapat Admin kongsikan buat masa ini. Nanti jika Admin ada maklumat tambahan, Admin akan kemaskini dari masa ke semasa, insya-Allah. Selamat bercuti!

    Artikel yang berkaitan:

     

    BLOG SABAH

    Copyright 2010 All Rights Reserved