ads

Isnin, 28 Oktober 2013

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


cerita aku : shela abd rohman: Kerjalan <b>di Tawau</b>

Posted: 21 Oct 2013 03:29 AM PDT

10 - 11 Oktober lepas aku g Tawau.

OPSS !! NO.. NO.. NO... Bukan berhoneymoon hokkay ?! Aku outstation. Alhamdulillah... merasa la kerja + jalan-jalan = kerjalan

Flight kitorang kul 715am. sampai Tawau 10 lebey. (aku tak ingat dah !)

Sampai sana terus gerak g buat kerja. cari lokasi. dan aku memang banyak tido jek dalam keta !
Keesoakan harinya.. baru kitorang pegi jalan-jalan..

Oh ! Lupa.. kitorang menginap di MB Hotel.


lepas breakfast kitorang terus g Pasar Gantung. errr.. Aku pon tak tau apa yang gantung nyer..
Kitorang jalan kaki jek. Tak sampai 5 minit dah sampai dah :)
Ni lah Pasar Gantung ....



Hari ni jugak la aku balik. Flight pukul 615pm. so.. kitorang ada banyak masa lagi untuk menjelajah Bandar Tawau.. 
Lepas pegi Pasar Gantung.. kami semua pegi Pasar Tanjung Tawau.. 




Apa nak cari kat sini ??? 




Ade cerita kat pasar ni.. aku didatangi perempuan yang sedang menyusukan anaknya. datang meminta sedekah. aku kesian sangat tengok anak dia. so aku hulur la sikit. tetiba.. datang dalam 3 -4 orang budak kat aku.. cuit aku.. buat muka garang.. buat isyarat tangan.. mintak duit. uishh !! berdebar aku dibuatnya ! siap tarik lengan baju ! terus aku jalan kat Sharil. eee.... !
ok lepas pegi pasar.. kitorang pegi makan tengah ari. kitorang main redah jek. tips nak cari kedai sedap.. KEDAI BANYAK ORANG. hahaha ! memang yang tu ja la.. kitorang order NASI LALAP AYAM. semua sama. aku cam tertarik nak try sebab tengok nama dia kan.. maklum la mana la aku penah dengar nama nasi cenggini.. 

lepas makan.. disebabkan jarak antara Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau berdekatan..kami balik semula ke hotel. Baru nak check out ! so, boleh bayang la kot.. dekat-dekat ja tempatnya.. Lepas check out... seyes kitorang dah tak tau nak pegi mana dah.. nak ke pulau.. masa tak mencukupi. kitorang ada beberapa untuk balik semenanjung. Tapi bila di Tawau.. seyes.. kitorang dah tak tau nak ke mana.. -_-"
Kitorang pegi Eastern Plaza yang atasnya Hotel Permenade. Jalan-jalan sana.. kitorang rasa macam kitorang je kot yang pegi kat situ.. (selain pekerja kedai la) erm.. maybe jugak sebab ari bekerja..

lepas tawaf sini .. kitorang ada banyak masa lagi.. kitorang g jenjalan kat GIANT. yea.. GIANT ! hahaah! jalan-jalan untuk buant masa sementara nak tunggu flight... kat GIANT aku tak amek gambar la.. sama ja kat semenanjung ni kot... mengada sangat kalau aku nak tunjuk GIANT Tawau semata.. heshhh ! 
Lepas pusing-pusing GIANT.. kitorang terus ke airport. bapakk awal kitorang sampai . HAHA ! dah tak tau nak kemana dah... 



**In shaa Allah kita ketemu lagi ya Tawau ! kali ni nak g Mabul or Samporna pulak ! Mudahan murah rezki aku dan Incit Somi. Amin !! **

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


JSJ <b>Kunak</b> tahan suspek kegiatan curi kenderaan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 03:56 PM PDT

by Mohd Nazib Macpee. Posted on October 10, 2013, Thursday

Radzali (dua dari kanan) sedang memerhati dan memeriksa salah sebuah kenderaan.

KUNAK: Polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daerah ini telah menahan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki JSJ Lahad Datu kerana disyaki terlibat secara aktif dalam kegiatan curi kenderaan di daerah Lahad Datu, dekat sini, pagi Isnin.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30an itu ditahan kira-kira jam 7 pagi di kawasan Jalan Giram Lama Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M Radzali Mahmud berkata bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota JSJ daerah Kunak telah bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang mana pada ketika itu suspek dilihat sedang berlegar-legar di kawasan lorong bangunan rumah kedai di kawasan terbabit.

"Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan dan diserahkan ke IPD Daerah Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya," katanya sambil menambah tangkapan itu dibuat hasil daripada Ops Bersepadu SJR seiring dengan pelaksana Ops Cantas.

Mengulas lanjut mengenai Ops bersepadu SJR yang diadakan bermula pada 7 Oktober lalu di Kilometer 19 Jalan Kunak-Lahad Datu, bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari, Radzali berkata pihaknya telah menahan seramai tiga lelaki warga asing berumur 20 hingga 40 tahun selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri ketika diminta berbuat demikian.

Ketiga-tiga lelaki terbabit kini ditahan di bawah Akta Imigresen untuk tindakan lanjut.

"Secara keseluruhannya, pihak kita juga telah membuat pemeriksaan terhadap 60 lelaki, 20 wanita dan 75 buah kenderaan pelbagai jenis serta mengeluarkan sebanyak 30 keping saman trafik kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalulintas yang dikesan," katanya.

Beliau berkata Ops Bersepadu SJR selama dua minggu itu turut melibatkan seramai tiga pegawai kanan dan 15 anggota daripada pelbagai cawangan termasuk Sukarelawan Simpanan PDRM yang diketuai oleh beliau sendiri.

"Ops SJR bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa seiring dengan pelaksanaan Ops Cantas yang telah pun diaktifkan di seluruh negara bagi membanteras kegiatan kongsi gelap dan pencegahan jenayah secara amnya," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved