ads

Jumaat, 9 Mac 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Hari Kedua <b>Di Kudat</b> | my.Mustaffa

Posted: 09 Mar 2012 12:09 AM PST

Minggu Ini Di Kudat Golf & Marina Resort, Kudat

pada 2 hari lepas - 4 comments

Tweet TweetTawaran Hebat:   LANGIT MENDUNG – Beginilah keadaan petang di Kudat. Satu cabaran bagi saya kerana esok sehingga hujung minggu akan ada lawatan kerja pegawai atasan dari Putrajaya. Harap cuaca ketika itu baik. Saya pernah bermalam di Kudat Golf & Marina Resort dua tahun lepas. Hotel ini antara yang terbaik di Kudat selain Ria [...]

Cara Mudah Mencari Bilik Penginapan Semasa Bercuti

pada 4 bulan lepas - 21 comments

Tweet TweetTawaran Hebat:   Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Cuti sekolah bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah pasti ada yang telah merancang lama untuk bercuti bersama ahli keluarga. Jika yang bercuti dalam jarak yang jauh seperti dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya, sudah pasti masalah penginapan adalah masalah yang tidak dapat dielakkan [...]

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


masih <b>di tawau</b>.. - Nana + Amrul = Damia

Posted: 26 Feb 2012 10:24 PM PST

Hai korang..jangan ada yg rindu ek...puii ada ke yg rindu hahahaha pasan...

Kami masih kat tawau..pusing bandar tawau bli mutiara, bli,ikan kering, bli fridge magnet.nak soping banyak2 pon duit xbape nak banyak...lagi lama dok sini lagi banyak duit abes :-)

Flight ke kl kul 9 malam kang..semalam satu ari kat mabul, ari ni satu ari kat tawau..

Kepada yg dah request cite pasal info ngan bajet ke mabul sabar yea..mcm biasa nanti aku wat full entry pasal holiday kat mabul ni wat senang korang refer...

Kita jumpe esk tu pon klw aku ada masa nak update blog la..klw tak tunggu la bila aku free nanti kuar la entry mabul.

Da...

Published with Blogger-droid v2.0.4

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


GAMBAR BERITA KEMALANGAN MAUT BAS PELANCONG <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2011 04:52 PM PST

6 WARGA BRUNEI MAUT BAS REMPUH POKOK DI TAMPARULI-RANAU SABAH 20 DISEMBER 2011

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa kemalangan maut sebuah bas yang membawa 33 penumpang dilaporkan telah hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di tuaran sabah semalam.

Menurut laporan bernama,kemalangan tersebut telah berlaku di jalan Tamparuli-Ranau di daerah Tuaran dan dilaporkan dua mangsa maut ditempat kejadian.

Mangsa yang maut ialah Abdul Manan Ishak, 50-an; Pengiran Zahama Zainal, 61; Dayang Norhayati Abdul Hadi, 61; Faridah, 60-an; Sapawi, 60-an dan seorang lagi mangsa wanita belum dikenal pasti.

kemalangan maut bas di tuaran

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, kemalangan berlaku pukul 3.05 petang itu menyebabkan dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang dalam perjalanan ke Hospital Tuaran dan tiga lagi ketika menerima rawatan.

Katanya, bas itu dalam perjalanan pulang dari Tamparuli ke Ranau dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian menyebabkan ia terbalik sebelum melanggar sebatang pokok besar di tepi jalan tersebut.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kemungkinan bas berkenaan mengelak atau bergesel dengan sebuah van setiba di tempat kejadian.

gambar kemalangan bas di sabah

"Selain enam maut, enam lagi cedera parah, 12 orang separuh kritikal manakala sembilan lagi cedera ringan dan dalam pemerhatian pihak hospital. Pemandu bas dan kelindan bas terselamat," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Katanya, sebanyak lima ambulans dikejarkan untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Tuaran dan Hospital Queen Elizabeth II untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bas yang membawa semua pelancong dari Brunei itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, sebelum pulang ke negara mereka Jumaat ini," katanya.

Beliau berkata, polis akan bekerjasama dengan Konsulat Besar Brunei di Sabah bagi mendapatkan dokumentasi mangsa-mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, selain maklumat penuh daripada Jabatan Imigresen.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


BORNEO DIGEST: 3000 PENGGUNA KERETAPI <b>DI TENOM</b> KECEWA

Posted: 05 Feb 2012 06:18 AM PST


TENOM (Sabah Malaysia): Ketika Jabatan Keretapi Negeri Sabah melancarkan perkhidmatan 'keretapi wap' pada Sabtu, penduduk di enam buah kampong dalam kawasan Pangi yang berjumlah Kira-kira 3000 orang,  mendesak kerajaan  supaya melakukan sesuatu yang lebih positif untuk menangani masalah kerosakan jentera lokomotip, yang menyebabkan perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di situ terganggu sejak lebih sebulan yang lalu.
   Perkampungan penduduk itu terletak di pesisir Sungai Padas dan hanya boleh dihubungi melalui perkhidmatan keretapi.
   Penduduk mendakwa kerugian besar disebabkan hasil tani mereka gagal dipasarkan di Pekan Tenom, selain anak-anak mereka tidak dapat ke sekolah sejak lebih sebulan yang lalu.
   "Sepatutnya sesuatu telah dilakukan untuk meringankan bebanan penduduk," jelas Manggang Ingkim, 66 kepada wartawan – beliau merupakan mantan Pengerusi JKKK Kg. Pangi.
   Ketua kampong di situ Solomon Tandon, 47 turut kesal kerana sehingga kini semua pihak yang bertanggungjawab mengambil sikap membisu.
   "Seolah-olah mereka menafikan terdapat manusia wujud di di kawasan itu," tambah seorang penduduk yang bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di Pekan Tenom.
   Penduduk yang ditemui di situ memberitahu, desakan yang mereka luahkan bukan bersifat menentang kerajaan tetapi mereka mahu masalah mereka diselesaikan dengan segera.
   "Kami mahu kerajaan tahu bahawa kami ada di sini," jelas seorang aktivis masyarakat yang enggan namanya dipetik  dan menambah;
   "Kami mahu Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat kawasan itu datang untuk melihat kesengsaraan penduduk di situ,".
    Perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di enam buah kampong di kawasan itu tergendala sejak lebih sebulan yang lalu, ekoran daripada kerosakan injin lokomotif kenderaan itu.
    Kampung-kampung yang terlibat ialah – Rayoh, Batu 75, Batu 78,  Kalandos, Pangi Proper dan Matolop.
   Sekolah SK Pangi turut terjejas disebabkan murid-murid yang datang daripada enam buah kampong tersebut, tidak dapat hadir ke sekolah.
    Sebelum ini penduduk menggunakan troli buatan sendiri sebagai pengangkutan alternatif, namun kerajaan mengharamkan penggunaan kenderaan itu kerana dikatakan berisiko tinggi.
   Penduduk bagaimanapun mendedahkan penduduk terpaksa menggunakan troli tersebut sebagai pengangkutan penduduk, selain digunakan untuk mengeluarkan hasil tani mereka seperti getah, kopi  dan padi yang dianggarkan 1000 tan pada setiap bulan.
    Mereka juga menagih janji seorang timbalan menteri yang pada tahun 2011, telah berjanji untuk membina sebuah pemancar telekomunikasi di kawasan itu, bagi menyelesaikan jurang digital yang sedang dihadapi oleh penduduk di situ, namun janji tersebut masih belum ditunaikan.
   "Kami benar-benar sedih dengan keadaan ini," jelas KK Solomon dan berkata, "kemerdekaan bagi penduduk di situ seolah-olah tidak membawa sebarang makna".

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


kereta sewa <b>kota kinabalu</b> / car rental <b>kota kinabalu</b> - SalePromos

Posted: 08 Mar 2012 09:08 PM PST

kereta sewa kota kinabalu/ kereta sewa kota kinabalu
kereta sewa murah (cheap car rental ) kota kinabalu sabah 0143556986
salam satu malaysia kepada pelanggan yang dihormati
saya daim ada menyediakan kereta sewa untuk anda di kota kinabalu sabah dengan harga murah-murah dan jimat.
kami mempunyai kereta yang masih baru dan berkeadaan baik sekali
jadi , jika pelangan menyewa kereta kami pasti merasa puas hati
antara kenderaan yang kami sediakan ialah
1-nissan urvan van
2-myvi 1.3
3-avanza 7 seater
4-inova 7 seater
5-viva 1.0 ( jimat minyak)
6-Vigo ( untuk perjalanan jauh )
dan banyak lagi….
saya yang berminat boleh call saya mr daim HP 014-3556986 atau email saya [email protected]
sila buat tempahan agar memudahan perjalanan anda
sabah adalah tempat yang menarik untuk anda kunjungi
hp 0143556986

GD Star Rating
loading...

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved