ads

Jumaat, 9 Mei 2014

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Dua beranak rentung dalam kebakaran <b>di Kota Marudu</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2014 09:28 PM PDT

KOTA KINABALU – Dua beranak ditemui rentung dalam  kebakaran di sebuah rumah kayu di Kampung Kirangawan, Kota Marudu kira-kira 113 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Mayat Maijun Napaas, 42, (bapa) dan anak lelakinya Alexwin, 5, ditemui di ruang tamu di rumah mereka.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu berkata anak perempuan Maijun berumur lapan tahun sempat menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K. Ramin berkata kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi dan  memusnahkan keseluruhan rumah keluarga itu.

"Sebuah lagi rumah jenis kayu turut terbakar 10 peratus di bahagian dinding," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata sebuah jentera dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Lagi Kes Culik <b>di Lahad Datu</b>, libatkan Pengurus warga China <b>...</b>

Posted: 05 May 2014 08:02 PM PDT


Satu lagi insiden penculikan didakwa berlaku di perairan pantai timur Sabah awal pagi Selasa, dipercayai dilakukan oleh kumpulan penculik dari selatan Filipina.
Kejadian berlaku jam 2.55 pagi tadi di perairan Silam, dekat Lahad Datu.
Mangsa yang diculik ialah seorang lelaki pengurus sebuah syarikat dipercayai warga China yang menjalankan perusahaan sangkar ikan.
Mangsa yang dikenali sebagai Yang Zailin dilaporkan telah dilarikan selepas sekumpulan penculik, terdiri daripada lima lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot menyerbu premis sangkar ikan miliknya.
Sabah MapKetua Polis Daerah Lahad Datu, Supt. Shamsuddin Mat dilaporkan memmberitahu, satu sidang media akan diadakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada tengah hari ini.
Sebelum itu, pada Ahad, empat nelayan berdepan detik mencemaskan, apabila disamun sekumpulan empat lanun berpakaian celoreng ala tentera lengkap bersenjata api di perairan Tanjung Labian, juga dekat Lahad Datu.

Dalam kejadian jam 11 malam Ahad itu, kumpulan lelaki terbabit merampas empat enjin bot milik mangsa yang sedang menangkap ikan sekitar perairan berkenaan secara bersendirian.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Mohammad Mentek dalam satu kenyataan media ringkas pada lewat malam Isnin berkata, lokasi sebenar kejadian insiden rompakan oleh kumpulan lelaki bersenjata yang didakwa berlaku di perairan Tanjung Labian itu masih dalam siasatan.
"Kita perlu menyiasat sama ada kejadian itu benar-benar berlaku di perairan negara kita atau di perairan negara jiran," katanya.
Beliau bagaimanapun mengesahkan berlakku kejadian rompakan malam semalam.
Pihak keselamatan negara juga masih menyiasat jenis senjata yang digunakan dan siapa yang bertanggungjawab melakukan rompakan itu, katanya.
Kejadian penculikan terbaru pada awal pagi ini pula menyusul sejurus beberapa jam selepas Mohammad Mentek mengeluarkan kenyataan lokasi insiden rompakan pada Ahad malam sedang disiasat.-bnbbc.my

Artikel Berkaitan,

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Remaja Meninggal Dunia Disimbah Asid Oleh Seorang Lelaki <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2014 07:00 PM PDT



Remaja Meninggal Dunia Disimbah Asid Oleh Seorang Lelaki Misteri di Penampang | Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas disimbah asid oleh seorang lelaki misteri di sebuah premis makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat sini, Sabtu. Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia kira-kira 11.20 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.

"Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada kira-kira pukul 5.30 pagi. "Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan dan motif kejadian masih dalam siasatan. -MStar

.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved