ads

Jumaat, 8 November 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Dua penjenayah cedera ditembak selepas cuba serang polis <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2013 10:12 PM PDT


SEMPORNA: Dua penjenayah cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dalam kejadian berasingan di kawasan perumahan Semporna Central dan pekan Semporna, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3 dan 6 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota polis menjalankan operasi cegah jenayah di kawasan terbabit.

Dalam kejadian pertama, polis cuba menahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang ditemui dalam keadaan mencurigakan, namun suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau rambo dan cuba menyerang polis menyebabkan dia ditembak di bahu.

Kira-kira tiga jam kemudian, seorang lelaki dipercayai rakan suspek pertama yang dalam usahanya melarikan diri, cuba menyerang polis dengan gunting menyebabkan dia ditembak di betis.

Kedua-dua suspek ditahan sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.

Berita Harian 3 Nov 2013

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Pekerja binaan maut bangunan kedai runtuh <b>di Sandakan</b> ABN <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2013 06:52 PM PST

SANDAKAN – Seorang pekerja binaan maut apabila bangunan kedai dua tingkat yang masih dalam pembinaan di IJM Batu 6 dekat sini runtuh semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa dikenali sebagai Mustafa Mustamin, 20, seorang pendawai elektrik.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.45 petang dan diklafikasikan sebagai kemalangan.

Mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.

"Mengikut laporan yang diterima, mangsa berada di atas bangunan kedai tersebut sebelum runtuhan berlaku dan kehilangan mangsa hanya disedari sepupunya.

"Kehilangan mangsa disedari pada pukul 8 malam dan memaklumkannya kepada pihak bomba dan penyelamat," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin berkata pihaknya yang menghantar 19 anggota bersama dua jentera dan sebuah kenderaan pelbagai guna mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit pada pukul 10.04 malam dan berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 10.23 malam. – Bernama

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Anggota polis ditikam suspek kes pecah rumah <b>di Tawau</b> - Mykmu.net

Posted: 11 Sep 2013 02:58 AM PDT

September 11, 2013   ·   1 Comments

pdrm

TAWAU: Seorang Sarjan polis cedera selepas ditikam dengan keris oleh seorang suspek kes pecah rumah di Felda Umas 4 di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ini ketika anggota berkenaan bersama tiga rakan yang lain cuba menangkap suspek di hadapan sebuah kedai koperasi.
"Semasa pergelutan itu, suspek menikam mangsa beberapa kali sehingga dia mengalami kecederaan di siku, lutut, jari dan perut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun polis berjaya memberkas suspek dan merampas sebuah komputer riba serta motosikal daripadanya yang disyaki dicuri.

Dalam perkembangan lain, Awang Besar berkata polis memberkas sembilan orang pendatang tanpa izin di tiga lokasi semalam.

Mereka ditahan dalan sekatan jalan raya di Jambatan Putih, Jalan Kuhara dan Jalan Apas.

Seramai 12 individu termasuk seorang penjawat awam yang positif dadah turut ditahan dalam operasi itu, katanya. – BERNAMA

By


10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


<b>Tenom</b> | Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2013 02:23 AM PDT

"Majlis seperti ini bukan sahaja dapat memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah, tetapi juga mampu menyuntik semangat kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing",kata Datuk Radin Malleh yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah sewaktu berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Entabuan di Tenom pada pagi hari ini

Datuk Radin Malleh turut  berkata para pelajar sebagai tiang negara dan bakal pemimpin negara memerlukan asuhan, bimbingan dan dorongan dari semua aspek termasuklah aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dari peringkat awal pendidikan lagi.

Ini kerana pencapaian pelajar dari segi akademik sahaja tidak memadai, malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga perlu diberikan perhatian utama bagi melahirkan insan yang seimbang, tegas Datuk Radin lagi.

Justeru itu, majlis seperti ini selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, katanya.

Datuk Radin berkata para pendidik perlu mengaplikasikan kesemua enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan menjadikan cita-cita dan prinsip-prinsip Rukunegara sebagai panduan pendidik dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik para pelajar seiring dengan usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Ini kerana gandingan mantap di antara pihak sekolah, ibubapa dan pelajar akan meningkatkan kerjasama dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif yang boleh menjana kecemerlangan pendidikan, tambah Datuk Radin lagi.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tenom, En. Azlan Demon, Pengetua SMK Entabuan Tenom, En. Sunthararajoo A/L Rengasamy, para guru serta pelajar sekolah berkenaan, para pemimpin masyarakat serta ibubapa pelajar berkenaan.

Dalam majlis itu, seramai lebih kurang 200 orang pelajar menerima anugerah mengikut kategori masing-masing.

Anugerah pelajar terbaik ko-kurikulum bagi tahun 2013 dirangkul oleh Jervy Edgar Fredoline (kategori lelaki) dan Cissy Joseph (kategori perempuan).

Manakala bagi anugerah unit beruniform terbaik 2013 dimenangi oleh pasukan Pengakap, anugerah kelab permainan terbaik 2013 dirangkul oleh pasukan Olahraga dan anugerah persatuan akademik terbaik 2013 dimenangi oleh Persatuan Sains dan Matematik.

Penerima anugerah pelajar terbaik PMR 2012 pula ialah Cissy Joseph, manakala para penerima anugerah pelajar terbaik SPM 2012 ialah Asyillah Amira binti Suhaidi, Ivy G. Jonas dan Addrian bin Ijom.

Penerima anugerah pelajar terbaik keseluruhan 2013 pula ialah Jervy Edgar Fredoline (kategori lelaki) dan Yean Albert (kategori perempuan).

Manakala bekas guru SMK Entabuan yang dinaik pangkat sebagai  menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Tenom berkuatkuasa 1 Novermber 2013 pula, Encik Azlan Demon menerima anugerah Ikon Guru Cemerlang SMK Entabuan 2013.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gerai Makan Nyaman D&#39; Sarawak <b>Di Tuaran</b> | my.Mustaffa

Posted: 12 Oct 2013 03:53 AM PDT

wpid 20131012 173619 Gerai Makan Nyaman D Sarawak Di Tuaran

Rasa teringin hendak menjamu selera dengan makanan Sarawak tertunai petang tadi.

Gerai makan Nyaman D' Sarawak yang terletak di Mengkabong Centre menghidangkan makanan asli Sarawak seperti Mee Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Jawa dan Nasi Ayam Penyet.

Harganya berpatutan, sekitar RM5 sehingga RM7.

Pemilik gerai makan tersebut berasal dari Sarawak dan resipinya asli dan memang sama seperti di tempat asalnya juga. Jadi, memang bolehlah mengubat rasa rindukan makanan Sarawak.

wpid 20131012 171904 Gerai Makan Nyaman D Sarawak Di Tuaran

Mee Laksa Sarawak – RM5

wpid 20131012 172355 Gerai Makan Nyaman D Sarawak Di Tuaran

Mee Kolok – RM5

wpid 20131012 171859 Gerai Makan Nyaman D Sarawak Di Tuaran

Mee Jawa -RM5 (RM6.50*special)

Bagi saya, Mee Jawa agak istimewa kerana inilah kali pertama saya makan mee ini di Sabah.

Bagi Mee Kolok dan Laksa Sarawak, saya pernah mencubanya di Gerai Makan di Peladang.

Anda boleh mencubanya sendiri.

Posted from Samsung S3

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Ini Belog FirZie83 Yang Punye: Sepetang <b>Di</b> Esplanade <b>Sipitang</b>

Posted: 06 Oct 2013 08:52 AM PDT

Layan je gmbr yg ada ehhh korang! Aku kemalasan nak menaip...hikkkssss...

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Isteri maut kereta dipandu suami terjunam ke dalam gaung <b>di Ranau</b>

Posted: 11 Aug 2013 06:37 PM PDT

August, 12, 2013 - 9:37 am

RANAU: Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu suaminya terjunam ke dalam gaung dalam nahas di Jalan Kampung Sarapong, Ranau semalam.

Ketua Polis Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata dalam kejadian 9.45 malam itu, mangsa Halisah Raibin, 38, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, suami mangsa Yasik Atim, 40, dan enam anaknya (dua lelaki dan empat perempuan) yang berumur antara enam dan 14 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya Yasik yang memandu kenderaan jip jenis Suzuki sedang dalam perjalanan pulang selepas berhari raya di Kampung Mohimboyon, dekat sini.

"Pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter," katanya sambil menambah kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik.

Abdul Rahman berkata spesimen darah pemandu telah diambil untuk dianalisa.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Pencemaran Sungai <b>Kinabatangan</b> Dikawal | Khabar Kinabalu

Posted: 30 Oct 2013 02:38 AM PDT

Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JAS) akan memantau dan membuat pemeriksaan ke atas kilang-kilang kelapa sawit di kawasan Lembangan Sungai Kinabatangan berikutan laporan sungai terpanjang Sabah itu dicemari operasi dan aktiviti kilang-kilang berkenaan.

Pengarahnya Datin Hanili Ghazali berkata pemeriksaan ini termaktub dalam undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan di bawahnya untuk memastikan pencemaran terhadap alam sekitar dikawal.

Laporan akhbar tempatan memetik pendapat WWF-Malaysia bahawa kini tepat pada masanya untuk meletakkan institusi yang kuat bertindak sebagai badan utama dalam melindungi biodiversiti Kinabatangan berikutan dakwaan kilang minyak sawit dan ladang kelapa sawit di kawasan itu menjadi penyebab utama.

Sungai Kinabatangan dianggap sebagai koridor kehidupan kepada lebih daripada 250 spesies burung, 50 spesies mamalia, 20 spesies reptilia, 1,056 spesies tumbuhan pemuliharaan yang terkenal di dunia – Tanah Lembap Tapak Ramsar Segama.

Bagaimanapun kawasan itu kini dikatakan berdepan penurunan habitat dan indeks kualiti air menurun disebabkan pencemaran.

Sementara itu Hanili berkata industri kelapa sawit merupakan satu daripada industri utama yang menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negeri Sabah selain menyediakan peluang pekerjaan kepada para penduduk di negeri ini.

"Kerajaan memang sedia maklum akan kesan industri ini, khususnya operasi kilang kelapa sawit, kerana jika tidak diurus dengan baik, ia berpotesi menyebabkan pencemaran terhadap udara, tanah dan air," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin terhadap permasalahan ini dan dengan itu sentiasa mengambil tindakan proaktif yang sewajarnya menerusi JAS (persekutuan) yang bertanggungjawab dalam mengawal operasi kilang kelapa sawit di negara ini.

Antara tindakan yang diambil oleh JAS bagi memastikan operasi kilang kelapa sawit diurus dengan baik dan mengawal pencemaran – sungai, udara, buangan terjadual, pembakaran terbuka – ialah semua pihak harus patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) serta peraturan-peraturannya.

Peraturan itu mengambil kira kawalan dan pencegahan pencemaran yang berkesan sewaktu di peringkat cadangan pembinaan kilang kelapa sawit itu sendiri.

Peraturan itu juga memastikan dasar kerajaan Sabah dilaksana iaitu menghendaki semua kilang kelapa sawit yang baharu mematuhi standard pelepasan efluen tertentu, melepaskan efluen terawat secara pengairan ladang dan bukannya melepaskan efluen itu ke dalam sungai.

Setiap kilang kelapa sawit dikehendaki memasang Sistem Pengolahan Efluen dan mengguna pakai beberapa teknologi terkini untuk mencapai standard pelepasan efluen yang lebih ketat.

Kilang kelapa sawit sedia ada juga dikehendaki mempertingkat teknologi sedia ada dalam kilang dengan menukar kepada kaedah pelupusan efluen kilang yang sudah dirawat secara pengairan ladang.

Pelepasan efluen dari kilang kelapa sawit diperketat di dalam kawasan lembangan sungai sensitif seperti di lembangan Sungai Kinabatangan, Sungai Muanad dan Sungai Segaliud dengan meminda syarat lesen semua kilang kelapa sawit yang beroperasi dalam kawasan berkenaan.

Peraturan sedia ada di bawah AKAS 1974 juga menetapkan/membenarkan pelepasan Biological Oxygen Demand (BOD) 100mg/l bagi efluen kilang kelapa sawit tetapi kerajaan negeri telah menjadikan Sabah sebagai negeri pertama di Malaysia yang menetapkan dasar pelepasan BOD 20 mg/l.

Ini secara tidak langsung akan dapat membantu memulihkan sistem ekologi sungai di Sabah.

Kilang kelapa sawit juga dikehendaki menjalankan pemantauan prestasi ke atas semua komponen sistem pengplahan efluen bagi memastikan bahawa proses pengolahan efluen berfungsi dan berupaya untuk merawat efluen yang dihasilkan bagi mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan.

Di bawah peraturan yang ditetapkan juga kilang kelapa sawit dikehendaki melantik orang yang berwibawa untuk mengendali dan menyelenggara sistem pengolahan efluen, alat kawalan pencemaran udara dan menguruskan buangan terjadual.

Untuk tujuan ini, JAS melalui Environment Institute of Malaysia (EiMAS) telah mewujudkan skim pensijilan melalui penganjuran kursus kompetensi bagi membantu kilang kelapa sawit memenuhi keperluan melantik orang yang berwibawa itu.

Akhir sekali kilang kelapa sawit dikehendaki memasang Continuous Emission Monitoring System (CEMS) bagi memantau pelepasan asap dan habuk ke udara secara berterusan untuk memastikan pelepasan itu mematuhi standard yang ditetapkan.

~bernama

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Pusingan Ketiga Sepak Takraw <b>Di Kota Kinabalu</b> - Tv3

Posted: 30 Oct 2013 10:48 PM PDT

Sukan < Kembali ke Sukan

31 Oct 2013, 01:48pm by mahirah shah



Pusingan ketiga Sepak Takraw Siri Super Istaf di Kota Kinabalu.

Selepas dua kali muncul naib juara dalam dua Siri Super di India dan Thailand, Malaysia berazam untuk mengubat kekecewaan itu pada pusingan ketiga yang bermula di Kompleks Sukan Likas, hari ini.

Diiundi dalam kumpulan A bersama India, Iran dan Indonesia, Malaysia diramal tidak berdepan masalah ke pusingan separuh akhir.


10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Makan Tengahari <b>Di Nabawan</b> | Pendapat - Pendapat Anda

Posted: 10 Aug 2010 10:36 PM PDT

Selesai melawat Tamu Niaga Nabawan kami semua bergerak menuju ke rumah mertua TYDP Pas Keningau yang terletak tidak jauh dari kawasan Tamu Niaga Nabawan. Rumah kampung diperbuat dari papan di kampung tersebut kemas tersusun rapi.

Sesampai kami di sana kedengaran suara riuh rendah menyambut kedatangan kami di rumah itu. Rupanya suara datang dari burung tiung yang pandai berkata-kata dalam loghat sabah.

Istimewanya rumah mertua TYDP Pas Keningau yang kami singgah itu adalah, kedua orang tua serta adik kepada isteri TYDP masih belum beragama Islam, namun mereka masih hidup rukun dan damai.

Ketika saya berlegar-legar di luar kawasan rumah sambil mengambil gambar, adik ipar TYDP baru sampai ke rumah, mungkin dari pekan agaknya. Saya sempat mengerling kelibat adik iparnya tersebut, seorang gadis Sabah yang putih melepak dan masih solo. Kalau saya masih bujang mungkin saya tak lepaskan peluang menambahkan seorang lagi warga muslimah dalam rumah tersebut.

Sebelum ke rumah mertua TYDP, kami dibawa meninjau keadaan kemudahan rumah sakit (hospital) yang terdapat di Nabawan. Anda boleh lihat sendiri melalui gambar yang dipaparkan rupa bentuk rumah sakit tersebut. Kebetulan ada seorang pesakit kanak-kanak berada di dalam bilik rawatan yang sedang di rawat oleh pembantu perubatan.

Dr yang bertugas di situ merupakan seorang warga Pakistan yang bekerja sebagai pekerja kontrak untuk kerajaan Malaysia bagi menampung kekurangan doktor di kawasan pendalaman. Ketika kami sampai di rumah sakit tersebut doktor telah keluar menghantar seorang pesakit yang memerlukan rawatan lebih rapi di Hospital Keningau.

Walaubagaimanapun kami sempat bertemu dengan doktor tersebut apabila dia mengejar rombongan kami sebaik sahaja mendapat tahu kemi baru sahaja melawat rumah sakitnya. Kami bercerita panjang di tengah jalan dengan doktor yang memberikan penerangan ringkas keadaan di situ.

Masih banyak yang boleh penduduk Nabawan lakukan untuk membangunkan kawasan penempatan mereka. Ini memerlukan seorang pemimpin yang agresif, telus dan dapat menyedarkan rakyat agar bangun dan majukan diri sendiri.

Kembara Sabah

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Moments Of Endearment: Day 1 - <b>Sabah</b>, <b>negeri di</b> bawah bayu

Posted: 30 Oct 2013 08:30 PM PDT

Super back-dated post. Sorry!

Beginning of July, my friends and I took a trip to East Malaysia - Sabah! We actually bought the flight tickets almost 9 months back during the Air Asia sales. It only costs us RM109 for return tickets!


Shing, Lean and me met up in Penang International Airport and off we go.
The flight took us about 3 hours. Then we had a looooooooong queue in the immigration before we managed to meet up with our driver for the next two days. Thanks to Lean, we managed to get a taxi driver named Wasli, who would drive us around for two days for RM400.

We told Wasli the places that we would like to go for this two days and he helped us to decide the plan as we were unfamiliar on the roads.

Our first stop was for some snacks. We received advice from friends to try out the coconut jellies as they are delicious. We reached a road with a few wooden stalls/shops selling food. Many were selling jellies. There were many flavours like kiwi, strawberry, mango, etc. We shared one coconut and one mango jellies.

And true enough, they are delicious!
Then we headed off to first official tourist spot - Rumah Terbalik (Upside-down House) located in Tamparuli.

Trivia : Did you know that this is the only Upside-down House located in South East Asia? And there are only five Upside Down Houses in the world?

We paid RM10 each for the Entrance Fees (RM18 for non-MyKad holders) but because we have students cards, we are entitled for a free drink each at the cafeteria! Student cards FTW! =)
Absolutely beautiful house! Too bad it was drizzling at that time so we kept on finding a roof to cover ourselves as we do not want to get sick on our first day in Sabah!

We went inside the house, but sorry, no pictures of the interior because we could not take any photos inside. Basically everything inside the house is upside down - the bed, the sofas, table, antique sewing machine, etc..... Quite special!  
There was also an outdoor garden and toilet which we can take photos of.
Last picture of the beautiful house before we leave the place.
After this, we continue our journey to Ranau, which is located 2 hours away from Kota Kinabalu town.

Halfway towards the journey in the winding mountain roads, we were glad we actually hired a driver, because LOOK AT THE ROAD! It was so misty!! And it was only 4pm in the afternoon! 


According to Wasli, usually this area will rain at roughly this hour everyday. And yes, mist is just very normal! The air was really cooling too. Feels like Cameron Highlands weather!

At certain point of the journey, the mist was so thick that we can barely 10 feet in front of us! Instantly felt relieved again because we made the right decision! 

After two hours of drive (and super modern song from Wasli's sound system in his taxi), we managed to reach our budget hotel - The Cottage Hotel.


Oh, I forgot to mention that Wasli said our hotel is 'baik juga.. di tengah-tengah pekan' (not bad, it's located in the middle of town), and we were so relieved. When we arrived, we found out that our hotel does not really located in a town. Yes, there's civilisation, but really really small town. Guess Wasli forgot to mention the word 'small'. =S

Luckily the room wasnt really a disappointment. We had a double bed and a single bed for the three of us! And then it struck me, if the weather is cool in the afternoon, what about early morning? I did not bring any jacket. *smack forehead*  


It was roughly 6pm and we decided to go grab our dinner at the Night Market at the junction of the road. We also heard rumours that it gets dark early in Ranau. 

And to our horror, it started to rain heavily when we were walking! And non of us took umbrella out, in fact, we didnt bring umbrella to this trip. *double smack on forehead* No choice, but to brave through the rain!

 Not much food was for sale at that Night Market. Some raw/unprocessed food such as fresh vegetables & fruits, burgers, satays, noodles and crackers. We decided to try the local food and share a bowl of noodles (is it called Bakso Mee? Forgot already, sorry!).
The noodles came in a bowl, lined with plastic. *disappointment*  

Halfway through our noodles, it began to rain cats and dogs and dinosaurs! We tried to wait it out but it was getting dark (only 7pm at that time!) so we decided to tapau burgers and eat some instant noodles that we bought along to this trip.

This is us, superly wet just to get our dinner! 


And this was our dinner for the day!
 
 Well, the burger wasnt great, chicken wings are so-so...but we did have an adventure!

Stay tuned for Day 2! =)


 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved