ads

Jumaat, 18 Januari 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


:: Jendela comel ku ::: Penangan durian crepe <b>di Kudat</b>...

Posted: 13 Jan 2013 09:17 PM PST

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...setelah bertarung dengan demam panas melampau hampir 1 minggu akhirnya hari ni kesihatan saya dah semakin pulih.


Apa yang paling menggembirakan hati bila dah boleh urus rumahtangga sendiri dan dah boleh masak untuk chenta hati saya. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kesihatan yang DIA berikan kepada saya...
Tiada nilainya kasih sayang suami saya yang mnjaga saya siang dan malam...dari A-Z semasa saya sakit di perantauan ni dan tak dapat nak uruskan umahtangga kami. 100% urusan umahtangga dia yang uruskan...tima kasih sgt2 abg...syg abg..muah.

Allah dah atur elok sangat dah setiap kejadian tu. DIA merancang dan DIA juga lah yang menentukan....

Macam saya juga... Pagi hari chenta hati saya baru sampai balik ke rumah setelah 3 hari outstation ke pulau kemudian tengahari selesai jer siap dan hantarkan semua tempahan pertama durian crepe dan cheese cake di bumi Kudat ni...petang jer terus saya down dan admit hospital Kudat.

Alhamdulillah...DIA permudahkan semua urusan saya.

Ni durian crepe + cheese cake tempahan dari Ustazah Dik Dah @ Mawar Biru...Terima kasih Ustazah

 Saya kasi testing 2 biji jagung crepe yang warna oren tu. Dia minta cheese cake kosong jer tapi saya bermurah hati toppingkan dengan blueberry..FOC jer saya bagi untuk dia. Alhamdulillah...katanya durian crepe dan cheese cake dari saya semuanya sedap. Alhamdulillah..

Ni pula durian crepe tempahan dari Kak Aminah dari Jab. Tenaga Kerja Kudat. Terima kasih banyak-banyak ya Kak Aminah


Selesai jer tempahan pertama...saya terus berehat hampir seminggu. In shaa Allah...jika kesihatan sudah pulih sepenuhnya esok atau lusa saya akan buka lagi termpahan untuk durian crepe. Kesian kawan-kawan yang bertanya...Tunggu ya kawan-kawan...

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


PASPB: TERKINI!!! 500 ahli UMNO sertai PAS <b>di Kinabatangan</b>

Posted: 18 Jan 2013 01:55 AM PST

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menulis dalam FBnya bahawa 500 ahli Umno Kinabatangan menyertai PAS dalam satu Majlis Selamat Tinggal Umno/BN. 


Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dan dan AJK PAS Pusat Muhammad Nizar Jamaluddin turut hadir. Sabah Baru Insya Allah jadi kenyataan.

Gambar menunjukkan sebahagian dari ahli Umno yang hadir dalam program tersebut.mutaligat

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Kunakians: Murid-Murid Sekolah Rendah <b>di Kunak</b> Terima Bantuan <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 04:07 AM PST

Kunak, 17 Januari 2013 - Seramai 2000 beg sekolah diagih-agihkan kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3 sekolah kebangsaan di Kunak. Beg sekolah itu adalah sumbangan daripada ADUN Kunak Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang.
Majlis penyampaian diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan Kunak 1. Dalam majlis yang sama hadiah wang tunai sebanyak RM200, juga sumbangan daripada YB ADUN Kunak, disampaikan kepada 6 orang murid yang mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2012.
"Sumbangan beg ini merupakan sebahagian kecil nikmat yang kita dapat rasai apabila negara dalam keadaan makmur dan aman di bawah naungan pentadbiran kerajaan yang prihatin terhadap rakyat", kata Datuk Nilwan dalam ucapannya di majlis tersebut.
Datuk Nilwan juga mengucapkan tahniah dan ucapan terimakasih setinggi-tingginya kepada warga pendidik atas usaha bersungguh-sungguh mereka sehingga membolehkan sekolah-sekolah di daerah ini mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan. 
Semua 15 buah sekolah kebangsaan di Daerah Kunak menghantar 5 hingga 10 orang murid sebagai wakil untuk menerima sumbangan beg itu bagi pihak rakan-rakan mereka. Turut hadir ialah semua guru besar dan pengetua sekolah, pengerusi-pengerusi PIBG  serta pemimpin-pemimpin masyarakat Daerah Kunak.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved