Harian Metro 13 Julai 2011
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Kinabatangan, Sabah, pagi semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu adalah 16 kilometer di tenggara Kinabatangan.
Gegaran pada jam 10.28 pagi itu boleh dirasai di sekitar kawasan berkenaan.
Difahamkan, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GempabumilemahdiKinabatangan/Article/index_html
TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia, Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam. Maklumat lanjut titik gempa semakin menghampiri Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html
GEMPA BUMI LEMAH LANDA RANAU, SABAH
24 Jun 2011
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku kira-kira 40 kilometer di tenggara Ranau, Sabah pada 10.39 malam Khamis.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gegaran mungkin dirasai di kawasan berhampiran pusat gempa.- BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/24/mstar_berita/20110624095020&sec=mstar_berita
GEGARAN LEMAH DIRASAI DI RANAU, SABAH
27 April 2010
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah, pada pukul 2.03 petang.
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyebut pusat gempa itu terletak 6.0 darjah utara dan 116.8 darjah timur, kira-kira 8 km dari tenggara Ranau.
Gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Ranau, kata jabatan itu.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=494008
GEMPA BUMI LEMAH DI SABAH AWAL PAGI INI
7 Feb 2010
Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Sabah, awal pagi ini. Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi ini. Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/7/mstar_berita/20100207101753&sec=mstar_berita
TREMORS LURKING UNDER OUR FEET
2 Feb 2010
It is common belief that Malaysia is immune to earthquakes. But tremors as low as 3.5 on Richter scale have been recorded in several areas in the country.
AT 7.47am on Jan 25, a mild tremor measuring 3.2 on the Richter scale was felt in Batu Niah near Miri in Sarawak.
Historically, over a period of three years beginning in 1984, the area around the Kenyir Dam in Terengganu recorded about 20 tremors, the strongest of which registered at magnitude five on the Richter scale.
Zamri says even if a major earthquake does not occur in Malaysia, the effects of an earthquake in Sumatra could have dire consequences for the country. Citing an example, the 1985 earthquake that devastated Mexico City had its epicentre more than 350 km away.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/12eart/Article/index_html
SARAWAK CAN EXPECT MINOR SHAKES
2 Feb 2010
THE northern parts of Sarawak are still at risk from tremors as they lie within the fault line.
The fault line runs all the way to Kota Belud in Sabah where tremors can go as high as six on the Richter scale.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/12kch/Article/index_html
UTARA SARAWAK TERDEDAH GEMPA BUMI
28 Jan 2010
Beberapa kawasan di bahagian utara negeri ini didapati terdedah kepada risiko gempa bumi berukuran sederhana pada masa depan, kata Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
GEMPA BUMI: GEGARAN KECIL DI BATU NIAH DAN SUAI, SARAWAK
25 Jan 2010
Gegaran kecil dilaporkan dirasai di Batu Niah dan Suai di Sarawak berikutan gempa bumi berskala rendah yang berlaku berhampiran Batu Niah pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gegaran berskala 3.2 Richter itu berlaku pada 7.47 pagi berpusat kira-kira 26km dari Batu Niah, 90km barat daya Miri dan 99km di timur laut Bintulu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm
GEMPA BUMI LEMAH DI KUALA PILAH
- 30 Nov 2009
Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer timur Seremban.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm&arc=hive
TIADA GEMPA SUSULAN DI KUALA PILAH
30 Nov 2009
Empat kejadian gempa yang berpusat di 22km timur Seremban mula dikesan jam 2.30 petang Ahad, manakala tiga gegaran berikutnya berlaku dalam tempoh 24 jam seterusnya.
Menurut kenyataan JMM semalam, kejadian 12.15 awal pagi semalam berukuran 3.3 pada skala Richter, sementara terakhir pada 2.30 petang pula pada bacaan 3.0 skala Richter.
Gempa bumi lemah ini pertama kali muncul di Kuala Pilah.
Sebelum kejadian ini, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garisan gempa bumi di Bentong, Pahang.
Tiga lagi gempa bumi itu di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).
JMM dilaporkan berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas, sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong.
Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.
Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.
http://www.malaysiakini.com/news/118728