ads

Selasa, 22 Januari 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


my tok ki: <b>di KUDAT</b> Mariner

Posted: 04 Jan 2013 04:44 AM PST

Mama bergaya di Mariner tempat parking  leisure boat di Kudat Mariner Resort and Golf resort KUDAT..........Jalan jalan SABAH cuti sekolah Dis 2012....nak pergi tip of Boreneo lepas niiiiii..JOMMMMM
--

Regards.  Have a nice day.

LT COL AMRAN MOHAMAD RMAF

2 AIR DIV HQ

FT LABUAN

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


UMNO Online - 160 Pemilik Sawah <b>Di Kota Belud</b> Terima Insentif <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 03:58 AM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

160 Pemilik Sawah Di Kota Belud Terima Insentif Pengurusan Berpusat NKEA

KOTA BELUD, 24 Dis – Seramai 160 pemilik sawah di sini hari ini menerima insentif pengurusan berpusat Bidang Ekonomi Utama Negara (Pertanian) EPP 11 sebanyak RM809 seekar atau RM2,000 sehektar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, berkata matlamat EPP 11 Kota Belud, yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud, adalah untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi dan dilaksanakan secara berperingkat.

"Peringkat pertama disasarkan bermula pada minggu ketiga bulan depan dengan keluasan 800 hektar melibatkan seramai 762 pemilik sawah di Kampung Taun Gusi Kerajangan, Taun Gusi Padang dan Jawi-Jawi (di Kota Belud).

"Pelaksanaannya sehingga 2020 yang menyasarkan keluasan sebanyak 5,000 hektar," katanya.

Yahya berkata kerajaan akan terus mencari kaedah dan pendekatan terbaik dan sesuai untuk membela nasib rakyat khususnya dalam meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka.

Berita Bertarikh Pada 24 December 2012 7:58 PM

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


JALAN PULANG: LUNYAI... Umno Tumbang Lagi <b>Di Kinabatangan</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 05:11 PM PST


Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.
Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk  kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.
Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.
Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno.
Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu.
"Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.
Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.
"Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya. Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) dan yang keempat takut dengan pilihanraya," ujar Azmin sambil berseloroh.
Kata Azmin lagi, 70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh kemewahan.
"Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu," ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13.

Foto dan berita ihsan Sabahkini.Net

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Sekolah K9 : Apa yang anda tidak tahu dan mahu <b>...</b> - Minda Pendidik

Posted: 21 Jan 2013 11:45 PM PST



Semasa lawatan Timb. Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad bin Zarkashi ke Sabah bagi acara penyerahan bangunan SK Pulau Gaya, Kota Kinabalu pada 9 Jan 2013 yang lepas, Beliau ada menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sedang merancang untuk menjadikan lima buah sekolah di pedalaman Sabah sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif (K9). Sekolah yang terlibat ialah SK Pekan Pensiangan di Nabawan, SK Bawang di Beluran, SK Sabur di Kudat, SK Buis Dan Sk Menanam di Tongod,Telupid.
Pelbagai persoalan yang bermain difikiran guru-guru tentang Sekolah K9. Ramai yang bertanya-tanya dan mahu sedikit penjelasan mengenai maksud sebenar sekolah K9 ini. Sekolah K9 yang dalam bahasa penuhnya ialah Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang merupakan salah satu model sekolah yang hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah dipedalaman. Di Sabah, buat permulaan 5 buah sekolah telah dipilih untuk menjadi perintis kepada penambahbaikan sistem pendidikan di sekolah-sekolah pedalaman. Sebelum itu 2 buah sekolah telah menjadi perintis iaitu sekolah di Kuala Lipis, Pahang dan satu di Long Bedian, Sarawak.
Sekolah-sekolah yang akan dijadikan sekolah K9 ini akan menawarkan sekolah diperingkat menengah rendah iaitu dari tingkatan 1 hingga 3. Ini bermakna sekolah tersebut  bukan sahaja mempunyai kelas dari pra sekolah hingga darjah 6 tetapi akan turut ditambah ke tingkatan 1 hingga 3. Seorang murid yang belajar disekolah tersebut akan dapat belajar disekolah tersebut dari pra sekolah hingga ke tingkatan 3.
Rasional sekolah K9 ini diwujudkan ialah kebanyakan murid-murid disekolah dipedalaman tidak mahu meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Murid-murid ini akan berhenti sekolah setelah tamat darjah 6 dan apabila ditawarkan ke sekolah menengah murid-murid ini akan mengemukakan pelbagai alasan untuk tidak mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Alasan dan kekangan itu pula seperti masalah perhubungan ke sekolah menengah yang jauh, tidak boleh berjauhan dengan keluarga dan masalah kewangan. Minda pendidik juga ada menulis tentang isu tidak melanjutkan pelajaran selepas darjah 6 dalam tajuk artikel MASALAH KECICIRAN MURID TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 UNTUK SEKOLAHPENDALAMAN
Dengan wujudnya sekolah K9 ini, kementerian berharap masalah keciciran murid ke sekolah menengah dapat dikurangkan. Namun bagi memastikan sekolah K9 ini berjalah dengan lancar, penambahbaikan sekolah yang dipilih untuk menjadi perintis kepada sekolah K9 ini di Sabah seperti penambahbaikan dari segi infrastruktur sekolah, pentadbiran sekolah, guru-guru yang cukup dan berdedikasi dan yang paling penting kefahaman tentang fungsi dan matlamat sekolah K9 dikalangan pendidik dan murid-murid sekolah. Jika projek rintis di 5 buah sekolah ini berjaya seharusnya ia perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah pulau kerana sekolah-sekolah pulau merupakan salah satu penyumbang kepada keciciran pelajar sekolah menengah atas faktor jarak dan kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Banjir <b>Di Beluran</b> Pulih, Mangsa Dibenar Kembali Ke Rumah

Posted: 21 Jan 2013 10:46 PM PST

  
Tuesday, 22 January 2013 14:46

BELURAN: Keadaan banjir di Beluran kini pulih dengan sembilan keluarga dari dua buah kampung yang berpindah dibenar pulang ke rumah masing-masing hari ini. 

Lapan keluarga terbabit dari Kampung Kiabau, Telupid, manakala sebuah lagi dari Kampung Sungai-Sungai di Sugut. 

Menurut Penolong Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat, jalan utama ke Kampung Kiabau dan Kampung Baba serta Asuan juga sudah boleh dilalui kenderaan. 

Bagaimanapun bilik gerakan banjir di Pejabat Urusetia Kecil Telupid masih dibuka bagi memantau keadaan, katanya kepada Bernama. 

Sementara itu Sekolah Kebangsaan (SK) Kiabau dibuka hari ini, manakala tiga lagi iaitu SK Nangoh, SK Sungai-Sungai dan Sk Perancangan masih ditutup. 

- Bernama

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan <b>Di Kunak</b> | MyNewsHub

Posted: 21 Jan 2013 01:54 AM PST

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Di Kunak

KUNAK – Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Km 36 Jalan Kunak-Lahad Datu pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kunak DSP M.Radzali Mahmud berkata si suami yang memandu kereta itu yang berumur 66 tahun sementara isterinya berumur 65 tahun meninggal di tempat kejadian.

Beliau berkata dalam kejadian tengah hari itu, dua lagi penumpang kereta tersebut cedera parah dan dirawat di Hospital Kunak.

Treler berkenaan yang datang dari arah Tawau menuju Lahad Datu dikatakan terbabas serta hilang kawalan sebelum masuk ke lorong kanan lalu bertembung dengan kereta itu yang datang dari arah bertentangan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved