ads

Selasa, 21 Mei 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Gambar dan biodata pegawai polis yang terkorban <b>di Semporna</b>

Posted: 04 Mar 2013 02:49 AM PST

Gambar dan biodata pegawai polis yang terkorban di Semporna - "JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG". Inilah sahaja yang dapat diungkapkan kepada enam orang barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara di Semporna semalam. Memang begitu menyedihkan namun juga amat membanggakan kerana kematian mereka untuk berjuang mempertahankan kedaulatan Sabah yang telah dicerobohi lanun Sulu sejak 9 Februari 2013 yang lepas.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar


Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel


Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit


Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon


Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran


Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran


Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Semoga dengan pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. - PDRM

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


senarai penuh calon-calon bertanding <b>di</b> p169 <b>kota</b> <b>...</b> - Kelapa Mawar

Posted: 20 Apr 2013 04:15 AM PDT

Proses penamaan calon pagi tadi diu daerah Kota belud sekitar jam 8.00 hingga 11.00 pagi berjalan dengan lancar. Tidak ada insiden keganasan berlaku, sebaliknya semua parti-parti politik bersama pengikut dan penyokong masing-masing mengiringi calon parti masing-masing dalam suasana politik yang meriah dengan bendera dan logo parti masing-masing.

Setelah proses penamaan calon berakhir jam 11.00 pagi, SPR mengumumkan senarai calon-calon berikut:

PARLIMEN P169:

ABDUL RAHMAN DAHLAN (UMNO-BN)
MUNIRAH MAJILIS (PKR)
LAMSIL HAMIDSHOR (BEBAS)
JALUMIN BAYOGOH (STAR)
KANOL GINDOL (BEBAS)

 N6 TEMPASUK:

MUSBAH JAMLI (UMNO-BN)
LAIMAN IKIN (PAS)
ABDUL MALIK MOHED (SAPP)
SUWAH BULLEH  (STAR)

N7 KADAMAIAN:
TIMBON @ HERBERT LAGADAN (PBS-BN)
UKOH@JEREMMY MALAJAD (PKR)
PETER MARAJIN (SAPP)
RUBBIN GURIBAH (STAR)

N8 USUKAN:
MD.SALLEH MD. SAID (UMNO-BN)
MUSTAPHA SAKMUD (PKR)
BAKHRUDIN ISMAIL (STAR)

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Kiram&#39;s Village <b>di Kundasang</b> Ranau | elwenes.com

Posted: 28 Mar 2013 12:02 AM PDT


Kiram's Village Cabin terletak di Mesilau, Kundasang, Ranau. Lebih Kurang 40 minit dari Pekan Ranau dan 90 minit dari Kota Kinabalu.
Akibat daripada pencerobohan Lahad Datu, telah timbul tanda tanya tentang Resort Kiram's Village di Mesilau, Kundasang Ranau. Bukan sahaja di ruang Facebook tetapi juga website dan blog.
Menurut Utusan Online, pemilik Kiram's Village ialah Jamalul Kiram Datuk Mohd. Zakaria. Dia adalah rakyat Sabah yang kebetulan namanya sama dengan Jamalul Kiram III (Pengasas Pencerobohan Sulu ke atas Sabah). Beliau dilahirkan di Kota Belud, mengaku mempunyai darah Suluk yang diwarisi daripada datuknya yang juga dilahirkan di Kota Belud kira-kira 1900-an lalu dan pernah bertugas sebagai anggota polis British dan Ketua Anak Negeri semasa Malaysia belum mendapat kemerdekaan. Bapanya, Mohd. Zakaria Mahol, 89, sebelum ini merupakan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan telah berkahwin dengan ibunya, Aisah Teo Abdullah.

Jamalul Kiram Datuk Mohd. Zakaria merasa kesal dengan spekulasi yang ditimbulkan oleh berbagai pihak sehingga menjejaskan perjalanan Resort Kiram's Village. Baliau menafikan sekeras-kerasnya fitnah dan tohmahan yang disebarkan itu sambil menegaskan bahawa beliau adalah warganegara Malaysia yang taat dan setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Sabah, Perlembagaan Persekutuan, negeri serta negara ini.

Kindly Bookmark and Share it:


10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


adun48sukau: Jumlah anggota keselamatan <b>di Kinabatangan</b> perlu <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 08:45 PM PDT

DSP Martin menyatakan sesuatu kepada Saddi.

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah jumlah anggota pasukan polis dalam Daerah Kinabatangan bagi memperkasakan tugas melindungi keselamatan rakyat di kawasan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, penambahan anggota itu agak penting memandangkan kedudukan daerah Kinabatangan yang amat luas, selain memiliki kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau yang berhadapan perairan Laut Sulu, kawasan  menjadi laluan pengganas di Kampung Tandou, Lahad Datu dan Semporna ketika ini.
"Saya mencadangkan langkah penambahan anggota ke kawasan Kinabatangan.  Kerana ketika ini  saya  merasakan jumlah anggota pasukan keselamatan Di Balai Polis Kinabatangan  perlu dipertingkatkan.
"Selain daripada kedudukan perairan ini dan Sandakan begitu bebas daripada kegiatan penyeludupan dan kemasukan rakyat asing suatu ketika dulu, anggota yang bertugas di dakawasan persekitaran daratan dan kampung-kampung terpencil di Dun Sukau perlu diadakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, DSP Martin Lugu di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kinabatangan di sini.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah pegawai-pegawai kanan Polis IPD Kinabatangan, Pegawai Platon Rela Kinabatangan  dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit.
Saddi yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah  berkata, terdapat  hampir 90 buah kampung dalam kawasan jagaan Pejabat Polis Daerah Kinabatangan merangkumi kawasan-kawasan Kampung Dalam Daerah Kuamut dan 42 buah lagi terletak dalam kawasan Dun Sukau. 16 darinya kampung dalam Dun Sukau, kata Saddi, berkedudukan di persisiran Pantai yang menghala perairan Sulu dan 26  buah Kampung terletak di kawasan daratan yang bersempadan Dun Tungku dan Lahad Datu dalam kawasan Parlimen Silam.
"Saya dan pihak polis sependapat kawasan dalam Dun Sukau ini amat memerlukan perhatian pasukan keselamatan termasuk pihak polis kerana kedudukan penduduknya yang saya anggap terdedah daripada ancaman luar dan golongan subresif," katanya.
Saddi difahamkan pihak IPD Kinabatangan juga sudah mengemukakan permohonan menambah bilangan anggotanya kepada pihak tertinggi pasukan itu.
Saddi berkata, sektor pelancongan, perladangan dan perikanan di dalam Dun Sukau akan menjadi lebih mantap dengan meningkatnya jumlah kawalan keselamatan di polis di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, kata Saddi, beliau amat berbangga dengan persiapan serta pengawasan keselamatan yang terus diberikan pihak polis daerah ini.
"Selain mereka meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan di daerah berhampiran seperti Sandakan dan Lahad Datu, pasukan polis ini juga meningkatkan rondaan ke seluruh kawasan Dun Sukau dan Kinabatangan termasuk di kampung-kampung terpencil seperti dalam kawasanMukim Litang dan sepanjang pintu masuk ke daerah ini," kata Saddi.
"Saya begitu berbangga dengan tanggungjawab  harian mereka. Saya mendoakan semua anggota keselamatan ini terus terlindung daripada bahaya dan daerah ini bebas daripada sebarang ancaman pencerobohan pengganas," kata Saddi.
Saddi juga juga berpuas hati dengan aktiviti  pelancongan dan perladangan di sini yang dapat berjalan seperti biasa atas keupayaan pengawasan itu.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di keningau</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 11:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di keningau</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2013 11:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PESONA: Allergic Masuk KFC Siap 2 Perkara <b>Di Keningau</b>.

Posted: 01 Apr 2013 02:52 AM PDT

    Kadang ada kala terjerat dengan promosi hebat pada banner iklan yang gah terpampang di kawasan bulatan di Jalan Masak Keningau. Harga promosi RM 5.95 sen bagaikan mengajak untuk cepat datang ke permis itu. Pastinya hendak melayan selera yang tidak pernah nak puas ini. 

Kemudian menyatakan cadangan rancangan dan keinginan untuk membawa anak-anak ke permis itu. " Lapar lah..dah jam duabelas tengahari ni, kita singgah KFC lah, baru balik ke rumah.!" Inilah ajakan saya kepada anak-anak saya yang masa tu lima orang ikut ke pekan Keningau. " Tak mahu..bagus balik terus ke rumah, mama dan masak tu.." Ini kata-kata anak ke empat ( lelaki ) " Ala ayah mahu bawa ke KFC, marilah kita ke sana ...bukan selalu, kan ayah ajak tu.." Ini pula kata-kata anak perempuan yang keduadan anak ketiga. " Tak mahu..bagus ayah bawa   ke restoran yang ada juadah nasi banyak lauk pilihan..kenyang lagi.." Agak tegas suara ini, saya fikir ada benarnya kata-kata anak ke empat. Kebetulan memang perut agak lapar kerana lama melayan anak-anak bawa saya pergi membeli keperluan di Servy Keningau dan di kedai buku Evegreen  Keningau. Sesuai sangat makan nasi dengan lauk dan sayuran. Elok juga dilayan kehendak anak ke empat.

Lastly bawa mereka ke Restoran Nurjana..memang banyak pilihan lauk pauk di restoran tu dan kalau tahap kebersihan restoran ni mempunyai kad A. Anak-anak makan pun selesa dan puas memilih lauk mana hendak di makan masa itu. Bila saya tanya, anak ke empat, dia benar-benar allergic kalau sebut KFC. Sebab itu dalam gambar kami di KFC ni tiada dia, tak mahu ikut walhal mama bagi green light nak ke KFC masa itu sekali sekala kan apa salahnya, niat nak  bahagiakan anak-anak. Bukan selalu, kadang dua bulan baru sekali ke KFC. Apapun saya sayang semua anak-anak saya, yang punyai citarasa berbagai tu. Alahai anak.....))

Bolehlah menggugat selera..

anak ke 4 tak ikut ke KFC..tak ada dia sini..

ini awal bulan Feb 2013...
 Tengoklah mama sampai tak sedar
diambil gambar..entah apa pula yang
dipandang oleh yag berbaju biru..
macam ada sesuatu ja..
 nampak tak  besarnya banner IKLAN RM 5.95 sen.
..jangan lupa lihat juga kayu manis tu..
Simbol di round about menuju ke Jalan Masak
Keningau...
Perkara 1.  Permis baru KFC ke 2 di Keningau..
baru awal Feb 2013 dibuka..
Ada juga masuk dah sekali ke sini..
KFC dua tingkat..nampak pemandangan Kg.
Masjid Keningau dan Padang Keningau..
Perkara 2. Deretan pintu-pintu kedai bangunan 
baru di Keningau..yang uniknya bangunan ini
panjang hingga ke round about Jalan Masak Keningau..
Agaknya siapalah yang bertuah akan memiliki
Nak tengok juga apakah jualan mereka..
Menurut yang saya dengar akan ada
jualan kraftangan kat sini..
Tunggu dan lihat ja lah kan..
Masa ini belum ada yang dibuka atau digunakan..
semua pintu masih tertutup.
Keningau kini..amat membangun..
Inilah anak ke 4 etuza yg tak suka
KFC..harap tak marah dia..))

Kawekaki Motor: KONVOI NSBC KE 1st <b>KENINGAU</b> BIKE WEEK <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 09:02 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Hari ini merupakan hari kedua sempena acara 1st KENINGAU BIKE WEEK (KBW). Jika diikutkan dari tentatif program yang diedarkan semasa pendaftaran, jadual untuk semua bikers hari ini agak padat namun agak menarik juga jika dilihat dari acara yang telah diaturkan. Antara acara yang agak menarik adalah ride singkat ke Sook (salah satu daerah dalam Keningau) sejauh lebih kurang 60km, Sukaneka antara bikers dan penduduk tempatan, open grafity contest, acara tarik tali dan pertandingan slow rides. Baiklah.... Kawe akan cuba ringkaskan cerita kawe memandangkan banyak gambar-gambar untuk entry kali ini.
0700hrs - Pagi ini kawe bangun dengan agak bersemangat sama seperti rakan-rakan yang lain. Tanpa bersarapan, kami bersama Bro Ruly bergerak menuju ke Padang Bandaran tempat berlangsungnya acara KBW kerana kawe dimaklumkan acara senamrobik akan diadakan pada pagi itu.
Sampai di Padang Bandaran Keningau
Bergambar dengan Hj Zainal  Presiden Aura Bikers (dua dari kiri) yang juga penganjur KBW
Bergambar beramai-ramai dihadapan banner KBW
Instruktor senamrobik bersedia untuk mengadakan senamrobik
0800hrs - Kerana kelaparan, kami mengambil keputusan untuk bersarapan pagi di Restoran Pak Kandar yang dimiliki oleh Saudara Zainal iaitu Presiden Aura Bikers terlebih dahulu tanpa bersenamrobik.
0930hrs - Bergerak semula ke tapak KBW kerana acara ride ke Sook akan diadakan.
Kedatangan bikers mulai ramai

Bike kawe... Diapit oleh dua V lain...

Bikers bergambar beramai-ramai
Bergambar dengan rakan bikers dari Kelab Motorsikal KEKAL Daerah Tutong Brunei

Semua bikers bersedia dengan jentera masing-masing

Spyder dari Smart Riders Labuan

Konvoi bersedia untuk dilepaskan

Wife kawe bergambar dengan wife Abe Mat Presiden Bintulu Bikers dan wife Presiden KEKAL
1000hrs - Konvoi mula dilepaskan untuk bergerak ke Sook. Konvoi dibantu oleh pihak dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan marshal dari pihak penganjur. Acara konvoi ke Sook ini telah mengumpulkan sekurang-kurangnya 300 buah bike. 
Masing-masing sedia atas bike...

Sham (KLX250) editor dan penulis majalah permotoran WTR selaku media

Melintasi salah satu jambatan di Keningau
Pergerakan konvoi yang teratur...

Yang ni pula konvoi dibelakang kawe...

Berkonvoi memerlukan satu disiplin yang tinggi...

Zainess rakan dari NSBC...

BMW1200GS... Mungkin inilah yang pertama dan satu-satunya yang ada di Brunei...

Ini Paksu Kelantan Chopper Club datang dari Kelantan... 
Konvoi dari Yamaha Riders Brunei (berbaju biru)

Melalui kawasan berselekoh menuju ke Sook

Haji Zainal Aura Bikers (GTR1400)... Orang kuat selaku penganjur KBW
Dengan kelajuan yang selamat sewaktu melayan selekoh...

Rakan bikers dari Yamaha Riders Brunei Darussalam

Cikgu Adi NSBC (Versys) dan FairulHisham orang Kelantan (SYMT2 kuning)

Yang ni pula Ustaz... Dari Tawau kalau tak silap kawe

Semua bikers memberikan kerjasama semasa kawe mengambil gambar... Terima kasih boss...

Wak Wasianto (CBX750 paling depan) peace yo...

Aki Anis dengan BMW GS1200

Jalan dari Keningau ke Sook sememangnya cantik dan salah satu tempat kegilaan para bikers selain dari jalan Kimanis-Keningau

Spyder dari Smart Riders Labuan

Konvoi dari Smart Riders Labuan

Kawe dibelakang konvoi Smart Riders Labuan

Kalau tak silap ini Datin Seri... Isteri kepada Presiden Smart Riders...

Jalan dipenuhi dengan konvoi..

Dr Saiful dari Tawau berasal dari Kelantan

Sentiasa dalam konvoi untuk keselamatan semua penunggang

Saudara Warni rakan dari Keningau

hati-hati boss... jangan terlebih speed..
Aksi ghairah Sham WTR... Kenapa bangg... Kaki panas yeee... Hahahaha

Keadaan sedikit sesak semasa konvoi berpusing untuk berpatah balik ke Keningau di Bulatan Pekan Sook kerana terdapat acara dari Ketua Menteri Sabah.

Konvoi berpatah balik di Bulatan Pekan Sook.
Rakan dari Yamaha Riders Brunei
Konvoi yang yang terakhir 

Kawe berjumpa dengan DR Saiful bikers dari Tawau
1130hrs - Selesai acara Ride ke Sook dan peserta acara KBW berkumpul semula di Padang Bandaran. Kawe bersama terpaksa balik ke hotel tempat menginap kerana rakan-rakan dari NSBC yang baru bertolak awal pagi tadi dari Limbang baru sahaja sampai di Keningau kerana kawe dimaklumkan bike Cikgu Zakaria mengalami masalah kebocoran pada radiator. Ini Menyebabkan konvoi mereka sampai agak Lewat.

Rakan dari NSBC yang terlewat sampai. Sedia untuk balik ke hotel.

Hotel tempat semua ahli NSBC menginap
1140hrs -  Sampai di hotel dan menguruskan urusan daftar masuk rakan-rakan yang baru sampai. kawe bersama Cikgu Adi dan Cikgu Zakaria bergerak ke bengkel yang berhampiran untuk menampal sedikit kebocoran tangki radiator pada bike Cikgu Zakaria.
1300hrs - Kami bergerak dari hotel dengan berjalan kaki untuk mencari gerai @ kedai makan kerana semua kami telah kelaparan. 

Keluar mencari kedai makan kerana semua telah kelaparan

Wakil dari Kelab Z800 Borneo

Makan dikedai makan dihadapan tapak acara
1400hrs - Bermulanya acara perasmian 1st KENINGAU BIKE WEEK. Semasa perasmian diadakan pihak penganjur sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada golongan kurang berkemampuan sekitar 200 orang  yang ada di Keningau. Bantuan yang disampaikan adalah hasil kutipan dari pihak penganjur hasil dari penjualan baju KBW dan pendaftaran peserta.

Acara perasmian 1st KBW. Ucapan oleh Haji Zainal Aura Bikers

Antara presiden kelab yang hadir. Kawe yang paling slim... hehehe
Golongan kurang berkemampuan yang akan menerima bantuan

Salah seorang yang telah menerima bantuan

Bergambar beramai-ramai antara semua Presiden Kelab yang hadir.
1500hrs - Bermulanya acara padang dan sukaneka antara penduduk tempatan dan antara bikers. Semasa acara padang dijalankan, kawe dan beberapa ahli lain terpaksa meninggalkan acara kerana kawe dimaklumkan oleh Cikgu Zakaria bahawa bike beliau masih terdapat kebocoran walaupun ditampal. Ini memaksa kawe mencari inisiatif untuk membetulkan sendiri masalah pada bike Cikgu Zakaria dengan dibantu oleh rakan-rakan yang lain.

Bikers bergambar beramai-ramai berlatar belakangkan banner KBW

Cikgu Adi, Jenal, Kawe dan Rosli

NSBC dan Tawau Big Bikers Owner Club (TBBOC)
Perserta dari Yamaha Riders Brunei
1630hrs - Sampai dihotel selepas menjelajah kedai untuk mencari Gam 2 Tan (boleh google kalau nak tahu lebih detail). Kami bernasib baik setelah setengah jam mencari akhirnya terdapat sebuah kedai yang menjual gam tersebut. Disini bermulalah acara kawe dan kawan-kawan yang lain menjadi makanik tak terlatih dalam usaha untuk membetulkan masalah pada bike Cikgu Zakaria.

ER6N Cikgu Zakaria yang 'merajuk' sebab cCikgu Zakaria ada cakap nak angkat Z800... Hahahaha

Kawe selaku mekanik tak terlatih.

Tangki radiator telah dikeringkan. Yohanis dalam proses menampal tangki Radiator yang bocor
1730hrs - Berehat di bilik hotel selepas membetulkan masalah pada bike Cikgu Zakaria. Setakat ini semua masalah dapat diselesaikan. Sekarang menunggu masa untuk acara seterusnya iaitu acara makan malam bagi menyambut semua peserta acara KBW.
1900hrs - Bergerak menuju ke Hotel Perkasa tempat yang akan berlangsungnya acara makan malam KBW.  

Bersedia untuk menhadiri acara Makan Malam 
1930hrs - Bermulanya acara makan malam selepas sedikit ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Zainal selaku penganjur KBW. Acara makan malam ini selang-selikan dengan karaoke, penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah untuk para peserta.
Ucapan alu-aluan untuk semua peserta KBW

Kawe dan Bro Ali. Penyerahan stiker NSBC

Rock juga wife kawe ni... Hahaha

NSBC bersama otai dari KEKAL, Brunei
Kawe n Husin MNLG Bintulu.
Acara yang ditunggu... Acara makan

Kawe... Macam lapar sangat je...

Wakil Kelab Bersatu Bikers Brunei
Kalau tak silap ini dari TBBOC

Ini pun kurang pasti pulak kawe...

Ini dari kelab CBX kalau tak silap kawe
Keningau Big Bikers Club (KBBC)

Meja VIP dan pihak penganjur

Honda Riders Club (HRC) Brunei

Penyanyi pertama yang mendendangkan lagu. Saudara Ruly TBBOC

Lagu Anak Kampung. Semua naik menari

Otai dari Limbang Saudara Wong. Paling sporting masa acara karaoke

James wakil dari NSBC menyanyikan lagu Alleycars.... Terima Kasihhh....
Suara mantap menyanyikan lagu dari kumpulan Amuk... Wakil dari Semporna Bikers

Penyampaian cenderahati 

Penyampaian sijil penyertaan kepada kelab

Penyampaian cenderahati kelab kepada pihak penganjur

Presiden Smart Riders Labuan

Saudara Yap. Presiden TBBOC

Presiden Ellapora Bikers Club

Penyampaian momento antara kelab-kelab yang hadir

Kelab Yamaha Riders Brunei menyampaikan momenta kepada Presiden Nortern Malaya Indian Bikers, Penang.

Penyampaian momento oleh Temburong Bikers kepada pihak Penganjur

Kawe menerima sijil penyertaan mmewakili NSBC

Penyampaian momento kepada pihak penganjur
Kepada Kelab Motorsikal KEKAL Daerah Tutong, Brunei.
Honda Riders Club (HRC) Brunei

Acara kejutan memmotong kek harijadi kepada semua bikers yang lahir pada bulan April

Rino... Tersenyum lebar apabila menerima hadiah cabutan bertuah
2330hrs - Selesai acara makan malam kami mula bergerak untuk balik ke hotel setelah semua kami kekenyangan setelah dihidangkan dengan masakan 3 ekor rusa yang dipanggang.

Wife kawe bersama lady bikers yang lain

Bergambar bersama rakan-rakan bikers sebelum balik
Pasangan romantik.... Cikgu Zakaria dan James...
2345hrs - Kami sampai di hotel tempat menginap dalam keadaan puas dan gembira dengan kemeriahan semasa acara makan malam yang direncanakan oleh pihak penganjur. Ternyata acara 1st KENINGAU BIKE WEEK ini benar-benar memberi kepuasan pada kami walaupun ada acara yang tidak dapat kami sertai kerana sedikit masalah yang tak dapat kami elakkan.  

ulangtahun keuskupan <b>keningau</b> ke 20 <b>di</b> st. yohanes pembaptis <b>...</b>

Posted: 05 May 2013 07:33 PM PDT

SIPITANG – Pada 4 Mei 2013, Keuskupan Keningau telah menyambut Ulangtahun penubuhan Keuskupan yang ke-20 bertempat di Gereja St. Yohanes Pembaptis, Sipitang. Misa Kudus dimulakan pada jam 10 pagi dengan perarakan para paderi masuk ke dalam Gereja dengan diiringi oleh 20 orang penari sumazau yang melambangkan 20 tahun penubuhan Keuskupan Keningau, 20 tahun pentahbisan Uskup Cornelius Piong, peringatan 20 tahun penerbitan Katekismus Gereja Katolik, genap usia 20 tahun bangunan gereja st. Yohanes Pembaptis Sipitang dibina dan simbolik 20 org paderi yg melayani di Keuskupan keningau. Misa Kudus pada hari tersebut dipimpin oleh Bapa Uskup Cornelius Piong dan juga dihadiri oleh Uskup Agung Kota Kinabalu iaitu Uskup John Wong serta Uskup daripada Keuskupan Sandakan iaitu Uskup Julius Gitom.

Dalam homilinya, Bapa Uskup Cornelius Piong menyatakan " Dalam kesempatan rahmat ini, kita juga dengan rendah hati memohon agar bimbingan dan dorongan kuasa Roh Kudus menguasai perjalanan iman kita lebih-lebih kearah pemantapan iman yang kita cita-citakan sempena tahun iman ini dan kita menggunakan tema bagi kita di Keuskupan Keningau iaitu " Pemantapan Iman Umat Allah Komited Bersaksi bagi Kerajaan Allah.". Kita semua tentu menyedari perlunya dan mendesaknya supaya kita sentiasa beriman kristiani yang mantap agar kita tidak mudah terpedaya dan menjadi mangsa kepada ajaran-ajaran anti Kristus dan pengaruh-pengaruh budaya bunuh atau 'cultural death'. Dalam dunia era globalisasi ini, kita perlu membangun iman yang mantap. Dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi hari ini, zaman ini kita murid-murid Yesus perlu sentiasa dikuasai oleh kebijaksanaan Roh Kudus supaya sentiasa bijaksana dalam membuat pertimbangan dan pilihan supaya apabila berhadapan dengan hal-hal yang melibatkan antara melihat dan mengikuti Yesus atau menyangkal dan meninggalkan Dia. Dalam menyambut tahun iman, kita diingatkan tentang 'Evangelisasi' iaitu peranan setiap kita memperkenal dan menghadirkan Yesus kepada sesama manusia kita supaya dia dikenali, dikasihi dan dilayani. Tanpa kesatuan yang akrab kita dengan Yesus; Identiti, misi dan destinasi hidup kristiani kita tidak akan pernah jelas. Apa lagi bila berhadapan dengan pengaruh-pengaruh kuat yang mengaburkan perjalanan iman kita ini. Sempena merayakan UTK 20 ini, marilah kita membaharui dan memantapkan komitmen Kristiani kita agar kita sentiasa berbangga dengan identiti, misi dan destinasi kita selaku murid-murid Yesus.

Selepas doa penutup, acara diteruskan dengan sesi ucapan yang disampaikan oleh pengerusi pelaksana iaitu Sdra. Romanus Piong. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan UTK ke 20 ini dan percaya kerjasama yang diberikan oleh semua pihak seperti para AJK Team pelaksana UTK 20, Paderi Paroki Fr. Lazarus Uhin, sisters dan umat telah membawa kesatuan yang teguh. Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada yang jauh dan dekat. Dalam kesempatan itu juga, beliau mengungkapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Bapa Uskup atas keprihatinan beliau dalam membantu pihak paroki mengubahsuai dewan paroki hingga siap sepenuhnya dan berjanji akan menjaga dewan ini dengan baik.

Seterusnya ucapan perasmian oleh Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong. Dalam ucapannya, Bapa uskup bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak kerana dapat menjalankan peranan masing-masing untuk merayakan ulangtahun ini dengan semua umat yang melayani. Beliau menyatakan bahawa, sempena UTK 20 ini, atas bisikan dan dorongan Tuhan, satu mesej yang sangat-sangat kuat beliau rasa adalah, tentang 'kesatuan' lebih-lebih lagi dalam tahun iman, apapun program yang kita adakan sama ada di peringkat keluarga, KKD, KUK, Zon, Paroki atau Mission haruslah kita sama-sama sedari pentingnya kesatuan kita dengan peribadi Yesus. Bapa Uskup juga mengumumkan bahawa Tuan Rumah bagi perayaan UTK ke 21 pada tahun hadapan ialah bertempat di Paroki St. Theresa, Tambunan dan disambut dengan tepukan sorakan oleh semua umat.

Setelah itu, Bapa Uskup memalu gong sebanyak 3 kali sebagai tanda rasminya perayaan UTK-20 dan seterusnya upacara peenyerahan panji kepada tuan Rumah UTK ke 21 pada tahun 2014 disusuli dengan sesi bergambar bersama Para paderi, Para pengerusi MPP dan AJK team pelaksana UTK20.

Acara seterusnya dilanjutkan di Dewan Paroki di mana dimulakan dengan upacara pemberkatan dan perasmian Dewan Paroki oleh Bapa Uskup Cornelius Piong dengan gimik perasmian iaitu dengan melepaskan 20 biji belon ke udara dan memotong reben di pintu masuk. Dewan paroki yang telah siap sepenuhnya ini dinamakan "Dewan Paroki Pope John Paul II". Acara diteruskan dengan doa makan oleh Bishop Julius Gitom. Seterusnya acara pemotongan kek dan gimik perasmian iaitu menampi padi ke dalam bakul oleh tiga org Uskup dan persembahan koir pembukaan oleh KBK St. Yohanes Pembaptis, Sipitang. Majlis diteruskan dengan acara pemberian cenderakenangan daripada tuan rumah kepada para paderi dan pengerusi2 MPP/MPM serta pemberian kasih kepada Bapa Uskup oleh setiap MPP/MPM.

Persembahan pentas daripada setiap paroki/mission diteruskan dengan pelbagai persembahan seperti koir, tarian sumayau tatana, tarian mangunatip, tarian rebana, nyanyian solo dan duet serta lagu-lagu tajaan yang diselangselikan dengan cabutan tiket bertuah.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Lahad Datu: 9 Ditahan <b>Di Beluran</b> Berhubung Pencerobohan Sulu <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 09:19 AM PDT

KOTA KINABALU: Sembilan orang, termasuk dua penduduk tempatan, telah ditahan di Beluran bagi menyiasat kemungkinan mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Sembilan itu, termasuk dua wanita dan tujuh lelaki ditahan secara berasingan pada kira-kira pukul 8 malam pada Selasa dan 10 pagi Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek berusia antara 20an dan 50an, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Mereka akan disiasat di bawah kesalahan keselamatan, dan ini menjadikan jumlah suspek yang ditahan di bawah kesalahan itu kepada 181 orang," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Kepayan di sini, Rabu.

Hamza berkata, suspek ditemui bersama dengan senjata, dokumen dan RM1,000 apabila mereka ditahan.

"Bagaimanapun, tiada pertempuran bersenjata ketika mereka ditahan," katanya. Mystar Online

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


YB Datuk Masidi Manjun welcoming the arrival of Yang <b>Di</b>-Pertua <b>...</b>

Posted: 08 May 2013 11:32 PM PDT

Sabah Fest

YB Datuk Masidi Manjun welcoming the arrival of  Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin Yang Di-Pertua Negeri Sabah during the Sabah Fest recently on the 3rd of May 2013. Sabah Fest was held on the 3rd and 4th of May 2013 at the Auditorium, National Department for Culture and Arts Sabah (JKKNS).

YB Datuk Masidi Manjun menyambut ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang menghadiri Pesta Sabah pada 3 Mei 2013. Pesta Sabah berlangsung pada 3hb dan 4 hb Mei bertempat di Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah. 

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved