ads

Rabu, 4 Julai 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Rehlah PSS & KRU <b>Kota Marudu</b> Julai 2012 ~ Persatuan Siswazah <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2012 04:24 AM PDT

Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi ruang dan peluang kepada sekali lagi dalam kesempatan pada hari Ahad(1/7/2012) untuk berkumpul untuk mengeratkan ukkhuwah di antara sesama ahli KRU KM dan PSS KM. 
Walaupun kehadiran muslimin tidak memberangsangkan dan ahli – ahli yang lain kerana terlibat dengan aktiviti sekolah namun tidak menghalang Rehlah untuk diteruskan bertempat di Taman Rekriasi Kota Marudu. Seramai 13orang muslimat dan 2orang muslimin yang sempat menghadirkan diri.
Bermula pada pukul 8.00am menunggu ketibaa ahli muslimat yang lain, dan sebelum memulakan aktiviti Rehlah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh ahli PSS KM (Nursyakila) mengenai "4 Golongan Lelaki yang akan ditarik oleh Wanita ke Neraka"
Selepas berakhirnya tazkirah ringkas, pada pukul 9.00am bermulalah aktiviti rehlah, yang mana rehlah kali ini menguji "team work" ahli kerana mereka dibahagikan 3 kumpulan untuk mengharungi semua permainan bersama.
Permainan pertama adalah "Belon Ukhhuwah" di mana peserta berpasangan berlumba membawa belon yang ditelakkan dipipi peserta untuk di berikan kepada pasangan yang lain. Belon tersebut tidak boleh jatuh, dan tidak boleh disentuh kerana di kira batal. Dan kumpulan yang telah memenangi permainan ini ialah kumpulan 1.
Setelah itu, aktiviti mengunakan belon juga diteruskan yang dinamakan "Makin Jauh, Makin Sayang" kerana peserta perlu membaling belon kepada pasangan yang lain dan perlu memastikan belon tidak pecah. Aktiviti ini telah dimenangi oleh kumpulan 2.
Kemudian, program diteruskan dengan permainan ke-tiga. "Lumba dalam ikatan". Berlari dalam keadaan sebelah kaki terikat pada pasangan yang memerlukan strategi masing-masing agar cepat berjalan dan tali tidak terbuka. Kumpulan yang telah memenagi adalah kumpulan 3.
Setelah penat bermain, mereka diberi masa untuk rehat seketika. Kemudian aktiviti diteruskan dengan permainan "Puzzle Teka Tokoh" di mana dalam kumpulan masing-masing mereka perlu mencantumkan semula kertas yang telah diguntingkan sehingga kelihatan nama tokoh srikandi yang terhasil dari cantuman. Selain itu mereka dikehendaki menceritakan serba sedikit kisah mengenai nama tokoh yang telah dicantumkan. Dan aktiviti ini telah dimenangi oleh kumpulan 3 yang mana mereka telah mencantumkan dengan cepat dan menceritakan kisah mengenai Fatimah Az-Zahra dengan baik & menarik.
Diteruskan dengan aktiviti terakhir iaitu "Musang Berjanggut"

Mereka perlu menghantar seorang wakil untuk menjadi musang dari 3 kumpulan untuk meneka siapakah nama mangsa yang didapatinya dengan menutup mata musang. Permainan ini akan menguji sejauh mana mereka mengenal ahli kumpulan lain dengan. Dan akhirnya kumpulan 3 sekali lagi berjaya dalam aktiviti ini.

Kira-kira pada pukul 10.30am tamat permainan. Hadiah-hadiah juga disediakan untuk ahli kumpulan yang menang dan kalah. 
Alhamdulillah, rehlah kali ini seronok dan berisi walaupun singkat, dan mendapat respon yang baik dari peserta. InsyaAllah semoga ukkhuwah yang terjalin akan kekal selamanya hingga ke Syurga.

Wassalam

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


<b>TAMBUNAN</b> - 1SABAH.NET | Blog perkongsian ilmu dan informasi <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2012 01:33 PM PDT

Dari segi geografi ,Tambunan terletak di bahagian Pendalaman Sabah.80km dari kota kinabalu(ibu Negeri) di sebelah barat 48km, dari Ranau di sebelah utara ,dan 48km dari keningau di selatan . Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018)yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara..Dari segi Budaya,barbagai bagai metos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama ,adat resam dan asal usul puak puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang.Kisah asal usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan /Dusun di Tambunan.

Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika .Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan , daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo.Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya.Namun demikian beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan .Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang,di samping juga seorang pemimpinyang berkeboleihandan baik hati.Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya. termasuk isteri dan anak mereka.Menanam tanaman seperti padi huma ,jagung ubi kayu ,labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum wanita .Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan berburu binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa. Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada ketika itu.Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati.Apabila bilangan penduduk bertambah ,lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk menanam.Penduduk kampung itu yang mengelarkan diri mereka orang dataran(oleh keran mereka tinggal di dataran Tambunan)menjadi bertambah maju dan aman damai dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan.

Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran .Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu.Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau mereka.Dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk.

Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan.Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya . Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan.Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran.

Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka .Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormati nya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya .Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka tiu GOMBUNAN .

Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran .Mereka adalah puak Tamadon.Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan.Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon.Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang menejutkan daripada puak Tonsundung ,puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan.Pada masa yang sama juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan.Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon.

Sampai sahaja masanya puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka ,maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai .Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga .Lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh .Pahalawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa lama tidak kelihatan.Dibanding dengan mereka jumlah yang mengalami kecederaan hanya sedikit.

Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadak n pesta besar besaran ,makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya .Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari Gombunan ke Tambunan.selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak .TAM diambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Buku <b>papar</b> karikatur Nabi diedar <b>di</b> sekolah | Lulu pages

Posted: 06 Jun 2012 09:01 PM PDT



Dua buah buku yang bertajuk Kisah Menarik Masa Kecil Para Nabi yang turut memuatkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW, dilaporkan diedar di dua buah sekolah di sini. Buku tersebut diedar di Madrasah Ibtidaiyah Muhammadiyah (MIM) Sampang dan MIM Karanggondang, di daerah Kalibening. Menurut Ketua MIM Sampang, Supriyandono, pihaknya menerima dua set buku tersebut yang didakwa diedar Kementerian Agama Indonesia.

Sementara itu, Ketua MIM Karanggondang, Riyono pula memberitahu, pihaknya menerima lima set buku sama. Katanya lagi, dia sendiri tidak mengetahui buku tersebut memuatkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW. "Selepas mengetahuinya, kami berhenti menggunakan buku terbitan N. Khasanah RA tersebut,'' ujarnya.


Katanya lagi, pihaknya masih menyimpan buku tersebut dan tidak tahu untuk mengembalikan buku berkenaan kepada siapa. Sementara itu, Ketua Kementerian Agama Banjarnegara, Farhani berkata, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes tersebut. Bagaimanapun, pihaknya akan menyiasat kes itu selanjutnya. "Kami akan menghantar beberapa pegawai agama ke sekolah-sekolah yang dilaporkan menerima buku tersebut untuk siasatan lanjut," katanya. - AGENSI

.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved