10 di kota marudu - Google Blog Search |
Rehlah PSS & KRU <b>Kota Marudu</b> Julai 2012 ~ Persatuan Siswazah <b>...</b> Posted: 03 Jul 2012 04:24 AM PDT Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi ruang dan peluang kepada sekali lagi dalam kesempatan pada hari Ahad(1/7/2012) untuk berkumpul untuk mengeratkan ukkhuwah di antara sesama ahli KRU KM dan PSS KM. Walaupun kehadiran muslimin tidak memberangsangkan dan ahli – ahli yang lain kerana terlibat dengan aktiviti sekolah namun tidak menghalang Rehlah untuk diteruskan bertempat di Taman Rekriasi Kota Marudu. Seramai 13orang muslimat dan 2orang muslimin yang sempat menghadirkan diri. Bermula pada pukul 8.00am menunggu ketibaa ahli muslimat yang lain, dan sebelum memulakan aktiviti Rehlah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh ahli PSS KM (Nursyakila) mengenai "4 Golongan Lelaki yang akan ditarik oleh Wanita ke Neraka" Selepas berakhirnya tazkirah ringkas, pada pukul 9.00am bermulalah aktiviti rehlah, yang mana rehlah kali ini menguji "team work" ahli kerana mereka dibahagikan 3 kumpulan untuk mengharungi semua permainan bersama. Permainan pertama adalah "Belon Ukhhuwah" di mana peserta berpasangan berlumba membawa belon yang ditelakkan dipipi peserta untuk di berikan kepada pasangan yang lain. Belon tersebut tidak boleh jatuh, dan tidak boleh disentuh kerana di kira batal. Dan kumpulan yang telah memenangi permainan ini ialah kumpulan 1. Setelah itu, aktiviti mengunakan belon juga diteruskan yang dinamakan "Makin Jauh, Makin Sayang" kerana peserta perlu membaling belon kepada pasangan yang lain dan perlu memastikan belon tidak pecah. Aktiviti ini telah dimenangi oleh kumpulan 2. Kemudian, program diteruskan dengan permainan ke-tiga. "Lumba dalam ikatan". Berlari dalam keadaan sebelah kaki terikat pada pasangan yang memerlukan strategi masing-masing agar cepat berjalan dan tali tidak terbuka. Kumpulan yang telah memenagi adalah kumpulan 3. Setelah penat bermain, mereka diberi masa untuk rehat seketika. Kemudian aktiviti diteruskan dengan permainan "Puzzle Teka Tokoh" di mana dalam kumpulan masing-masing mereka perlu mencantumkan semula kertas yang telah diguntingkan sehingga kelihatan nama tokoh srikandi yang terhasil dari cantuman. Selain itu mereka dikehendaki menceritakan serba sedikit kisah mengenai nama tokoh yang telah dicantumkan. Dan aktiviti ini telah dimenangi oleh kumpulan 3 yang mana mereka telah mencantumkan dengan cepat dan menceritakan kisah mengenai Fatimah Az-Zahra dengan baik & menarik. Diteruskan dengan aktiviti terakhir iaitu "Musang Berjanggut" Mereka perlu menghantar seorang wakil untuk menjadi musang dari 3 kumpulan untuk meneka siapakah nama mangsa yang didapatinya dengan menutup mata musang. Permainan ini akan menguji sejauh mana mereka mengenal ahli kumpulan lain dengan. Dan akhirnya kumpulan 3 sekali lagi berjaya dalam aktiviti ini. Kira-kira pada pukul 10.30am tamat permainan. Hadiah-hadiah juga disediakan untuk ahli kumpulan yang menang dan kalah. Alhamdulillah, rehlah kali ini seronok dan berisi walaupun singkat, dan mendapat respon yang baik dari peserta. InsyaAllah semoga ukkhuwah yang terjalin akan kekal selamanya hingga ke Syurga. Wassalam |
You are subscribed to email updates from di kota marudu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan