ads

Sabtu, 10 Mac 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Minggu Ini <b>Di Kudat</b> Golf & Marina Resort - Mustaffa

Posted: 07 Mar 2012 01:47 AM PST

Hari Kedua Di Kudat

about 1 day ago - 3 comments

Tweet TweetTawaran Hebat:   PANAS TERIK – Syukurlah.. Panas juga cuaca hari ni. Harap perjalanan ke Pulau Banggi esok cuaca juga mengizinkan. Malam ni bermalam di Ria Hotel. Sedikit kecewa dengan rangkaian WiFi yang kurang memuaskan. Namun, bilik dan para pekerja hotel semuanya baik dan peramah. Posted from WordPress for Android

Senarai Hotel Di Keningau Dan Tenom

pada 4 bulan lepas - 10 comments

Tweet TweetTawaran Hebat:   HOTELS HOTELS IN KENINGAU Phone / Fax / Email / Website 1 Hotel Juta Locked Bag No.1 Keningau,89000 Sabah, Malaysia Phone: +6087-337888 Fax: +6087-332888 Email: hjuta@tm.net.my Website: www.sabah.com.my/juta 2 Kristal Hotel Keningau Lot CL 133064990, P.O.Box 267, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia Phone: +6087-338888 / +6013-8844888 (mobile) Fax: +6087-330562 3 Paramount Hotel [...]

Bermalam Di Kudat Golf & Marina Resort, Seterusnya Ke Pulau Banggi

about 1 year ago - 1 comment

Tweet TweetTawaran Hebat:   Salam Rakan Sekalian.. Baru sahaja lepas sahur di bilik!! Aku ke Pulau Banggi pukul 9.00 pagi nanti.. Ada taklimat tender projek membina dewan di sana (kontraktor kelas D). Harap ombak dan angin tak kuat. Kalau mabuk nanti terbatal pulak puasa.. Petang nanti balik Kota Kinabalu..

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: DUA MAUT, RUMAH TERTIMBUS <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 18 Feb 2012 10:27 PM PST

DUA orang maut, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, apabila rumah di lereng bukit di Kampung Terusan yang mereka diami, tertimbus dan ranap dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod berkata, mangsa pertama, seorang kanak-kanak perempuan dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada jam 10.55 pagi manakala mangsa kedua, seorang wanita dewasa, dijumpai kira-kira jam 11.10 pagi.

Katanya, kedua-dua mangsa yang mempunyai kaitan kekeluargaan yang namanya belum dikenal pasti itu, ditemui di dalam sebuah bilik di dalam rumah yang ranap sama sekali akibat runtuhan tanah dan pokok kelapa sawit dan pokok-pokok kayu.

Menurut Mohd Apandi semasa kejadian, seramai tujuh orang berada di dalam rumah berkenaan namun empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi, seorang lelaki dewasa, walaupun terselamat namun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Katanya, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 2.53 pagi tadi sebelum mengejarkan anggotanya ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat yang disertai anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam dihentikan kira-kira jam 12 tengah hari tadi. - BERNAMA

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Kenangan <b>di Kota Kinabalu</b> Sabah November 2011

Posted: 28 Jan 2012 11:20 AM PST

sebelum mendarat di kota kinabalu airpot

Gambar ni diambil semasa pengumuman "tuan-tuan, kita akan mendarat sebentar lagi, blalalala...."

Salah satu sebab kenapa blog ni dari penghujung tahun lepas sehingga sekarang tidak ada entri terkini adalah tidak lain tidak bukan tuan punya blog ini asyik ke sana ke mari untuk urusan kerja, nak buat macam mana kerja tu jugalah menyara kami sekeluarga dan nak ke tak nak tugas mesti dilaksanakan dengan sebaiknya kerana kerja kan sebahagian dari ibadat kita seharian.

Jadi nak kata aku bernasib baik, bertuah ataupun kaki bodek aku pun tak tahu nak kategorikan dalam situasi mana, cuma mungkin rezeki yang Tuhan bagi tu awal buat aku. Kalau nak diikutkan aku yang baru setahun jagung dalam pekerjaan aku sekarang ni memang lah ramai orang berkata aku tidak layak untuk menggalas tugas ini, tapikan hendak seribu daya dan tak nak seribu dalih.

Kelaut dah entri ini sebenarnya, tajuk bukan main "kenangan di Kota Kinabalu Sabah November 2011″ haha maafkan aku wahai kawan-kawanku pembaca blog ini, bila dah mula mengetuk papan kekunci ni biasalah emosi tak berapa nak stabil, hati-fikiran tak berapa nak synchronize dengan papan kekunci laptop.

Nak kata kenangan bukanlah kenangan sangat pun cuma bila jauh perjalanan maka luas pengalaman, ya dak? Seperti biasa juga mana mampu untuk merakam setiap detik apa yang dilalui sepanjang berkunjung ke kota kinabalu sabah kerana tujuan aku kesana bukannya makan angin tetapi urusan kerja, cuma sempat juga la berjalan-jalan sekejap tengok tempat orang. Sepanjang berada di sana sempat lah aku usung DSLR aku tu kesana kemari dan aku kongsikan bersama kamu semua, jadi layan…dan aku nak cakap awal2 gambar semua kelaut.

majis universiti malaysia sabah

ni pandangan dari bilik hotel tempat aku tidor dan kalau nak tau inilah masjid universiti malaysia sabah

seminar keselamatan kebakaran oleh pusat khidmat kontraktor

inilah tujuan asal aku ke kota kinabalu, pergi bagi talk untuk seminar anjuran Pusat Khidmat Kontraktor dan gambar kenangan selepas habis exam

gambar dalam bilik hotel grand borneo di one borne sabah

ni gambar dalam bilik, malas nak ambil gambar katil sebab dah berterabur dan lupa nak ambil gambar dulu

kitab suci al quran dan holy bible

korang jangan terkejut kalau menginap di hotel dekat sabah kerana kedua2nya disediakan di dalam laci dan sila jangan lakukan provokasi dgn gambar ini ok

pasar filipina

pasar filiphina sebagai tempat yang wajib dikungjungi sekiranya ke kota kinabalu dan memang banyak batu permata dijual disini

ikan bilis sabah

barang wajib beli sebelum balik ke semenanjung dan mereka sediakan perkhidmatan membungkus kotak secara percuma

Banyak lagi gambar yang aku ambil sepanjang 4 hari berada di sabah tetapi banyak yang tidak sesuai untuk upload dan dikongsikan disini. Apapun memang seronok kalau nak bercuti tempat orang tambah-tambah lagi tempat yang jarang2 kita dapat pergi.

Sebenarnya aku ada masa sehari extra disana tetapi mengenangkan pergi sabah seorang diri jadi tak berapa nak best berjalan dan teringat dekat anak serta anak mak mentua haha. Kesudahannya lepas habis shopping beli barang petang tu terus pergi lapangan terbang kota kinabalu dan duduk dalam 'waiting list/senarai menunggu' untuk balik awal sehari ke kuala lumpur dan memang rezeki aku dapat juga balik awal sehari. Itulah kelebihan menggunakan flight MAS sebab boleh tukar tarikh penerbangan.

Nota : Awek-awek sabah putih-putih betul, memang hati kena sabar dan iman kena kuat, apa-apa pun semuanya bergantung kepada niat kita.

Artikel yang berkaitan

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Orang Ramai <b>Di</b> Sabah Diminta Tidak Panik Ekoran Wabak HFMD <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 02:00 AM PST

Orang ramai di Sabah diminta tidak panik dengan wabak tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah yang kini menyebabkan sekurang-kurangnya enam Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Penampang ditutup untuk sementara waktu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata walaupun jumlah kes HFMD yang dilapor mencecah 149 kes, wabak itu masih terkawal.

"Janganlah panik. Apa yang penting ialah ikut nasihat dan langkah-langkah yang disaran oleh Jabatan Kesihatan Negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Klinik 1Malaysia Taman Sri Rugading, dekat sini Khamis.

Rosnah berkata daerah Penampang mencatat jumlah kes paling tinggi dengan 70 kes atau 54.5 peratus daripada kes keseluruhan, diikut Kota Kinabalu (46 kes), Tuaran (10 kes), Papar (enam kes), Keningau (empat kes), Pitas (empat), Tenom (empat), Kudat (dua), Kuala Penyu (dua) dan Kota Marudu (satu).

"Tiga wabak dilaporkan di daerah Penampang yang melibatkan 70 kes daripada 36 lokaliti. Bagaimanapun, wabak itu berjaya dikawal minggu lepas.

– BERNAMA

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved