10 di kota kinabalu - Google Blog Search |
Kenangan <b>di Kota Kinabalu</b> Sabah November 2011 Posted: 28 Jan 2012 11:20 AM PST Salah satu sebab kenapa blog ni dari penghujung tahun lepas sehingga sekarang tidak ada entri terkini adalah tidak lain tidak bukan tuan punya blog ini asyik ke sana ke mari untuk urusan kerja, nak buat macam mana kerja tu jugalah menyara kami sekeluarga dan nak ke tak nak tugas mesti dilaksanakan dengan sebaiknya kerana kerja kan sebahagian dari ibadat kita seharian. Jadi nak kata aku bernasib baik, bertuah ataupun kaki bodek aku pun tak tahu nak kategorikan dalam situasi mana, cuma mungkin rezeki yang Tuhan bagi tu awal buat aku. Kalau nak diikutkan aku yang baru setahun jagung dalam pekerjaan aku sekarang ni memang lah ramai orang berkata aku tidak layak untuk menggalas tugas ini, tapikan hendak seribu daya dan tak nak seribu dalih. Kelaut dah entri ini sebenarnya, tajuk bukan main "kenangan di Kota Kinabalu Sabah November 2011″ haha maafkan aku wahai kawan-kawanku pembaca blog ini, bila dah mula mengetuk papan kekunci ni biasalah emosi tak berapa nak stabil, hati-fikiran tak berapa nak synchronize dengan papan kekunci laptop. Nak kata kenangan bukanlah kenangan sangat pun cuma bila jauh perjalanan maka luas pengalaman, ya dak? Seperti biasa juga mana mampu untuk merakam setiap detik apa yang dilalui sepanjang berkunjung ke kota kinabalu sabah kerana tujuan aku kesana bukannya makan angin tetapi urusan kerja, cuma sempat juga la berjalan-jalan sekejap tengok tempat orang. Sepanjang berada di sana sempat lah aku usung DSLR aku tu kesana kemari dan aku kongsikan bersama kamu semua, jadi layan…dan aku nak cakap awal2 gambar semua kelaut. Banyak lagi gambar yang aku ambil sepanjang 4 hari berada di sabah tetapi banyak yang tidak sesuai untuk upload dan dikongsikan disini. Apapun memang seronok kalau nak bercuti tempat orang tambah-tambah lagi tempat yang jarang2 kita dapat pergi. Sebenarnya aku ada masa sehari extra disana tetapi mengenangkan pergi sabah seorang diri jadi tak berapa nak best berjalan dan teringat dekat anak serta anak mak mentua haha. Kesudahannya lepas habis shopping beli barang petang tu terus pergi lapangan terbang kota kinabalu dan duduk dalam 'waiting list/senarai menunggu' untuk balik awal sehari ke kuala lumpur dan memang rezeki aku dapat juga balik awal sehari. Itulah kelebihan menggunakan flight MAS sebab boleh tukar tarikh penerbangan.
Artikel yang berkaitan |
You are subscribed to email updates from di kota kinabalu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan