Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.
Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.
Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.
Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.
Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.
Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.
Maria (Maria/Brna)
~mfja~
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.(25) Maria(Maria/Brna)
Laporan Sumbangan Saudara Baru di Kampung Kionsom Baru, Kota Marudu
Pada 14 November 2013, sumbangan yang telah dikutip dikumpulkan untuk dimasukkan di dalam kotak bagi memudahkan barang-barang tersebut untuk dibawa ke Kota Marudu. Pada keesokan harinya pula bersamaan pada 15 November 2013 (Jumaat) selesai mengerjakan solat jumaat, kami seramai 4 orang sebagai wakil penyerahan sumbangan bertolak dengan menaiki Bas Durok ke pekan Keningau. Dengan menaiki bas mini kami tiba di Kota Kinabalu, Barang-barang yang banyak itu saya telah minta seorang hamba Allah untuk membantu membawanya ke Kota Kinabalu memandangkan hamba Allah itu mempunyai kenderaan. Selesai Bersolat (dijamakkan). Kami terus menaiki Bas ke Kota Marudu. Perjalanan ke Kota Marudu mengambil masa selama 2 jam setengah, tetapi memandangkan bas tersebut banyak kali berhenti untuk mengambil penumpang, menyebabkan kami tiba di Kota Marudu lebih kurang jam 8 malam. Perjalanan kami menjadi 5 jam.
Setelah tiba di Kota Marudu, bersolat, dan terus pulang ke Kg Kionsom Baru. Kami berehat dan keesokan harinya lebih kurang jam 11.30 pagi kami menyerahkan barang-barang dan berupa wang, hasil sumbangan Pelatih IPGKK dan orang ramai yang prihatin diamanahkan kepada kami kepada wanita muallaf tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dengan bantuan ini saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, para pelatih dan orang ramai yang membantu wanita muallaf tersebut. Saya sangat bersyukur kerana suara saya didengari oleh para sahabat saya yang prihatin, dan seharusnya kita merasa senang hati kerana telah menunjukkan hakikat persaudaraan Islam yang sebenar kepada wanita muallaf tersebut. Semoga Allah mengantikan harta yang kamu sedekahkan dengan sesuatu yang lebih baik daripada itu. dan Inilah Persaudaraan Islam !
Berikut di bawah adalah gambar bukti sebagai dokumentasi :
p/s lelaki yang berbaju putih dan panjang janggut itu bukan suami dia tapi abang saya.
Harapan Diharap aktiviti yang seperti ini akan dijalankan dimasa-masa akan datang, Insyallah.
KOTA KINABALU 8 Nov - Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak dengan kos petisyen difailkan calon PKR untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi Parlimen Kota Marudu yang dimenangi Barisan Nasional (BN).
Hakim Datuk Yew Jen Kee memutuskan petisyen yang difailkan Datuk Maijol Mahap daripada PKR gagal membuktikan Borang 14 yang merekodkan jumlah undi diperoleh setiap calon serta bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR, dan ia tidak menjejaskan keputusan pilihan raya mengikut Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Dakwaan pempetisyen bahawa ejennya tidak diberikan Borang 14, namun borang itu telah diserahkan untuk ditandatangani dan tiada bantahan dikemukakan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM).
"Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Kota Marudu Luvita Koisun juga menerima semua Borang 14 yang telah disahkan dan dihantar KTM yang bertugas di pusat mengundi terbabit, katanya di Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini.
Yew turut memerintahkan Maijol membayar kos masing-masing RM40,000 kepada responden kedua dan ketiga.
Mahap menamakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebagai responden pertama, Luvita responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.
Pada 13 Ogos lepas, Yew memutuskan supaya dakwaan amalan rasuah terhadap Ongkili digugurkan daripada petisyen itu, tetapi Ongkili kekal sebagai responden kerana beliau merupakan pemenang kerusi berkenaan.
Sementara itu, Ongkili ketika ditemui pemberita berpuas hati dengan prosiding yang dijalankan dan ia mempamerkan suatu proses yang baik kepada kerajaan dan SPR.
Ongkili, yang mewakili BN, memenangi kerusi itu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Mahap meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) mendapat 444 undi manakala 911 undi ditolak.
Ongkili diwakili peguam Chin Teck Ming, sementara Luvita dan SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan Mahiran Mohd Isa dan Zawawi Ghazali manakala Maijol diwakili peguam Fulton Mark Sitiwin.
KINI LEBIH SELESA – Bagi penduduk Kota Marudu, Kudat dan Pitas, keadaan jalan yang perlu dilalui untuk ke pusat bandar kini telah jauh berbeza keadaaannya berbanding beberapa tahun lepas. Pihak kerajaan telah mengambil langkah drastik dalam pembinaan jalan yang lebih selamat serta selesa untuk dilalui penduduk setempat.
Saya sendiri pernah merasa 'azab' melalui jalan ini terutamanya dengan kenderaan ringan pada tahun 2008 (saya pindah ke Sabah) dan kini saya yakin perkembangan sosio-ekonomi dan pelancongan bahagian Utara Sabah akan meningkat. Kenderaan ringan sudah boleh menggunakan jalan tersebut dengan selesa. Jika dulu, saya sendiri berfikir panjang untuk pergi ke Tips of Borneo di Simpang Mengayau, Kudat.
Cuma ada beberapa tempat lagi masih belum diselenggara terutamanya sempadan JKRKota Belud dan JKR Kota Marudu, jambatan Kg. Mantanau yang hampir siap dan beberapa kawasan tanah runtuh.
Bagi anda yang kali pertama memandu melalui jalan ini, harap anda lebih berhati-hati. Awas dengan lencongan-lencongan jalan di hadapan anda.
Namun dengan adanya jalinan jalan raya yang baik, beberapa kemalangan maut telah berlaku, terutamanya di sekeloh dalam gambar di atas. Keadaan jalan yang elok juga dijadikan segelintir pengguna jalan raya untuk memecut kenderaan sesuka hati.
Kini terdapat beberapa hentian rehat dan rawat (RNR). Pembinaan RNR ini baik sekali kerana ianya menarik pelancong untuk terus melawat ke kawasan ini. Gerai-gerai yang menjual buah-buahan, kraf tangan dan pelbagai lagi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Begitulah nikmat yang dikecapi pengguna jalan raya di daerah ini setelah sekian lama merana.
Anda boleh rujuk entri ini untuk melihat keadaan jalan Ulu Kukut sebelum ini.
Video Jalan Ulu Kukut Sebelum Ini
Entri Berkaitan Dengan Jalan Ulu Kukut Kota Marudu Kini Lebih Selesa Digunakan
About The Author
admin
Kami menyediakan perkhidmatan iklan/advertorial. Sila ke halaman HUBUNGI SAYA. Terima kasih.
Dua pesara guru, Paulus Tangkong dan Haji Arshad Ambikin Liang telah menerima Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan kali ke 42 yang berlangsung di dewan serbaguna di Nabawan.
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut, Osman Aganduk turut menerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan.
Selain daripada itu, dua guru Oguslina Siambing dan Zulkiflie Mohamad masing-masing turut menerima Anugerah Guru Inovatif kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah manakala Anugerah Pusat Sumber Cemerlang disadang Sekolah Kebangsaan Kampung Enam Nabawan.
Sambutan Hari Guru peringkat Daerah itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jame Alip.
Berucap merasmikan majlis tersebut, Jame mengesa warga pendidik agar sentiasa memperbahurui sistem pembelajaran dalam dan luar kelas mengikut keadaan semasa agar pelajar dapat menghayati dan memahami apa yang dipelajari.
Jelasnya, ini disebabkan kehendak dalam sistem pembelajaran masa kini jauh berbeza berbanding sistem dahulu.
marcus Mojigoh (kiri) menerima surat memorandum lesen Kelas F daripada wakil syarikat Kharsani Welder Technology & Services (KWTS) semasa mengadakan lawatan di Putatan, semalam.
NABAWAN 20 Ogos – Kerajaan diminta mewujudkan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini bagi meningkatkan tahap pengawalan kebakaran sekali gus menyelamatkan harta benda dan nyawa penduduk di sini.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, pada masa ini pihaknya telah mengenal pasti tapak yang sesuai bagi membina sebuah balai bomba di daerah itu.
"Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini penting bagi membolehkan pengawalan kebakaran dapat dijalankan dengan cepat.
"Jadi saya berharap agar sebuah Balai Bomba dan Penyelamat dibina di daerah ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan datang jika ia tidak tersenarai dalam RMK-9," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan pakaian dan jentera pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan di perkarangan bangunan Majlis Daerah Nabawan di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Penguasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah, Ariffin Haris; Pegawai Daerah Nabawan, Bubudan Majalu dan Pemangku Penguasa Bomba Dan Penyelamat Bahagian Keningau, Mausi Sitim.
Pada majlis itu Bobbey turut menyumbangkan sebanyak RM2,000 kepada pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan.
Menurut beliau, pada masa ini kes kebakaran di daerah ini hanya bergantung kepada balai bomba daerah Keningau yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Nabawan menyebabkan terdapat kelewatan dalam mengawal kebakaran.
Sementara itu, beliau berharap ahli-ahli Bomba Sukarela di daerah ini dapat menggunakan peralatan yang dibekalkan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan latihan yang diberikan.
Selain itu, katanya, beliau juga berharap bomba sukarela di daerah ini sentiasa aktif dan menambah lebih ramai keahlian.
"Sehubungan itu, saya meminta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini menguar-uarkan kepada kakitangan masing-masing agar mereka menyertai Bomba Sukarela," katanya.
Selesai melawat Tamu Niaga Nabawan kami semua bergerak menuju ke rumah mertua TYDP Pas Keningau yang terletak tidak jauh dari kawasan Tamu Niaga Nabawan. Rumah kampung diperbuat dari papan di kampung tersebut kemas tersusun rapi.
Sesampai kami di sana kedengaran suara riuh rendah menyambut kedatangan kami di rumah itu. Rupanya suara datang dari burung tiung yang pandai berkata-kata dalam loghat sabah.
Istimewanya rumah mertua TYDP Pas Keningau yang kami singgah itu adalah, kedua orang tua serta adik kepada isteri TYDP masih belum beragama Islam, namun mereka masih hidup rukun dan damai.
Ketika saya berlegar-legar di luar kawasan rumah sambil mengambil gambar, adik ipar TYDP baru sampai ke rumah, mungkin dari pekan agaknya. Saya sempat mengerling kelibat adik iparnya tersebut, seorang gadis Sabah yang putih melepak dan masih solo. Kalau saya masih bujang mungkin saya tak lepaskan peluang menambahkan seorang lagi warga muslimah dalam rumah tersebut.
Sebelum ke rumah mertua TYDP, kami dibawa meninjau keadaan kemudahan rumah sakit (hospital) yang terdapat di Nabawan. Anda boleh lihat sendiri melalui gambar yang dipaparkan rupa bentuk rumah sakit tersebut. Kebetulan ada seorang pesakit kanak-kanak berada di dalam bilik rawatan yang sedang di rawat oleh pembantu perubatan.
Dr yang bertugas di situ merupakan seorang warga Pakistan yang bekerja sebagai pekerja kontrak untuk kerajaan Malaysia bagi menampung kekurangan doktor di kawasan pendalaman. Ketika kami sampai di rumah sakit tersebut doktor telah keluar menghantar seorang pesakit yang memerlukan rawatan lebih rapi di Hospital Keningau.
Walaubagaimanapun kami sempat bertemu dengan doktor tersebut apabila dia mengejar rombongan kami sebaik sahaja mendapat tahu kemi baru sahaja melawat rumah sakitnya. Kami bercerita panjang di tengah jalan dengan doktor yang memberikan penerangan ringkas keadaan di situ.
Masih banyak yang boleh penduduk Nabawan lakukan untuk membangunkan kawasan penempatan mereka. Ini memerlukan seorang pemimpin yang agresif, telus dan dapat menyedarkan rakyat agar bangun dan majukan diri sendiri.
KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.
Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.
Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.
Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.
"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.
"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.
Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.
"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.
SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.
Lebih seribu penduduk terdiri daripada pemimpin masyarakat, belia dan pelajar dari mukim Salong menyertai program Outreach Salong, Pegalungan di Kampung Salong di Nabawan.
Ketua Program Unit Penyelidikan, Pendidikan Luar Bandar Universiiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Khalid Johari berkata program itu bertujuan mempertingkatkan kredibiliti akademik UMS untuk meneroka potensi ilmu berkaitan keperluan pembangunan, pendidikan dan sosio-ekonomi masyarakat di pedalaman.
Jelasnya beliau, sebahagian besar aktiviti dalam program 4 hari itu bersifat kemasyarakatan yang mampu memberi pendedahan terhadap pentingnya pendidikan lestari, membabitkan komuniti di pedalaman dan pelajar sekolah luar bandar.
Sementara itu, berucap merasmikan program itu, Penolong Pegawai Daerah Nabawan Aloysius Anthony berkata, masyarakat luar bandar masih memerlukan bimbingan serta pendedahan, khususnya penuntut diperingkat sekolah rendah supaya mempunyai motivasi untuk belajar sehinga ke menara gading.
July 2011 – Nabawan, Sabah, kira-kira 160km dari Kota Kinabalu. Misi ziarah sahabat-sahabat lama yang banyak membantu usaha dakwah di pedalaman. Banyak perubahan sejak 18 tahun saya tidak ke sini.
Bertemu kembali Abang Tommy (Mohammad Jun) dan keluarganya di Pekan Nabawan. Beliau berniaga servis komputer dan jahitan pakaian. Insan ini amat banyak membantu usaha dakwah. Rumahnya menjadi salah satu tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan dakwah ke Pensiangan, sempadan Sabah-Kalimantan.
Posts related to Mohammad Jun dan keluarganya di Pekan Nabawan
NABAWAN: Cik Muslisah Pangawai dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Daerah Nabawan yang berlangsung di Pentas Terbuka Tamu Pekan Nabawan pada Rabu. Muslisah, 21, berasal dari Kg. Sabinait Baru, Murni C, Nabawan yang bertugas sebagai Kerani di sektor swasta dengan hobinya menari dan bermain badminton pada masa lapang menewaskan enam peserta yang layak ke pusingan akhir.
Tempat kedua disandang oleh Leu Kui Ink, 18, dari Kg. Bahagia A, Nabawan yang bekerja sebagai juru kecantikan dengan hobi membaca.
Tempat ketiga jatuh kepada Yesomeh Makiong dari Kg. Layon satu-satunya peserta dari kampung yang terpencil di Mukim Pamuntarian.
Yesomeh, 20, yang berhobi menari dan membaca pada masa lapang seorang pelajar Kolej ILHAM bercita-cita menjadi 'assistant manager'.
Serama 14 peserta menyertai pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Perigkat Daerah Nabawan.
by Mohd Haizuren Abdullah Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut
"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."
Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.
Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..
(Keluhan seorang penduduk Nabawan)
PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.
KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.
Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.
Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.
Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.
"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.
"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.
Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.
"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.
SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.
Dua pesara guru, Paulus Tangkong dan Haji Arshad Ambikin Liang telah menerima Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan kali ke 42 yang berlangsung di dewan serbaguna di Nabawan.
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut, Osman Aganduk turut menerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan.
Selain daripada itu, dua guru Oguslina Siambing dan Zulkiflie Mohamad masing-masing turut menerima Anugerah Guru Inovatif kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah manakala Anugerah Pusat Sumber Cemerlang disadang Sekolah Kebangsaan Kampung Enam Nabawan.
Sambutan Hari Guru peringkat Daerah itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jame Alip.
Berucap merasmikan majlis tersebut, Jame mengesa warga pendidik agar sentiasa memperbahurui sistem pembelajaran dalam dan luar kelas mengikut keadaan semasa agar pelajar dapat menghayati dan memahami apa yang dipelajari.
Jelasnya, ini disebabkan kehendak dalam sistem pembelajaran masa kini jauh berbeza berbanding sistem dahulu.