10 di kota marudu - Google Blog Search |
Jalan Ulu Kukut <b>Kota Marudu</b> Kini Lebih Selesa Digunakan - Mustaffa Posted: 20 Dec 2013 10:05 PM PST KINI LEBIH SELESA – Bagi penduduk Kota Marudu, Kudat dan Pitas, keadaan jalan yang perlu dilalui untuk ke pusat bandar kini telah jauh berbeza keadaaannya berbanding beberapa tahun lepas. Pihak kerajaan telah mengambil langkah drastik dalam pembinaan jalan yang lebih selamat serta selesa untuk dilalui penduduk setempat. Saya sendiri pernah merasa 'azab' melalui jalan ini terutamanya dengan kenderaan ringan pada tahun 2008 (saya pindah ke Sabah) dan kini saya yakin perkembangan sosio-ekonomi dan pelancongan bahagian Utara Sabah akan meningkat. Kenderaan ringan sudah boleh menggunakan jalan tersebut dengan selesa. Jika dulu, saya sendiri berfikir panjang untuk pergi ke Tips of Borneo di Simpang Mengayau, Kudat. Cuma ada beberapa tempat lagi masih belum diselenggara terutamanya sempadan JKR Kota Belud dan JKR Kota Marudu, jambatan Kg. Mantanau yang hampir siap dan beberapa kawasan tanah runtuh. Bagi anda yang kali pertama memandu melalui jalan ini, harap anda lebih berhati-hati. Awas dengan lencongan-lencongan jalan di hadapan anda. Namun dengan adanya jalinan jalan raya yang baik, beberapa kemalangan maut telah berlaku, terutamanya di sekeloh dalam gambar di atas. Keadaan jalan yang elok juga dijadikan segelintir pengguna jalan raya untuk memecut kenderaan sesuka hati. Kini terdapat beberapa hentian rehat dan rawat (RNR). Pembinaan RNR ini baik sekali kerana ianya menarik pelancong untuk terus melawat ke kawasan ini. Gerai-gerai yang menjual buah-buahan, kraf tangan dan pelbagai lagi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Begitulah nikmat yang dikecapi pengguna jalan raya di daerah ini setelah sekian lama merana. Anda boleh rujuk entri ini untuk melihat keadaan jalan Ulu Kukut sebelum ini. Video Jalan Ulu Kukut Sebelum IniAbout The Author |
You are subscribed to email updates from di kota marudu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan