ads

Jumaat, 8 November 2013

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Makan Tengahari <b>Di Nabawan</b> | Pendapat - Pendapat Anda

Posted: 10 Aug 2010 10:36 PM PDT

Selesai melawat Tamu Niaga Nabawan kami semua bergerak menuju ke rumah mertua TYDP Pas Keningau yang terletak tidak jauh dari kawasan Tamu Niaga Nabawan. Rumah kampung diperbuat dari papan di kampung tersebut kemas tersusun rapi.

Sesampai kami di sana kedengaran suara riuh rendah menyambut kedatangan kami di rumah itu. Rupanya suara datang dari burung tiung yang pandai berkata-kata dalam loghat sabah.

Istimewanya rumah mertua TYDP Pas Keningau yang kami singgah itu adalah, kedua orang tua serta adik kepada isteri TYDP masih belum beragama Islam, namun mereka masih hidup rukun dan damai.

Ketika saya berlegar-legar di luar kawasan rumah sambil mengambil gambar, adik ipar TYDP baru sampai ke rumah, mungkin dari pekan agaknya. Saya sempat mengerling kelibat adik iparnya tersebut, seorang gadis Sabah yang putih melepak dan masih solo. Kalau saya masih bujang mungkin saya tak lepaskan peluang menambahkan seorang lagi warga muslimah dalam rumah tersebut.

Sebelum ke rumah mertua TYDP, kami dibawa meninjau keadaan kemudahan rumah sakit (hospital) yang terdapat di Nabawan. Anda boleh lihat sendiri melalui gambar yang dipaparkan rupa bentuk rumah sakit tersebut. Kebetulan ada seorang pesakit kanak-kanak berada di dalam bilik rawatan yang sedang di rawat oleh pembantu perubatan.

Dr yang bertugas di situ merupakan seorang warga Pakistan yang bekerja sebagai pekerja kontrak untuk kerajaan Malaysia bagi menampung kekurangan doktor di kawasan pendalaman. Ketika kami sampai di rumah sakit tersebut doktor telah keluar menghantar seorang pesakit yang memerlukan rawatan lebih rapi di Hospital Keningau.

Walaubagaimanapun kami sempat bertemu dengan doktor tersebut apabila dia mengejar rombongan kami sebaik sahaja mendapat tahu kemi baru sahaja melawat rumah sakitnya. Kami bercerita panjang di tengah jalan dengan doktor yang memberikan penerangan ringkas keadaan di situ.

Masih banyak yang boleh penduduk Nabawan lakukan untuk membangunkan kawasan penempatan mereka. Ini memerlukan seorang pemimpin yang agresif, telus dan dapat menyedarkan rakyat agar bangun dan majukan diri sendiri.

Kembara Sabah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved