ads

Selasa, 30 Ogos 2011

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gambar UFO <b>di Tuaran</b> Beach Resort, Kota Kinabalu? | Blog.4.Dead

Posted: 18 Jul 2010 12:00 AM PDT


KOTA KINABALU : "Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.
"Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau," kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Korang percaya ka kewujudan UFO?

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


34 kemalangan maut <b>di</b> laluan <b>Lahad Datu</b> | my Sarawak – News <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 07:06 AM PDT

Posted on 25 August 2011.

-PERIKSA BUNGA TAYAR.. Rahim (kiri) turut meninjau disekitar Terminal Bas Utara Inanam bersama pegawai JPJ.

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mencatat sebanyak 34 kemalangan maut setakat ini daripada 64 jumlah keseluruhan pada tahun lalu yang berlaku di sekitar Jalan Kinabatangan-Lahad Datu dan Lahad Datu-Kunak.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri, kemalangan di kawasan berkenaan kerap berlaku ekoran perubahan dari segi infrastruktur dan penyelenggaraan terhadap beberapa laluan.

Katanya, kemalangan itu juga ekoran pemandu yang tidak biasa memandu di jalan-jalan terbabit, terutama yang baru dan tidak biasa melaluinya.

"Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba, pihak JPJ akan mempergiatkan rondaan di laluan-laluan berkenaan bagi memastikan keselamatan para penggguna yang melalui kawasan ini ketika pulang bercuti dan balik ke tempat bertugas nanti," katanya.

Rahim berkata demikian pada satu sidang media sempena Operasi Musim Perayaan Aidilfitri 2011, dekat Terminal Bas Utara Inanam, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, bersempena dengan musim perayaan tahun ini, seramai 30 anggota penguatkuasa JPJ telah ditempatkan di tiga buah terminal bas di negeri ini sejak 14 Ogos lalu sehingga 14 September depan.

"Terminal-terminal bas yang terlibat adalah Terminal Bas Utara Inanam dengan seramai 15 angggota, Terminal Bas Tawau (4), Terminal Bas Sandakan (4) dan selebihnya akan membuat rondaan di Terminal Bas Lahad Datu dan Keningau," katanya.

Tambahnya, para anggota berkenaan akan mengadakan rondaan dan memberi tumpuan kepada 'death stretch' atau jalan-jalan yang kerap berlaku kemalangan supaya 'visible enforcement' dapat dilihat oleh para pengguna, meliputi daerah-daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Beaufort, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, penguatkuasaan 16 jam sehari akan dijalankan secara statik.

Rahim turut mengatakan antara usaha dan kaedah JPJ Sabah dalam meningkatkan keselamatan terhadap pengangkutan pada musim perayaan ini adalah dengan melakukan pemeriksaan ke atas bas-bas di depoh-depoh sejak 5 hingga 12 Ogos lalu di mana sebanyak 82 bas telah diperiksa daripada 112 buah keseluruhan yang beroperasi di Sabah.

"JPJ juga mengadakan pemeriksaan ke atas tayar, brek, buku log pemandu kedua, lesen memandu, permit dan sebagainya, selain pihak Polis Bahagian Narkotik akan turut mengadakan ujian air kencing terhadap para pemandu," katanya sambil menambah sesi perjumpaan bersama pemandu turut dijalankan.

Bagi tujuan itu, tambahnya, orang awam khususnya para pengguna kenderaan di jalan raya yang pulang ke kampung halaman diminta agar mengambil gambar atau merakam sebarang kesalahan trafik dan melaporkannya kepada pihak JPJ melalui talian 088-511820 atau melalui emel aduantrafik@jpj.gov.my .

"Justeru, saya nasihatkan kepada semua pemandu yang akan pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan ini agar merancang perjalanan dengan baik dan elakkan diri daripada melakukan kesalahan trafik yang boleh mengundang kemalangan," ujar Rahim.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Berikutan kenyataan yang disifatkan menghina pejuang negara <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2011 09:18 AM PDT

by Johan Aziz. Posted on August 31, 2011, Wednesday

LAPORAN….Anggi (tengah) yang diiringi beberapa AJK PBPM Keningau menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Keningau pada Isnin.

KENINGAU: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Keningau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis di sini pada Isnin berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, yang disifatkan menghina pejuang negara.

Pengerusi Persatuan, mantan Sub-Inspektor Anggi Kathil, memberitahu Utusan Borneo di sini bahawa pihak persatuan amat memandang serius terhadap kenyataan itu.

Mat Sabu yang memberi ceremah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu telah mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Kenyataannya yang telah disiarkan di Utusan Online pada 26 Ogos lalu turut menganggap Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota Komunis adalah hero sebenar, bukan 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceremahnya, Mat Sabu turut mendakwa Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh berkenaan adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain memihak kepada Umno.

Sementara itu, Anggi yang mewakili Presiden PBPM Negeri Sabah, Abdul Rahman Teo, ketika membuat laporan itu memberitahu bahawa ahli-ahli persatuan membantah kenyataan Mat Sabu yang tidak beretika dan memperkecil-kecilkan peranan pasukan keselamatan termasuk polis.

Beliau menyifatkan kenyataan itu telah tersasar dari kebenarannya dan jelas menyeleweng dari fakta sejarah sebenar.

"Persatuan negeri dan cawangan ini menganggap ceremah yang terkeluar dari fakta adalah bertujuan untuk menghasut supaya rakyat membenci polis dan pasukan keselamatan yang lain," katanya.

Anggi berkata, selama ini pasukan keselamatan termasuk polis telah banyak mempertahankan negara dan rakyat dari anasir-anasir yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya, persatuan memandang serius mengenai isu itu dan perlu diambil tindakan lebih tegas lagi agar tidak memperlekehkan tugas dan peranan anggota polis yang banyak berjasa dan terkorban dalam perkhidmatan mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.

"PBPM Sabah dan Keningau meminta pemimpin ini (Mat Sabu) diambil tindakan tegas sejajar dengan peruntukan undang-undang yang ada," katanya.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Bekalan elektrik <b>di Kota Kinabalu</b> bakal dipertingkat latest <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2011 09:45 AM PDT

by RUZAINI ZULKIFLI, ruzainiUB@gmail.com. Posted on August 30, 2011, Tuesday

PERIKSA... John (dua kiri) memeriksa peralatan ketika membuat lawatan ke pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Star City kelmarin.

KOTA KINABALU: Kestabilan bekalan elektrik di sekitar bandaraya dipertingkatkan lagi setelah projek pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Star City yang bermula pada 22 Julai lepas.

Menurut Pengurus Besar (Projek Utama) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir John Gomez berkata lebih RM20 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek bekalan elektrik berkenaan.

"Selain itu, projek ini juga akan menjadi suntikan bekalan tenaga di Kota Kinabalu selain punca bekalan elektrik sedia ada daripada PPU Karamunsing.

"Dalam PPU Star City ini, kita menempatkan dua transformer yang masing-masing berkuasa 30 megavolt ampere (MVA).

"Manfaat secara lansung daripada pelaksanaan projek ini adalah menampung pertambahan beban yang pesat membangun di kawasan Asia City dan sekitarnya," katanya.

John menambah, projek itu juga akan memberi impak positif terhadap mutu penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik kepada pengguna di sekitar bandaraya dan seterusnya menyumbang kepada penurunan gangguan bekalan elektrik atau Indeks Sistem Purata Tempoh Gangguan (SAIDI) SESB.

Katanya, dalam memperkukuhkan dan mempertingkatkan sistem bekalan elektrik di Sabah ke tahap memuaskan, projek pembangunan prasarana elektrik dibangunkan secara berterusan.

"Ia juga menurut jadual berdasarkan Pelan Pembangunan Induk Bersepadu Kuasa Elektrik. Ini kerana kos pembangunan adalah amat tinggi bagi projek-projek yang pada lazimnya dilaksana di bawah peruntukan Rancangan Malaysia," katanya ketika melakukan lawatan ke PPU Star City di sini kelmarin.

Menurut John, pelaksanaan projek infrastruktur elektrik di bawah Rancangan Malaysia kesembilan (RMke 9) di jangka akan memperbaiki serta mempertingkatkan lagi bekalan elektrik di Sabah dengan menyaksikan penurunan positif bagi Indeks SAIDI di negeri ini.

"Malah ia bakal mengukuhkan sistem penjanaan, penghantaran dan pembahagian secara berterusan. Setakat 27 Ogos lepas, jumlah SAIDI di Sabah adalah 361.81 minit  bagi setiap pengguna," katanya.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Program Jalinan Rakyat <b>Nabawan</b> pada Jun akan dilancar <b>...</b>

Posted: 27 May 2011 07:44 AM PDT

PENSIANGAN: Program Jalinan Rakyat akan dijalankan pada bulan hadapan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sook dan Dewan Undangan Negeri Nabawan.

Menurut Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Pensiangan, Zaiton Anik bahawa, program Jalinan Rakyat di Nabawan dijangka  dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 19 Jun depan manakala kawasan Dun Sook pula dijangka akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup pada 18 Jun.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita BN Pensiangan di Keningau kelmarin.

Turur hadir sama Naib Pengerusi Wanita BN Aminah Dali, Setiausaha Wanita BN Hilda Salim, Ketua Penerangan Wanita BN Rufina Pangiran serta ahli jawatankuasa Wanita BN Pensiangan.

Zaiton yang juga Ketua Wanita UMNO Pensiangan turut meminta nggota Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) agar terus mengukuhkan gerak kerja membela nasib rakyat, khususnya di peringkat akar umbi.

Katanya dalam melaksanakan gerak kerja itu secara lebih berkesan, strategi turun padang hendaklah dilakukan secara tetap dan berterusan.

"Melalui aktiviti turun padang, kita  dapat melihat sendiri permasalahan sebenar rakyat untuk dilaporkan kepada agensi atau pihak-pihak berkaitan. Ini kerana, ramai di kalangan rakyat tidak mengetahui bagaimana cara mengatasi masalah yang sekian lama dihadapi menyebabkan mereka terpinggir," ujarnya

Jelas Zaiton program turun padang hingga ke akar umbi juga penting sebagai salah satu pendekatan menghayati keperluan rakyat secara lebih tepat bagi membolehkan kerajaan membina satu rancangan masa depan dengan lebih baik.

"Dengan melihat sendiri masalah rakyat, kita bukan sahaja dapat merapatkan hubungan mesra di peringkat akar umbi tetapi juga dapat melaporkan keadaan semasa kepada kepimpinan tinggi dengan lebih tepat dan bermaklumat," ujar beliau.

Tegas Zaiton lagi bahawa wanita merupakan jentera yang amat penting untuk menentukan kejayaan BN, dan Wanita merupakan pasukan yang boleh diharapkan untuk membawa kejayaan BN memandangkan jumlah ahli wanita dalam BN adalah sebanyak 2.75 juta orang.

Beliau berkata, langkah itu juga sebagai salah satu pendekatan berkesan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dalam usaha menarik sokongan rakyat kepada BN.

Zaiton turut meminta supaya anggota Wanita BN Pensiangan terus mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain termasuk menyelesaikan masalah atau perselisihan yang wujud melalui perbincangan di peringkat dalaman.

"Di sinilah masanya kita semua mempraktikkan gagasan 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."

"Secara tidak langsung kita dapat menjadi contoh kepada rakyat dalam usaha mengukuhkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain,"

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Pembahagian Pek Makanan <b>di Penampang</b> , Sabah | Aura Putih <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jabatan Pendidikan Sabah (JPS) merupakan rakan dalam mengagihkan pek makanan Islamic Relief Malaysia di sekitar Sabah.

JPS telah berjaya mengagihkan pek makanan kepada penerima manfaat yang layak di Kg Penampang, Sabah. Majlis pemberian pek makanan dijalankan di SMK Datuk Peter Mojuntin.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved