ads

Selasa, 30 Ogos 2011

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Berikutan kenyataan yang disifatkan menghina pejuang negara <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2011 09:18 AM PDT

by Johan Aziz. Posted on August 31, 2011, Wednesday

LAPORAN….Anggi (tengah) yang diiringi beberapa AJK PBPM Keningau menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Keningau pada Isnin.

KENINGAU: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Keningau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis di sini pada Isnin berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, yang disifatkan menghina pejuang negara.

Pengerusi Persatuan, mantan Sub-Inspektor Anggi Kathil, memberitahu Utusan Borneo di sini bahawa pihak persatuan amat memandang serius terhadap kenyataan itu.

Mat Sabu yang memberi ceremah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu telah mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Kenyataannya yang telah disiarkan di Utusan Online pada 26 Ogos lalu turut menganggap Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota Komunis adalah hero sebenar, bukan 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceremahnya, Mat Sabu turut mendakwa Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh berkenaan adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain memihak kepada Umno.

Sementara itu, Anggi yang mewakili Presiden PBPM Negeri Sabah, Abdul Rahman Teo, ketika membuat laporan itu memberitahu bahawa ahli-ahli persatuan membantah kenyataan Mat Sabu yang tidak beretika dan memperkecil-kecilkan peranan pasukan keselamatan termasuk polis.

Beliau menyifatkan kenyataan itu telah tersasar dari kebenarannya dan jelas menyeleweng dari fakta sejarah sebenar.

"Persatuan negeri dan cawangan ini menganggap ceremah yang terkeluar dari fakta adalah bertujuan untuk menghasut supaya rakyat membenci polis dan pasukan keselamatan yang lain," katanya.

Anggi berkata, selama ini pasukan keselamatan termasuk polis telah banyak mempertahankan negara dan rakyat dari anasir-anasir yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya, persatuan memandang serius mengenai isu itu dan perlu diambil tindakan lebih tegas lagi agar tidak memperlekehkan tugas dan peranan anggota polis yang banyak berjasa dan terkorban dalam perkhidmatan mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.

"PBPM Sabah dan Keningau meminta pemimpin ini (Mat Sabu) diambil tindakan tegas sejajar dengan peruntukan undang-undang yang ada," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved