10 di kota belud - Google Blog Search |
Macam <b>Di</b> KK...: SUARA RAKYAT : Musa melawat <b>Kota Belud</b> lagi Posted: 10 Oct 2012 06:20 PM PDT KETUA Menteri Sabah-Datuk Musa Aman dijadual melawat Kota Belud esok. Tujuan lawatan itu adalah untuk menghadiri Pelancaran PDK KU SIHAT peringkat negeri. Beliau juga akan merasmikan pelancaran itu yang bertempat di Dewan Datuk Haji Musbah, Kg Taun Gusi, Kota Belud. Program PDK KU SIHAT peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 23 Jun lalu. Kali terakhir Ketua Menteri melawat Kota Belud adalah pada 15 September lalu, semasa Sambutan Hari terbuka Hariraya BN. Sokongan Musa terhadap para wakil rakyat Kota Belud tidak dapat disangkal lagi, kerana apa sahaja program yang dianjurkan oleh para wakil rakyat Kota Belud, pasti beliau sempat hadir. Sambuatan rumah Terbuka Tan Sri Pandikar dan USBO pada 2 September lalu, turut juga dihadiri Musa, meskipun pada hari yang sama Bahagian Umno Libaran, di mana beliau adalah Ketua Bahagiannya sedang mengadakan Mesyuarat Bahagian. Sokongan Musa terhadap apa sahaja aktiviti para pemimpin BN, adalah paksi kepada sokongan para pemimpin BN terhadap beliau. Atas sebab sokongan itu, maka beliau terus menerajui kerajaan negeri dan parti menghampiri sepuluh tahun. Seorang kapten yang baik, apabila kapten itu memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukannya. Melalui sokongan itu, maka akan berlaku aksi timbal balik. Inilah yang berlaku terhadap kepimpinan Musa. Para pemimpin yang meninggalkan BN/Umno bukan kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada Musa, akan tetapi para pemimpin itulah yang bertindak sebaliknya. Para pemimpin yang meninggalkan BN/Umno mempunyai agenda tersendiri, atas sebab itu mereka mengubah haluan, walaupun pada asasnya, mereka mendapat sokongan penuh daripada kempinan negeri. Sifat saling hormat dan menghargai antara seseorang kapten dan pasukan sangat-sangat diperlukan bagi keutuhan dan kekuatan pasukan itu. Atas sebab itu, semangat berpasukan adalah penting dalam sesebuah organisasi. Musa memperlihatkan hormat dan menghargai semangat berpasukan, atas sebab itu beliau sekali lagi melawat Kota Belud, esok walapun belum sebulan lawatan terakhirnya. Nama Kota Belud sangat besar ertinya terhadap Kerajaan BN yang ditunjangi Umno, kerana di daerah ini lahirnya anak sulung Umno Sabah. Kota Belud kini sedang membangun pesat terutama kerana daerah ini dinamakan sebagai salah satu Jelapang Padi negara yang baru. Kemajuan Pertanian dan Perkebunan dan kini diselitkan dengan Program Agropolitan, merancakan lagi pembangunan Kota Belud. Adalah dianggarkan, apabila semua program pembangunan itu siap dan berhasil, pendapatan daerah akan melonjak kepada RM2bilion setahun pada tahun 2020. Jika diambil pendapatan perkapita penduduk pada tahun itu, maka rata-rata pendapatan rakyat telah melepasi garis kemiskinan. Sekalung tahniah kepada para wakil rakyat Kota Belud, kerana mampu membawa pembangunan berbagai bentuk ke kawasan Kota Belud. Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan yang kukuh daripada Ketua Menteri. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |