10 di kinabatangan - Google Blog Search |
sabahkini.net: UPKO <b>KINABATANGAN</b> SEMAKIN KUKUH Posted: 24 Oct 2012 12:58 AM PDT PALU GONG…Dompok memalu gong sebagai simbolik perasmian konvensyen tersebut. SEBANYAK tujuh usul telah diluluskan semasa perbahasan di Konvensyen Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna Tongod-Kuamut, kelmarin. Antara usul tersebut termasuklah permohonan penambahan peruntukkan bagi Program Bantuan Rumah (PBR); mewujudkan sebuah rumah kebudayaan; memberi peluang kepada anak tempatan menjawat jawatan Guru Besar; pengambilan semula Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT); isu RCI dan mewujudkan sebuah Institut Mahkamah Anak Negeri. Semua usul dibangkitkan perwakilan yang hadir pada persidangan yang pertama kalinya diadakan di Tongod itu. Dalam pada itu, Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok ketika berucap berkata, semua ahli Parti UPKO diminta tidak membincangkan isu pencalonan dalam pilihan raya ekoran bakal mewujudkan isu lobi-melobi dan persengketaan di kalangan ahli. Sebaliknya ahli parti perlu bekerja membantu memantapkan jentera parti dalam menghadapi pilihanraya akan datang. "Dalam parti ini, kita tahu dan lihat orang yang bekerja, berjuang dan ikhlas dan kita memang hendakkan ciri-ciri penting dalam pemilihan itu," tambahnya. Menurutnya, pemilihan calon adalah di kalangan keluarga parti dan sesiapa sahaja yang dipilih rakyat harus diakui dan diterima kerana merupakan satu perjuangan yang harus diteruskan demi menguatkan lagi sokongan rakyat KDM terhadap UPKO. Turut hadir pada majlis, Setiausaha Agung UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau; Naib Presiden UPKO, Datuk Doktor Ewon Ebin dan Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan, Masiung Banah. Beliau turut berkata, UPKO kini masih berada pada landasan betul dalam membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan transformasi kerajaan, ekonomi dan politik di negara ini. Pada majlis itu beliau turut menyampaikan 450-kad keahlian kepada ahli baru menyertai parti itu bagi UPKO bahagian Kinabatangan. Seramai 700 perwakilan dari 79 cawangan UPKO Kinabatangan yang hadir pada Majlis konvensyen tersebut. Dompok yang juga Menteri Perusahaan Utama, Perladangan dan Komoditi berkata, dasar penanaman semula yang diperkenalkan kerajaan telah dapat memberi manfaat kepada ramai pekebun kecil yang terlibat dalam penanaman kelapa sawit dan getah di negara ini. "Melalui dasar itu, ia telah dapat menyediakan peluang petani memperoleh hasil lebih tinggi berbanding sebelumnya," ujarnya. Katanya lagi, sehingga kini dianggarkan seramai 800 pekebun kecil di daerah Tongod telah memperoleh manfaat hasil dasar penanaman semula kelapa sawit dan getah tersebut. "Selepas dilantik sebagai menteri di kementerian ini, saya telah mencadangkan agar kerajaan menggubal satu dasar khusus kepada pekebun kecil ini, iaitu dasar penanaman semula, yang kini telah memperlihatkan hasilnya bahawa pekebun kecil kini mampu memperoleh hasil lebih tinggi berbanding sebelum ini," jelasnya. Terdahulu, Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan, Masiung Banah ketika berucap menafikan tindakan beberapa pihak yang sengaja membangkitkan isu bahawa beliau gagal mengotakan janji menyelesaikan masalah penduduk DUN Kuamut dalam tempoh 6 bulan selepas diberi mandat menjadi wakil rakyat pada tahun 2008. Jelasnya, perkara itu adalah tidak benar dan sehingga kini tidak kurang sebanyak 22 kampung di DUN Kuamut telah dibangunkan dengan lot-lot terancang. Katanya, bagi geran komunal pula, sejak tahun 2010, lebih 1,400 penduduk telah mendapat geran berkenaan yang dikeluarkan kerajaan. Dalam perkembangan lain, Masiung yang juga wakil rakyat Kuamut berkata, UPKO Kinabatangan sudah siap sedia menghadapi pilihan raya akan datang. Menurutnya, jentera pilihan raya kini hanya menunggu masa untuk bertindak dan akan memastikan dapat membantu BN memenangi kerusi DUN Kuamut pada PRU 13 nanti. |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan