ads

Ahad, 11 Mei 2014

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Feb 2014 11:44 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pengalaman <b>di</b> Sabah - <b>Kudat</b>, tempat menarik <b>...</b> - memmetlenggeng

Posted: 11 Jan 2014 10:02 AM PST

Entry ini adalah entry tertangguh yang bersambung dari sini

Selepas balik dari Keningau, program kami menuju ke Kudat pula. Kudat adalah daerah paling hujung di utara Borneo. Jarak perjalanan dari KK mengambil masa kira-kira 2 jam lebih paling cepat. Walau pun jaraknya dari KK tidak jauh sangat, tetapi masa yang diambil sedikit lama kerana struktur jalannya masih banyak perlu diperbaiki. Terdapat juga penerbangan dari KK ke sini menggunakan pesawat Twin Otter. Kalau anda masih ingat, baru-baru ini, ada kejadian pesawat twin otter terhempas mengorbankan dua nyawa di Kudat. Saya fikir, salah satu sebabnya ialah, kedudukan Kudat yang terletak di open sea, jadi angin memang kuat, menyebabkan pesawat ringan selalu tidak stabil ketika membuat pendaratan, kena pula masa musim ribut. Sebelum pergi, salah seorang pegawai mengesyorkan kami menaiki pesawat itu ke sana untuk menjimatkan masa, tapi semua pakat tidak setuju, termasuklah saya. Ha ha. Padahal, kalau mati, tak naik pesawat pun boleh mati juga. Lagipun kalau menaiki pesawat, tak dapatlah nak melawat dengan baik daerah Kudat itu nanti.

 Oklah, panjang pula bebelnya.

Perjalanan ke Kudat

Perjalanan ke Kudat akan melalui Tuaran dahulu, daerah yang popular dengan kuda. Dari Tuaran, terus menuju ke Kota Belud, sama seperti nak menuju Kundasang, tapi teruskan perjalanan sehingga bertemu satu simpang yang mana, kanan untuk ke Kota Marudu dan kiri untuk ke Kudat. Sepanjang perjalanan di Kota Belud tadi boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang masyur. Hati meronta nak ke sana, tapi entahkan bila baru dapat menjejakkan kaki. Sepanjang jalan ada banyak sawah padi bukit. Padi bukit tidak memerlukan air yang banyak ketika di tanam. Bukan mudah nak jumpa padi bukit di semenanjung. Sayang sekali kami tidak sempat singgah berhenti untuk ambil gambar padi bukit itu.

Dalam perjalanan ini akan bertemu satu kawasan gerai unik yang menjual barang makanan secara disangkut-sangkut pada tali. Antara makanan yang banyak dijual ialah keropok dan kekacang, terutama kacang tanah. Nama tempat ini saya tidak pasti, tapi nama papan tanda sebuah jalan di sana ialah jalan langkon

Kemudian bila sudah hampir sampai ke Kudat terdapat lagi satu gerai-gerai tepi jalan yang mejual banyak barangan tradisional etnik Sabah dan juga hasilan produk pertanian. Saya ingin juga nak menyinggah, tapi sayang kami kesuntukan masa kerana perlu melawat dua tapak projek.

Bandar Kudat

Bandar Kudat, walaupun kecil, tetapi ia turut mengalami kemajuan sama dengan lain-lain tempat di Malaysia. Ia memiliki segala kemudahan disini, termasuk landasan kapal terbang kecil. Anda boleh juga datang dengan pengangkutan awam seperti teksi dan bas. Kedudukan Kudat adalah diantara laut China Selatan dan Laut Sulu. Itu yang memberi keistimewaannya di Simpang Mengayau atau Tips of Borneo.

Tempat membuat Gong

Dalam perjalanan ini anda akan bertemu dengan satu daerah atau pekan yang dipanggil Matunggong. Disinilah kawasannya pembuatan gong dilakukan. Terdapat banyak rumah yang mengusahakan pembuatan gong. Ada juga gong yang dijual sebagai cenderamata. Gong Sabah tidak jauh beza rupanya dengan cak lempong dari negeri sembilan. Tapi ia menghasilkan bunyi yang berbeza. Agak merdu juga.

Sungguh penerbit filem dan drama di malaysia tidak ada passion dalam kerjaya mereka. Ini kerana, Sabah adalah sebuah negeri yang sangat menarik, mempunyai sumber-sumber klasik yang sesuai untuk didramakan. Hanya perlukan naskah skrip yang menarik dan pengarah yang profesional untuk mendapatkan sebuah drama yang setanding dengan negara korea dan lain-lain. Apalah malangnya nasib negara ini, sumber ada, tapi jati diri pupus. Semua sibuk buat cerita yang meloyakan.

Sori, tersasar pula. Dalam kawasan perkampungan ini juga terdapat sebuah gong gergasi yang bersaiz lebih 20 kaki persegi! Ia terletak ke dalam lagi kawasan perkampungan. Tetapi tidaklah jauh sangat, boleh saja berjalan kaki. Cuma banyak anjing. Kalau anda jenis penakut anjing, saya tidak nasihatkan berjalan kaki.

Kena bayar juga untuk masuk ke dalam kawasan gong ini. Kata pemandu kami, dulu tidak dikenakan bayaran masuk. Apapun alang-alang sudah sampai, saya bayar saja. Sudah lupa pula berapa harganya. Maaf ye, tapi tidak lebih RM 10.

Lain-lain Tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan :

Sebenarnya tidak semua tempat saya singgah dalam perjalanan itu. Ada yang saya hanya lalu sahaja. Apapun dari beberapa blog, saya dapati banyak juga tempat menarik dalam perjalanan di Kudat ini. Tidak termasuk tentang Simpang Mengayau, kerana, saya akan buat entry yang lebih spesifik tentang tempat itu. Antara blog yang ada menceritakan tempat menarik lain di Kudat (selain Simpang Mengayau), boleh rujuk di sini :

http://chelzlensaphotography.blogspot.com/2011/12/aku-di-kudat-sabah.html
http://budgetciputtraveller.blogspot.com/2012/10/sabah-day-1-kota-kinabalu-international.html
http://www.sabah.gov.my/lbk/index.php?option=com_content&view=article&id=80&Itemid=478

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Kumpulan Penculik Ditahan <b>Di Sandakan</b> - Direktori Blog Politik <b>...</b>

Posted: 10 May 2014 04:07 PM PDT


KUALA LUMPUR 10 Mei - Tiga penjenayah dipercayai daripada kumpulan penculik yang sedang dalam perjalanan memasuki perairan Sandakan berjaya ditangkap selepas berlaku perlanggaran dengan bot ronda polis platun tiger Pasukan Gerakan Am (PGA).
Dalam kejadian pada kira-kira 8.15 malam sebentar tadi, polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan bot yang dinaiki penjenayah terbabit sebelum meminta mereka memberhentikan bot itu.
Bagaimanapun, mereka telah bertindak melanggar bot polis sehingga menyebabkan kedua-dua bot itu terbalik.
Ketiga-tiga lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan walaupun berlaku pergelutan antara polis dan penjenayah. - UTUSAN.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


WHALE SHARK <b>DI KOTA BELUD</b> | lawaksiyot - Busuk.org

Posted: 23 Apr 2014 07:53 AM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 3,082
Widget Aktif : 3,947
Banner Aktif : 5,606

Domain Dibenarkan: 9,553
Jumlah Artikel : 706,609

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


55 PTI ditahan <b>di Tuaran</b> - The Borneo Post Online

Posted: 26 Feb 2014 08:02 AM PST

TUARAN: Seramai 55 orang termasuk 22 kanak-kanak pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam serbuan yang dilaksanakan polis daerah ini kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintenden Abdul Fuad Abd Malek, kesemua PTI yang berusia 8 hingga 50 tahun itu ditangkap dalam beberapa serbuan berasingan di seluruh kawasan daerah berkenaan.

"Kita melaksanakan operasi dan serbuan di sekitar daerah Tuaran bagi membasmi kebanjiran PTI sejak beberapa hari yang lepas.

"Seramai 55 individu termasuklah 22 kanak-kanak berjaya ditahan bagi tindakan lanjut," katanya di sini.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Fuad berkata pihaknya menafikan khabar angin berlakunya insiden rompakan membabitkan seorang guru seperti mana digembar-gemburkan di laman sosial Facebook kelmarin.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan mengatakan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran menerima satu laporan berhubung terdapat aktiviti rompakan yang kononnya berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli sama sekali tidak benar dan hanya direka-reka oleh individu tertentu bagi menakut-nakutkan orang ramai.

Penyebaran berhubung insiden berkenaan di Facebook tempoh hari itu mendakwa berlaku kegiatan samun bersenjata di daerah Sipitang sebelum terjadi satu lagi kejadian sama di Tuaran.

Turut tertera, beberapa keping gambar memaparkan individu yang kononnya bertanggungjawab melakukan aktiviti samun terbabit.

"Kita tidak menerima sebarang laporan daripada mangsa atau individu berhubung kejadian itu.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk Tuaran agar tidak mempercayai khabar angin sedemikian kerana tiada insiden sebegitu terjadi di sini," katanya.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Kelakar…Bila Penumpang &#39;Terberak&#39; Dalam Bas <b>Di</b> Pekan <b>Ranau</b> <b>...</b>

Posted: 08 May 2014 05:04 AM PDT

KELAKAR pun ada, kasihan pun ada apabila kami membaca perkongsian seorang penumpang bas ekspres menerusi akaun Facebooknya.

Johan A. Delvo yang menaiki bas ekspres berkongsi pengalamannya dan para penumpang bas tersebut yang terpaksa berhenti di Pekan Ranau, Sabah kerana salah seorang daripada mereka 'terbuang' air besar dalam perjalanan.

Ia sekaligus mencetuskan bau busuk sehingga semua mereka keluar daripada bas tersebut untuk mendapatkan udara segar.

Menerusi ruangan komen, dia memberitahu mungkin penumpang tersebut kurang sihat sehingga tidak sengaja 'melepas' dalam seluarnya.

Aduhai…macam-macam hal!…MYNEWSHUB

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Kursus Shaklee Independent Distributor <b>Di Kota Kinabalu</b> | Aku <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2014 04:30 AM PST

Ya Allah, seronoknya kelmarin, dapat pergi kursus Shaklee Independent Distributor di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah.

Pejabat Shaklee di Kota Kinabalu Sabah

Aku sanggup pergi ke Kota Kinabalu dengan menaiki kapal terbang pada 9.50pm 24 Januari 2014 dan balik keesokan harinya, 8.30pm 25 Januari 2014 semata-mata untuk menambah ilmu berkaitan Shaklee. Satu hari je duduk di Kota Kinabalu.

Perniagaan Shaklee

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab dapat banyak ilmu yang berguna dari kursus Shaklee tersebut. Terima kasih Master Laila.

Master Coordinator Shaklee

Kursus yang sangat santai sebab anak-anak kecil pun boleh dibawa bersama.

Kerja dari Rumah dengan Shaklee

Perniagaan Shaklee adalah perniagaan yang sangat sesuai buat wanita seperti isteri-isteri, ibu-ibu surirumah atau ibu-ibu yang bekerjaya.

Sememangnya hati dah terpaut dengan produk-produk Shaklee sejak aku sendiri menggunakan produk-produk tersebut.

Tak sangka ya dengan Shaklee, boleh jana pendapatan RM100 ribu lebih sebulan walaupun hanya sebagai surirumah. Aku sangat kagum dengan master-master yang telah berjaya.

Bertambah semangat lagi untuk berusaha untuk berjaya sebagai pengedar bebas Shaklee.

In Sha Allah, Aya akan terus berkongsi ilmu ini kepada rakan pembaca semua.

Jika ada sesiapa berminat untuk menyertai perniagaan Shaklee untuk disebarkan ke tempat masing-masing, boleh sms atau Whatsapp ke 0195805181.

In sha Allah, Aya akan cuba membantu.. :)

P/s: Saya sendiri telah wujudkan kumpulan sendiri iaitu Team MamaNiaga agar mudah coaching secara terus kepada ahli kumpulan saya sama ada secara online mahupun offline jika perlu.

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:

Incoming search terms:

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved