ads

Rabu, 1 Januari 2014

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Pemandu maut bertembung lori <b>di Sandakan</b> | The Malaysian Times

Posted: 16 Dec 2013 01:23 AM PST

SANDAKAN, 16 Dis: Seorang pemandu maut apabila pacuan empat rodanya bertembung dengan lori kelapa sawit di Km 48, Jalan Labuk di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mangsa yang dikenali sebagai Lo Sung Ming, 30, mati di tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa tersepit di dalam kenderaannya dan terpaksa dikeluarkan oleh pihak bomba dan penyelamat.

Mangsa dalam perjalanan ke arah Kota Kinabalu manakala lori tersebut datang dari arah bertentangan.

Rowell berkata pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saksi kejadian diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Balai Polis Trafik Sandakan di talian 08-9211222. – BERNAMA

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


14 ekor lembu untuk 14 buah masjid <b>di Papar</b> | The Borneo Insider

Posted: 14 Oct 2013 07:20 PM PDT

October, 15, 2013 - 10:20 am

Oleh Liza Dinlembu15

Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyerahkan 14 ekor lembu dan kerbau kepada 14 buah masjid di daerah Papar. Penyerahan lembu dan kerbau korban diadakan dipetkarangan Masjid Papar hari ini.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


AMIE&#39;S LITTLE KITCHEN: Jalan-Jalan Cari Makan <b>di Tawau</b>

Posted: 04 Dec 2013 06:13 AM PST

Anak-anak malaslah pulak ikut kami keluar jalan-jalan di sekitar Tawau. Fuad & Fairuz lebih suka lepak dalam bilik. Amie & Encik Suami saja yang meronda. Kami masuk ke Pasar Gantung, beli sepasang telekong dan beberapa helai kain alas meja, selepas itu cari tudung di beberapa buah kedai berhampiran. Encik Suami ajak minum air kelapa muda... tapi Amie asyik terbayang sayap ayam panggang di gerai-gerai yang bersusun bersebelahan dengan Pasar Gantung.
Dalam hati memang dah pasang angan-angan nak beli sayap ayam panggang sebelum balik ke hotel!

Tapi sebelum itu temankan Encik Suami minum air kelapa muda di tepi laut. Amie sempat sedut air kelapa pandan dan makan isinya sekali! Wadeeehhh... penuh rasa perutku!


Kami jalan-jalan di tepi laut berhampiran Jeti Tanjung.
Sempat menyaksikan mentari senja yang beransur-ansur kembali ke tempat peraduannya.

Dan... akhirnya, dapat juga sayap ayam panggang idaman!
Sesiapa yang pernah berkunjung ke Tawau pasti tidak dapat melupakan keenakan sayap ayam panggang bersama kuah pencicahnya yang lazat, cukup rasa masam, manis, pedas... mmmmm Amie tak pernah temuinya di mana-mana walaupun seringkali menikmati hidangan yang sama di Kundasang, Kota Kinabalu, Tanjung Aru  hatta Lahad Datu!

Cukuplah jalan-jalan cari makan di sekitar tempat penginapan kami di Belmont Marco Polo Hotel. Kami ada murtabak Jawa, nasi goreng, sate ayam, lontong.... sayap ayam panggang!


10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Fenomena ikan Tamban naik sendiri ke darat <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 03:57 AM PST

SubhanAllah, banyaknya ikan naik sendiri kedarat.

Kejadian dikatakan berlaku di Tambisan, Lahad Datu.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dikawasan Laut China Selatan :

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora.

Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak Selasa lepas dijangka berterusan ke hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Kerja Kosong <b>di</b> Sandakan, Tenom, Lahad Datu, <b>Sipitang</b> dan Kunak

Posted: 01 Oct 2013 02:37 AM PDT

Pekerjaan Sementara (Temporary)

Kami mencari pembanci untuk Kerja - kerja membanci sekolah sekolah disabah. Kelayakan lepasan SPM/STPM/SIjil/Diploma/Sarjana.

Skop Kerja:

1. Pergi ke setiap sekolah dalam senarai PPD daerah
2. Jumpa Guru berkaitan
3. Mengisi data dan membuat pemerhatian terhadap fasilit sekolah berdasarkan soalan borang banci
4. Ambil gambar berkaitan
5. Minta cop sekolah sebagai bukti kehadiran

Kami akan bayar mengikut borang atau sekolah yang siap dibanci sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut sila email: Fipnaz@yahoo.com

Daerah PPD yang di cari:
1. Sandakan
2. Tenom
3. Lahad Datu
4. Sipitang
5. Kunak

Kerja kosong di Tenom 2013, kerja kosong di Sandakan, Kerja Kosong di Kunak, Kerja Kosong di Sipitang, Kerja kosong di Lahad Datu, 2013 kerja kosong di negeri Sabah , kerja kosong di Sandakan Sabah (govt contract)

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Visit Malaysia: Kota Kinabalu, Sabah [Part 14] – Desa Dairy Farm <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2013 07:55 PM PST

Previously – Part 13

===

A lot of people long to visit New Zealand. Considered as one of the beautiful countries to visit, it is famous for its natural landscape and the dairy farm. Ever since I was a kid, I love to watch advertisement of formula milk such as Fernleaf because the view shown in the advertisement was splendid and they always quoted "From New Zealand". But if you are under budget to fly to New Zealand, the Desa Dairy Farm in Kundasang, Sabah is a great alternative.

On our 3rd day touring Sabah, after we visited Tamu Ranau, we continued our journey to Kundasang. The signage heading to this farm is almost non existence and we were lost finding our way to the farm. Thanks to one local uncle, he told us that we had already missed the junction to the farm and had to make a U-turn before finding our ways.

The entrance to the Desa Dairy Farm.

The drive to the farm was a tough one. The climb was very steep whilst the road was not tarred. We were afraid that the car's engine might encounter problem. Gladly, we arrived safely at the farm and the view that welcomed us was spectacular. Exactly like the formula milk's advertisement!

Green everywhere!

The place is very green with layers of mountains and clouds hovering above us. We went out from the car and the smell of cows' poops triggered our smell sense. Coupled that with the strong wind, it felt like the cows' poops were all over our noses! But because of the chilling wind and greenery view, they compensated the not-so-nice smell.

Cows everywhere!

Desa Dairy Farm is famous for its views and fresh milk. Visitors to the farm can go to the factory area and purchase a fresh cow's milk. They are also the main manufacturer for fresh milk in Sabah.

Black and White cows.

Nevertheless, we did not buy any milk there as milk is just not our cup of tea. Lol. Apart from that, we were more interested in the nice views offered by the farm. So nice that even a couple had their wedding photography here despite the abundance of cows' poops. I was excited too as it was my first time seeing a black and white cow.

A cow having its lunch.

It was an amazing experience visiting the dairy farm. Where else can we have the chance to see a cow eating the grass close up without being chased? And the sound made by the cows whilst chewing the grass, it all made up to the experience. :)

A place to remember.

Although there is an entrance fee of RM 4 per person, personally I think it is worth it. For the view, the calm feelings, the clouds, the mountains, the smell :D!

Akmal and me, enjoying the moment.

Definitely, it is a place to remember.

==

To go to Desa Dairy Farm, Kundasang, upon reaching the Kundasang town, enter the town and drive passed the Kundasang War Memorial, going straight ahead. Ensure that the fuel and brake fluid is enough as it will be a steep climb. After passing a housing area, have a look out on your left as the dairy farm is located on a hillside on the left side of the road. The fee to enter the Farm is RM 4 as of July 2013.

===

To Be Continued – Part 15

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


LAGI KES TEMBAK! Pasangan Kekasih Ditembak, Wanita Maut <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 12:26 AM PST

Kinabatangan - Seorang kerani wanita di sebuah ladang maut, manakala kekasihnya parah selepas mereka dipercayai ditembak ketika berehat di sebuah pondok di Ladang Kim Loong Tongod, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa Rozaliah Peter, 19, dari Kampung Langkabung Tongod, dekat sini, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, dekat sini, akibat ditembak di belakang sebelah kiri badannya, jam 6.45 petang.

Manakala, kekasihnya Amiruddun Mustamin, 27, pekerja kilang sawit Kim Loong Tongod, dekat sini, cedera dengan satu kesan tembakan di bawah bahu kanan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Duchess of Kent Sandakan, di sini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Telupid yang memaklumkan seorang perempuan dan lelaki cedera dipercayai akibat terkena tembakan.

"Mangsa perempuan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, manakala mangsa lelaki cedera di bahu dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. "Keadaan mangsa lelaki dilaporkan serius dan masih menerima rawatan lanjut," katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati, Rozaliah bersama Amiruddin sedang berehat di pondok di dalam ladang sawit kira-kira 300 meter dari jalan utama Jalan Telupid – Tongod, di sini, jam 6.45 petang.

"Tiba-tiba Amiruddin dikatakan terdengar bunyi tembakan sebelum melihat Rozaliah berlumuran darah, manakala dia turut cedera di bahu.

"Amiruddin dipercayai menghubungi rakan sebelum mereka dihantar ke Hospital Telupid untuk rawatan, namun Rozaliah disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Telupid," katanya di sini.

Martin berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, Amiruddin ada melihat individu berlari sambil membawa lampu suluh di bawah bukit tidak jauh dari pondok tempat mereka berehat.

"Mayat Rozaliah dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk bedah siasat, manakala Amiruddin turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut," katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sepasukan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Sumber : daisyteapot.blogspot.com

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di beluran</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Dec 2013 07:09 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DUNIA ITU: 5 termasuk 3 anggota polis maut kemalangan <b>di Beluran</b>

Posted: 29 Aug 2013 06:51 AM PDT

KEADAAN kereta peronda polis yang remuk dalam nahas.

KEADAAN pikap yang bertembung dengan kereta polis.

BELURAN - Lima orang termasuk tiga anggota polis terbunuh dalam nahas jalan raya di KM 53 Jalan Beluran-Telupid pada Khamis.

Kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 4.50 petang apabila kereta dinaiki empat anggota polis itu bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki dan empat perempuan.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata tiga anggota polis yang maut dikenali sebagai Kpl Saudi Meting, 48, Kpl Hedzrin Ginan, 36, dan Lans Kpl Khairul Firdaus Abrahim, 25.

Katanya seorang lagi, Konstabel Mohd Zaini Mohd Razwan, 28, cedera parah dan dihantar ke Hospital Beluran sebelum dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Saudi dan Hedzrin merupakan anggota polis trafik, manakala Khairul dan Mohd Zaini bertugas di cawangan Unit Peronda.

Sivanathan berkata dua penumpang kenderaan pacuan empat roda itu turut maut iaitu dua adik beradik perempuan dikenali sebagai Masiah Jailani, 47, dan adiknya Layni, 45.

Lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu, Arry Ak Gani, 24, mengalami cedera parah, manakala dua lagi penumpang perempuan, Imawati Siru, 20, dan Regnawati Siru, 22, cedera ringan.

Sivanathan berkata insiden berlaku ketika anggota polis berkenaan dalam perjalanan balik ke Beluran selepas melakukan satu tugasan di Telupid.

Polis masih menyiasat punca kejadian.

Sumber The Star 29 Ogos 2013

Tiga jenazah anggota polis IPD Beluran dikebumi hari ini

BELURAN - Ketiga-tiga jenazah anggota polis yang maut dalam kemalangan jalan raya di Km53 Jalan Beluran-Telupid semalam, dikebumikan di kampung halaman masing-masing hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan Sivanathan Velautham berkata, jenazah Koperal Saudi Meting dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air, Semporna manakala jenazah Kpl Hedzrin Ginan dikebumikan di Kampung Sungai Kayu, Sandakan.

Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat, manakala jenazah Lans Koperal Khairul Firdaus Abrahim diterbangkan ke Limbang, Sarawak dan dikebumikan pada pukul 5.30 petang.

Seorang lagi mangsa kemalangan, Konstabel Mohd Zaini Mohd Razwan, dari Simpang Pulai, Perak, masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital

Duchess Of Kent Sandakan, katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

30 Ogos 2013

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Amaran Bencana <b>Di</b> Beberapa <b>Negeri</b> Termasuk <b>Sabah</b> <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2013 01:35 AM PST

Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur serta ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.

Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga 31 Dis.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj berlaku di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri.

Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga awal petang ini. – BERNAMA

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved