[unable to retrieve full-text content]@SinarOnline: Papar minit mesyuarat di laman sesawang #SHSEL http://t.co/wXzE5zPB. 9 days ago • Malaysia • Tags: #SHSEL, local news, SinarOnline · 'Superstar' Bollywood Raj… Ikuti kami di Twitter! ht…
KUASA ALLAH.. KELAHIRAN ANAK KUCING BERMATA SATU DI KOTA BELUD, SABAH (27.8.2012)
Kuasa Allah~ Tiada yang mustahil dalam dunia ni dengan kehendak Nya. Sebenarnya Zam terjumpa gambar-gambar & info mengenai kelahiran kucing bermata satu di Sabah ini sebentar tadi (petang) di akaun salah seorang rakan FB Zam~ HAYATI LAH. Menurut Hayati, kucing yang dilahirkan semalam (27 Ogos) ini adalah milik sepupunya. Berikut adalah petikan dari gambar yang diambil oleh beliau menggunakan telefon bimbit:
Setelah meminta kebenaran & diberikan keizinan oleh pemilik akaun FB berkenaan, Zam kongsikan gambar gambar ini untuk tatapan pembaca blog ini. Kredit juga kepada photographer yang mengambil gambar2 resolusi tinggi ini:
"Pemiliknya terpaksa mengasingkan anak kucing ini dari tertindih anak-anak kucing yang lain semasa anak2 kucing tersebut berebut mendapatkan makanan (susu)."
"Anak kucing ini dengan pergerakan yang terbatas."
" Lemah, tidak mampu minum walaupun dibantu oleh pemiliknya."
"Bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain.. 4 ekor kucing lahir sempurna."
Namun, apa yang menyedihkan, hayat anak kucing bermata satu ini tidak lama.. Menurut Hayati, kucing ini telah mati pada tengah hari tadi (28.8.2012).. Berikut adalah gambar gambar terawal yang sempat diabadikan oleh Hayati dengan menggunakan kamera telefon bimbit.
Apapun, kelahiran anak kucing bermata satu ini mengandungi hikmah yang bermakna buat kita..
Salam Aidilfitri dan Salam Cupcakes Raya Cokolat...
Entry pertama setelah sampai Sabah. Tahniah untuk diriku. Bukan malas tapi takdak masa sebab aku rasa aku dah round satu Negeri Sabah untuk beraya. Okey, dalam entry yang lepas Lyeen meraung hiba sebab menanti waktu balik ke Sabah yang entah kapan tibanya! Hari ni, Lyeen dah terpacak lurus di Tawau.
20 Ogos 2011 hari tu bersamaan dengan 2 Syawal, Lyeen bertolak dari LCCT, KL ke KKIA. Dari IB, Lyeen gerak sekali dengan Floe, Liza (adik aku yang paling 'sweet') dan SSBF selaku ketua anak perantau yang balik di pagi raya..T_T
U all rasa mana satu adik aku? Yang besar-besar tu Floe a.k.a BFF aku. Ok! Nama pun BFF kau akan tahu tahap gila yang macam mana bila aku hidup dengan perempuan ini! Tapi aku suka sebab time naik teksi dari IB pergi KL Sentral dia yang bayar! Kalau aku tahu, aku terus suruh pak cik teksi tu terus pergi LCCT!
Flight Floe awal sikit dari Lyeen, tapi disebabkan aku takut dia hilang, aku temanlah dia datang awal-awal kat LCCT, sweet kan aku jadi geng dia?Hahahah...Flight Lyeen pukul 7.20 petang. Bila kaki aku naik tangga kapal tu aku bahagia plus-plus. Syukur aku dapat balik! Semua pramugari aku salam dengan pilot sekali aku salam! Aku tipu! Bila sampai KKIA, pak cik aku dah sedia dengan senyuman paling sweet.
Sabah! Kami balik!..air mata aku berjuraian tanpa henti sebab terharu!
Bila Lyeen masuk jer dalam kereta, sumpah mengantuk plus-plus. Tapi, perut lapar! Selepas menelan dengan bahagianya seketul burger. Lyeen start menutup mata. Aku pun tak tahu betapa terujanya aku tidur dari KKIA sampai Ranau aku langsung tak sedar! Aku hanya sedar bila kepala aku terhantuk time kereta pak cik aku buat U turn nak masuk simpang rumah! Bila sampai, barang-barang tak turun lagi, terus sambung tidur! Sebab time tu dah pukul 1 lebih okey! Bila aku bangun pagi, buka pintu! "Gunung Kinabalu depan aku!" Bukti tu gambar kat atas. Ranau super duper sejuk, air mandi pun aku rasa macam baru keluar dari peti ais!
Lepas mandi air dari peti ais tu, kami siap-siap nak balik Tawau pulak. Yeah. Aku memang jumpa anak Korea ni..Hahaha..Nur Alia Zahrah, budak ini super duper comel, tak takut orang dan paling penting mata dia gedabak! Aku suka! Korean look.Hahahaa...Bila aku dengan budak ni aku rasa aku turut merasai kecomelan itu. Yakinlah..T_T...Sangat penat okey duk dalam kereta mula jam 11 Pagi sampai 10 Malam. Aku rasa macam patung bila keluar dari kereta. Siap muka lebam plus biru-biru sebab asyik terhantuk depan cermin! Hadiah hari raya. Okey, kesimpulannya, raya ketiga aku di dalam kereta sahaja. Sampai rumah aku sambung tidur lagi. Jadi, raya tahun ni aku kaya dengan tidur!
Esok paginya, aku nak pakai baju raya baru...tapi abang aku cakap..
"Kita pigi pasar dulu beli barang untuk kenduri, tak payah pakai baju raya kau tu! Lagipun, raya keempat dah ni...basi dah baju raya kau.."
Aku menjeling lantas mencebik. Kalau ikutkan naluri adik derhaka aku, aku biar dia jalan sorang kat bandar Tawau. Biar sesat! Tapi, aku masih ada naluri adik solehah.Aku temanlah sebab dia belanja aku milo kotak besar! Hahaha..:) Aku teruja tengok bandar Tawau. Banyak berubah sebab dulu aku kecik-kecik! Sekarang aku dah besar-besar. Orang dah panggil aku kakak...T_T
Cerita raya tak banyak sangat sebab Lyeen tak sempat nak beraya di rumah family belah mak dan abah sebab sibuk prepare nak buat PBS. Hari ni dah PBS kedua di SK.Tanjung Batu Tawau. So, sekarang aku lebih dengan PBS berbanding raya..sedihhhhh..T_T. Sabtu ni dah nak balik KL. Apapun, Lyeen bersyukur sebab dapat beraya dengan family berbanding aku meratap gambar dibilik 302 asrama Lembah Pantai Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu itu...:'(
Motif: Bersyukur sebab dapat raya dengan mak ayah! Sila meraung siapa yang tak dapat balik raya..Kejam..T_T
(Tuan Ibrahim dan rombongan melihat tapak Masjid yang hendak dibina di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau)
KENINGAU: Selepas berjaya membina sebuah surau untuk sebuah pulau di Sandakan, misi dakwah PAS dikembangkan ke Keningau pula.
Kali ini, PAS melalui Lajnah Penerangannya, mahu membina sebuah masjid di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau, Sabah.
Semalam, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama rombongannya melihat tapak masjid itu bersama Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman.
Sebelum ini, melalui sumbangan orang ramai, PAS berjaya membina sebuah surau di Pulau Shanghai, setengah jam menaiki bot dari Sandakan.
Surau yang menelan belanja RM60,000 itu satu-satu surau yang berada di pulau itu walaupun banyak rumah PPRT yang dibina oleh kerajaan BN.
Kini, PAS sedang berusaha untuk membina sebuah masjid di kawasan pendalaman pula.
"Di kampung ini, masyarakatnya bercampur antara Islam dan Kristian. Mereka hidup dengan aman kerana mereka bersaudara mara antara satu sama lain.
"Namun yang menjadi masalahnya tiada surau di sini sedangkan ada dua buah gereja di kampung ini," kata Hishamudin, Ketua Penerangan PAS Sabah yang tinggal di Keningau.
Menurutnya, sumbangan boleh disalurkan melalui Pensiangan Muslim Care (Maybank 560090100246).
(Menyumbangkan bola sepak untuk anak muda)
Kampung Batu Luguyan terletak di bawah DUN Sook dan kawasan Parlimen Pensiangan. Kedua-dua wakil rakyat kawasan ini dari PBRS dan beragama Kristian iaitu Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan) dan Datuk Allaron Angin (Adun Sook).
Dalam ekpedisinya ke Keningau kali ini, Tuan Ibrahim turut melawat sekolah dan bertemu dengan penduduk tempatan.
Semasa meninjau Sekolah kebangsaan Tuarid Taud, Keningau yang terletak 5 km dari pusat pekan Keningau, kedaifan sekolah tersebut jelas kelihatan.
Pondok pengawal yang usang dan ada sebahagian pelajarnya bawah khemah sejak satu tahun lalu.
Ada juga kelas sementara yang dibina hasil sumbangan ikhlas guru guru dan inisiatif PIBG sekolah itu. Ia dibina untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belajar di bawah khemah.
Beliau juga meninjau bangunan baru yang saisnya 20 x 20 kaki yang akan menempatkan pelajar serai 30 orang satu kelas.
Ia sudah siap tetapi letrik belum disambung walau telah berbulan siap.
"Apakah benar kelas sekecil ini ni bernilai RM170,000 sebagaimana yg dihebahkan," soal Tuan Ibrahim.
Rombongan Tuan Ibrahim juga sempat bertemu dengan anak muda di Keningai. Beliau dan rombongan di sambut meriah di situ.
Sebagai tanda mata beliau sempat menghadiahkan bola sepak untuk kegunaan mereka.
Kunjungan beliau ke kampung-kampung Melayu juga mendapat sambutan yang meriah dari mereka.
Beliau diberikan kepercayaan untuk bertahnik tiga orang bayi di kampung itu.
Orang dah arwah. apa nak disebut-sebut lagi. Yang berlalu biorkan berlalu. letbaigonbibaigon"
Pak Wahid menyambung bual. ditoleh kepalanya sedikit ke kiri. mengesat air matanya yang meleleh tumpah.
Malu juga kalau nampak ke Najib Lazat dia tengah nangis. Sebagai brader-brader dalam scene 'metal' Kampung Kinabatangan. sedikit sebanyak tangisan ini akan menjatuhkan kredibiliti Pak Wahid Kordoba.
Yelah. Siapa tak kenal Wahid Kordoba. Main band kenduri kawen pun bedal lagu metallica.
Berbalik semula pokok cerita. kadijah Musa.
Nama yang pernah terpahat dalam hati Pak Wahid. rapatnya mereka bukan main-main bak hang. Tadika sama. masuk sekolah melayu sama. Fail SRP dulu pun. sama-sama.
Namun Tuhan lebih menyayangi Kadijah. Beliau menderita penyakit bronepalarephiladelphia.
Menurut kata doktor. ia sejenis penyakit 'rare'. simptom penyakit ini adalah pesakitnya akan tuit mende yang bukan-bukan. post gambo muka sendiri gedabak di laman sosial. kemudian poyo tahinya buat konon-konon tak lawo. sekelumit jerawat pun beliau akan rasa macam nak kiamat. Power. power sungguh simptomnya.
Ubat penyakit ini pula tak berapa nak ada. Panggil dukun pun.selambe saja dukun serender.
Tidak berapa lama menderita. Jasad Kadijah Musa terbujur layu di mahligai syahdu nan permai. Amboi.
Sejak dari itu.Pak Wahid tidak lagi pernah bercinta. Orang lain sibuk kahwin. Pak Wahid tenang main gasing cina. "Aku nampak dia kat rumah Tok Ketua tadi Wahid. Sumpah!"
Najib memecah lamunan Pak Wahid.bernada tegas. Boleh pula sambil tegas nya tu dia buka peti ais. lantas men'dogok' air Spritzer botol besar pak Wahid. Najib Lazat memang selambe.
"Kau jangan main-main Jib." -Pak Wahid tekan soalan.
"Ya Allah.Sumpah! Baru lepas maghrib tadi aku lalu rumah Tok Ketua. dia tengah hayun-hayun buai. Aku suit suit. Dia senyum gitu je."
"hantu kot" -Pak Wahid masih menekan.
"Aku dah periksa kaki. Dia pakai wedges butik Zalora.kaki dia cecah pasir. Orang tu Wahid.Orang."
Kedepang!keduk keduk keduk!
Tiba-tiba sesuatu menghempap atap rumah Pak Wahid. seakan-seakan berlari di atasnya.
Pak Wahid dan Najib Lazat saling memandang. kuat juga dentuman tadi. mengalah ke bunyi nangka jatuh.
"Babi punya kucing.Tak ada port lain nak jogging"
-marah Pak Wahid.
kesal dengan sikap sesetengah jiran yang jenis bior kucing merata. Bukan tidak minat ke kucing. Tapi pada hemat Pak Wahid. bukankah kucing itu seekor haiwan jinak dan manja. Yang patut dibela di dalam akuarium sahaja.
TELUPID – Penduduk di 10 kampung di daerah ini bakal menikmati bekalan elektrik menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon Enam Sabah.
Ketika mengumumkan perkara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata projek tersebut diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tempoh pelaksanaan bermula tahun ini hingga tahun depan.
Katanya, kampung tersebut adalah Kolopis Laut, Muanad 2, Muanad 3, Manduring, Dantun Hujung, Tambalang-Balang, Lidong, Penimbanan, Lubuk Dungun 2 dan Rumidi Lama.
Beliau berkata, ini adalah komitmen kerajaan untuk memberi kemudahan asas di kampung di luar bandar yang belum menikmati bekalan elektrik.
"Usaha ini akan dilaksanakan berterusan kerana kerajaan menyedari masih banyak kampung khususnya di daerah ini belum menikmati kemudahan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Barayong dekat sini, malam tadi.
Ronald, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkata pelaksanaan projek itu sejajar dengan komitmen kementerian terbabit di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara.
Katanya, pelaksanaan projek itu menepis dakwaan parti pembangkang yang pada masa sekarang giat masuk ke kampung luar bandar di daerah ini dan menjaja isu pembangunan untuk meraih sokongan.
Beliau berkata, kerajaan tidak bercakap kosong dalam melaksanakan pembangunan berkaitan penyediaan bekalan asas berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap serta berjanji kosong. – BERNAMA
Iklan Teks:
Berita Berkaitan:
Imported Rice Sufficient To Meet Aidilfitri Demand
Kerusi DUN, Parlimen Sabah Wajar Di Tambah
Sabah Belanja RM1.641 Bilion Untuk Pembangunan
Sabah Bukan Lagi Negeri Termiskin: PM
KPKK Sedia Bantu Jayakan Program Seni Sabah
Sabah Perlu Ramai Tenaga Profesional
Ongkili Sambut Baik Penubuhan RCI Di Sabah
Terkejut Terima Bil Lebih Sejuta Dolar
Barisan Nasional Akan Menang Di Sabah
Sabah Cukup Matang Tolak Hasutan Pembangkang
PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Kecurian ini berlaku di sebuah kedai runcit King Seng di Donggongon, Penampang Kota Kinabalu Sabah..perhatikan pada minit ke 3:40, bagaiamana lelaki berjaket hitam itu mengambil kesempatan mencuri bag tangan dibawah cashier yang sibuk melayan perempuan yang juga partner kepada lelaki berkenaan..
Menurut sumber, pasangan ini memiliki sebuah kereta Viva SAA935X, dan jika ada antara anda mengenali kereta dan pasangan ini sila hubungi Charlie Aloysius melalui facebooknya..atau klik disini..