ads

Rabu, 19 September 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BOXER KEDUT: Dejamoss <b>di Kinabatangan</b>. episod 3

Posted: 13 Jul 2012 07:04 PM PDT

"Kau Jib.

 Orang dah arwah.
 apa nak disebut-sebut lagi.
 Yang berlalu biorkan berlalu.
 letbaigonbibaigon"

Pak Wahid  menyambung bual.
ditoleh kepalanya sedikit ke kiri.
mengesat air matanya yang meleleh tumpah.

Malu juga kalau nampak ke Najib Lazat dia tengah nangis.
Sebagai brader-brader dalam scene 'metal' Kampung Kinabatangan.
sedikit sebanyak tangisan ini akan menjatuhkan kredibiliti Pak Wahid Kordoba.

Yelah. Siapa tak kenal Wahid Kordoba.
Main band kenduri kawen pun bedal lagu metallica.

Berbalik semula pokok cerita.
kadijah Musa.

Nama yang pernah terpahat dalam hati Pak Wahid.
rapatnya mereka bukan main-main bak hang.
Tadika sama.
masuk sekolah melayu sama.
Fail SRP dulu pun. sama-sama.

Namun Tuhan lebih menyayangi Kadijah.
Beliau menderita penyakit bronepalarephiladelphia.

Menurut kata doktor. ia sejenis penyakit 'rare'.
simptom penyakit ini adalah pesakitnya akan tuit mende yang bukan-bukan.
post gambo muka sendiri gedabak di laman sosial.
kemudian poyo tahinya buat konon-konon tak lawo.
sekelumit jerawat pun beliau akan rasa macam nak kiamat.
Power. power sungguh simptomnya.


Ubat penyakit ini pula tak berapa nak ada.
Panggil dukun pun.selambe saja dukun serender.

Tidak berapa lama menderita.
Jasad Kadijah Musa terbujur layu di mahligai syahdu nan permai.
Amboi.

Sejak dari itu.Pak Wahid tidak lagi pernah bercinta.
Orang lain sibuk kahwin.
Pak Wahid tenang main gasing cina.

"Aku nampak dia kat rumah Tok Ketua tadi Wahid.
 Sumpah!"

Najib memecah lamunan Pak Wahid.bernada tegas.
Boleh pula sambil tegas nya tu dia buka peti ais.
lantas men'dogok' air Spritzer botol besar pak Wahid.
Najib Lazat memang selambe.

"Kau jangan main-main Jib." -Pak Wahid tekan soalan.

"Ya Allah.Sumpah!
 Baru lepas maghrib tadi aku lalu rumah Tok Ketua.
 dia tengah hayun-hayun buai.
 Aku suit suit.
 Dia senyum gitu je."

"hantu kot" -Pak Wahid masih menekan.

"Aku dah periksa kaki.
 Dia pakai wedges butik Zalora.kaki dia cecah pasir.
 Orang tu Wahid.Orang."

Kedepang!keduk keduk keduk!

Tiba-tiba sesuatu menghempap atap rumah Pak Wahid.
seakan-seakan berlari di atasnya.

Pak Wahid dan Najib Lazat saling memandang.
kuat juga dentuman tadi.
mengalah ke bunyi nangka jatuh.

"Babi punya kucing.Tak ada port lain nak jogging"

-marah Pak Wahid.

kesal dengan sikap sesetengah jiran yang jenis bior kucing merata.
Bukan tidak minat ke kucing.
Tapi pada hemat Pak Wahid.
bukankah kucing itu seekor haiwan jinak dan manja.
Yang patut dibela di dalam akuarium sahaja.

Kemas juga pemikiran Pak Wahid ni.


"Kummmmmmmm~
 Kuuuummmmmmmmmm~~~
 Kummmmmmmmmmmmmmmmmmm~"

Tak semena-mena hilai salam dihulur dari luar rumah.
Pak Wahid dan Najib lantas berpelukan sesama sendiri.

Tengah-tengah seram cengginilah.
Najib boleh pula bedal kumat-kamit baca rukun negara.

(panjang sangat ni. karang bersambung lagi)

Dejamoss di Kinabatangan. episod 1
Dejamoss di Kinabatangan. episod 2

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved