10 di beluran - Google Blog Search |
10 kampung <b>Di Beluran</b> Nikmati Bekalan Elektrik | MyNewsHub Posted: 08 Jun 2012 10:10 PM PDT TELUPID – Penduduk di 10 kampung di daerah ini bakal menikmati bekalan elektrik menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon Enam Sabah. Ketika mengumumkan perkara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata projek tersebut diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tempoh pelaksanaan bermula tahun ini hingga tahun depan. Katanya, kampung tersebut adalah Kolopis Laut, Muanad 2, Muanad 3, Manduring, Dantun Hujung, Tambalang-Balang, Lidong, Penimbanan, Lubuk Dungun 2 dan Rumidi Lama. Beliau berkata, ini adalah komitmen kerajaan untuk memberi kemudahan asas di kampung di luar bandar yang belum menikmati bekalan elektrik. "Usaha ini akan dilaksanakan berterusan kerana kerajaan menyedari masih banyak kampung khususnya di daerah ini belum menikmati kemudahan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Barayong dekat sini, malam tadi. Ronald, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkata pelaksanaan projek itu sejajar dengan komitmen kementerian terbabit di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara. Katanya, pelaksanaan projek itu menepis dakwaan parti pembangkang yang pada masa sekarang giat masuk ke kampung luar bandar di daerah ini dan menjaja isu pembangunan untuk meraih sokongan. Beliau berkata, kerajaan tidak bercakap kosong dalam melaksanakan pembangunan berkaitan penyediaan bekalan asas berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap serta berjanji kosong. – BERNAMA Iklan Teks:Berita Berkaitan:Imported Rice Sufficient To Meet Aidilfitri Demand Kerusi DUN, Parlimen Sabah Wajar Di Tambah Sabah Belanja RM1.641 Bilion Untuk Pembangunan Sabah Bukan Lagi Negeri Termiskin: PM KPKK Sedia Bantu Jayakan Program Seni Sabah Sabah Perlu Ramai Tenaga Profesional Ongkili Sambut Baik Penubuhan RCI Di Sabah Terkejut Terima Bil Lebih Sejuta Dolar Barisan Nasional Akan Menang Di Sabah Sabah Cukup Matang Tolak Hasutan Pembangkang PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di beluran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan