ads

Rabu, 19 September 2012

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Cik Lyeen Cupcakes: Stay <b>di</b> KL,<b>Ranau</b>,Tawau jumpa Korean people!

Posted: 28 Aug 2012 03:18 AM PDT

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Aidilfitri dan Salam Cupcakes Raya Cokolat...
Entry pertama setelah sampai Sabah. Tahniah untuk diriku. Bukan malas tapi takdak masa sebab aku rasa aku dah round satu Negeri Sabah untuk beraya. Okey, dalam entry yang lepas Lyeen meraung hiba sebab menanti waktu balik ke Sabah yang entah kapan tibanya! Hari ni, Lyeen dah terpacak lurus di Tawau.
20 Ogos 2011 hari tu bersamaan dengan 2 Syawal, Lyeen bertolak dari LCCT, KL ke KKIA. Dari IB, Lyeen gerak sekali dengan Floe, Liza (adik aku yang paling 'sweet') dan SSBF selaku ketua anak perantau yang balik di pagi raya..T_T
U all rasa mana satu adik aku? Yang besar-besar tu Floe a.k.a BFF aku. Ok! Nama pun BFF kau akan tahu tahap gila yang macam mana bila aku hidup dengan perempuan ini! Tapi aku suka sebab time naik teksi dari IB pergi KL Sentral dia yang bayar! Kalau aku tahu, aku terus suruh pak cik teksi tu terus pergi LCCT!
Flight Floe awal sikit dari Lyeen, tapi disebabkan aku takut dia hilang, aku temanlah dia datang awal-awal kat LCCT, sweet kan aku jadi geng dia?Hahahah...Flight Lyeen pukul 7.20 petang. Bila kaki aku naik tangga kapal tu aku bahagia plus-plus. Syukur aku dapat balik! Semua pramugari aku salam dengan pilot sekali aku salam! Aku tipu! Bila sampai KKIA, pak cik aku dah sedia dengan senyuman paling sweet.
Sabah! Kami balik!..air mata aku berjuraian tanpa henti sebab terharu!
Bila Lyeen masuk jer dalam kereta, sumpah mengantuk plus-plus. Tapi, perut lapar! Selepas menelan dengan bahagianya seketul burger. Lyeen start menutup mata. Aku pun tak tahu betapa terujanya aku tidur dari KKIA sampai Ranau aku langsung tak sedar! Aku hanya sedar bila kepala aku terhantuk time kereta pak cik aku buat U turn nak masuk simpang rumah! Bila sampai, barang-barang tak turun lagi, terus sambung tidur! Sebab time tu dah pukul 1 lebih okey! Bila aku bangun pagi, buka pintu! "Gunung Kinabalu depan aku!" Bukti tu gambar kat atas. Ranau super duper sejuk, air mandi pun aku rasa macam baru keluar dari peti ais! 
Lepas mandi air dari peti ais tu, kami siap-siap nak balik Tawau pulak. Yeah. Aku memang jumpa anak Korea ni..Hahaha..Nur Alia Zahrah, budak ini super duper comel, tak takut orang dan paling penting mata dia gedabak! Aku suka! Korean look.Hahahaa...Bila aku dengan budak ni aku rasa aku turut merasai kecomelan itu. Yakinlah..T_T...Sangat penat okey duk dalam kereta mula jam 11 Pagi sampai 10 Malam. Aku rasa macam patung bila keluar dari kereta. Siap muka lebam plus biru-biru sebab asyik terhantuk depan cermin! Hadiah hari raya. Okey, kesimpulannya, raya ketiga aku di dalam kereta sahaja. Sampai rumah aku sambung tidur lagi. Jadi, raya tahun ni aku kaya dengan tidur!
Esok paginya, aku nak pakai baju raya baru...tapi abang aku cakap..
"Kita pigi pasar dulu beli barang untuk kenduri, tak payah pakai baju raya kau tu! Lagipun, raya keempat dah ni...basi dah baju raya kau.."
Aku menjeling lantas mencebik. Kalau ikutkan naluri adik derhaka aku, aku biar dia jalan sorang kat bandar Tawau. Biar sesat! Tapi, aku masih ada naluri adik solehah.Aku temanlah sebab dia belanja aku milo kotak besar! Hahaha..:) Aku teruja tengok bandar Tawau. Banyak berubah sebab dulu aku kecik-kecik! Sekarang aku dah besar-besar. Orang dah panggil aku kakak...T_T
Cerita raya tak banyak sangat sebab Lyeen tak sempat nak beraya di rumah family belah mak dan abah sebab sibuk prepare nak buat PBS. Hari ni dah PBS kedua di SK.Tanjung Batu Tawau. So, sekarang aku lebih dengan PBS berbanding raya..sedihhhhh..T_T. Sabtu ni dah nak balik KL. Apapun, Lyeen bersyukur sebab dapat beraya dengan family berbanding aku meratap gambar dibilik 302 asrama Lembah Pantai Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu itu...:'(
Motif: Bersyukur sebab dapat raya dengan mak ayah! Sila meraung siapa yang tak dapat balik raya..Kejam..T_T

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved