ads

Isnin, 20 Februari 2012

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kaunter khas BR1M <b>di Keningau</b>

Posted: 19 Feb 2012 03:03 PM PST

KENINGAU 19 Feb. – Seramai 11,236 orang ketua isi rumah bagi kawasan Bingkor dan Liawan dekat sini sudah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 bagi setiap penerima sehingga proses agihan fasa keempat bantuan tersebut hari ini.

Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof berkata, proses pembayaran BR1M secara tunai itu dilakukan di pusat agihan pada hujung minggu dan di lokasi yang jauh dari bank.

Katanya, langkah itu bagi memudahkan penerima menunaikan baucar tanpa menunggu masa yang lama untuk ke bank yang dilantik, apabila urus setia menyediakan kaunter khas pembayaran oleh bank yang dilantik oleh kerajaan.

"Memang ada penerima yang senarai namanya tidak termasuk di kawasan tempat mereka tinggal, tetapi tersenarai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain dalam daerah ini.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan mereka yang belum menerima surat tawaran BR1M untuk membuat semakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pejabat Daerah Keningau bagi memudahkan mereka menyemak senarai nama dan mengetahui kawasan pusat pengagihan yang telah ditetapkan," katanya di sini hari ini.

Amat berkata demikian selepas meninjau pengagihan BR1M fasa keempat di Dewan Masyarakat Keningau itu.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Sairin Karno dan Pemaju Mukim Lingkudau, Amir Jani.

Proses agihan fasa keempat berjalan lancar dengan lebih 600 ketua isi rumah menerima baucar serta wang tunai RM500 di kaunter bayaran yang dibuka oleh pengurusan Bank Bumiputera Commerce (CIMB) Cawangan Keningau.

Sairin berkata, setiap penerima yang sudah mendapat BR1M dinasihat menyampaikan maklumat yang tepat kepada ketua isi rumah di kampung masing-masing yang belum berbuat demikian agar peka terhadap jadual agihan dan menuntut bantuan tersebut di kaunter penerimaan.

Beliau berpuas hati dengan proses agihan yang berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada petugas di semua pusat agihan bantuan itu.

"Saya harap tempoh agihan BR1M akan dilanjutkan agar semua masalah berhubung bantuan ini dapat diatasi, termasuk yang belum tersenarai, tetapi masih boleh mengemukakan dokumen sokongan pada bila-bila masa," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved