10 di keningau - Google Blog Search |
Bertemu <b>di</b> Seri <b>Keningau</b> Posted: 18 Jun 2011 07:20 PM PDT
SERI Keningau menjanjikan masakan Melayu pelbagai ragam meliputi masakan dari seluruh pelosok tanah air. Kepelbagaian itu sekali gus memberi pilihan kepada pengunjung untuk menikmati juadah bergantung kepada selera saat itu. Puluhan masakan kampung yang tersedia membuatkan mata rambang membuat pilihan. Ada ayam masak merah, sambal goreng Singapura, nangka masak lemak, kari ayam, ikan bakar, dan himpunan sayuran yang macam-macam. Sejam di Restoran Keningau terbaru di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor baru-baru ini cukup mengenyangkan apabila semua juadah tersebut disediakan di dalam sebuah pinggan besar. Pengarah Urusan Seri Keningau, Basuni Hamim berkata, pihaknya amat cerewet dalam memastikan kualiti setiap hidangan. "Semua makanan dijual dengan harga berpatutan. Kami memang menyediakan juadah paling sedap, segar dan terbaik," kata Basuni. Lelaki berasal dari Klang, Selangor itu turut menawarkan tiga hidangan terbaik kepada pengunjung selain hidangan lauk-pauk sedia ada. Menu itu adalah mee udang dengan harga RM7, char kue tiau (RM4) dan nasi mandi (RM15) yang masing-masing punyai rasa tersendiri. Contohnya mee udang menggunakan bahan mentah paling segar. Kuah yang siap tersedia cukup mewah dengan kemanisan udang. Begitu juga dengan rasa char kuetiau di Seri Keningau. Cukup sempurna dipadankan dengan telur mata kerbau. Sementara keenakan nasi mandi umpama menikmati juadah nasi Arab apabila dicicah dengan sambal pelengkap juadah. Restoran Seri Keningau dibuka setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam. Selain di Seksyen 13, Shah Alam, pengunjung boleh menikmati masakan tersebut di cawangannya yang lain termasuk di Keningau, Tawau di Sabah, Bandar Baru Klang dan Seksyen 18, Shah Alam (Selangor). Restoran tersebut juga giat mempromosikan Kentang Ball berintikan daging yang digoreng dengan telur. Menu itu dihidangkan bersama sup. Begitu juga dengan masakan ayam masak putih menggunakan bahan mentah dari organik yang cukup sihat. Dalam perkembangan lain, Seri Keningau juga menyediakan perkhidmatan tempahan. Antara juadah paling kerap menjadi pilihan adalah daging dendeng, ayam goreng berempah, daging masak cili padi dan udang masak mentega. Semuanya ditawarkan dengan harga berpatutan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
NADI KEHIDUPAN <b>KENINGAU</b> TERANCAM Posted: 18 Jun 2011 11:58 PM PDT Oleh: KREW SABAHKINI.NET (BINGKOR) SUNGAI Babayo merupakan 'nadi kehidupan' iaitu sumber air utama kepada penduduk di Keningau, terutama sekali kepada penduduk di Mukim Bingkor, Apin-Apin dan Keningau. Sungai ini merupakan salah satu daripada sungai yang mempunyai kualiti air yang bermutu tinggi dan jernih di daerah Keningau sehingga menjadi tempat bagi penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih. Selain untuk kegunaan pertanian dan pengairan, sumber air daripada sungai ini digunakan untuk memasak, membasuh, mandi, air minuman dan sebagainya. Berikutan kebimbangan kerosakan dan pencemaran yang mungkin akan berlaku terhadap Sungai Bayayo, Ahli Jawatankuasa Pemikir, Koperasi Kelapa Sawit Kandang Besar Bhd. di Bingkor, Jonathan Likoh, menyuarakan pendapat beliau sewaktu ditemui baru-baru ini menyatakan bahawa; "perlu ada agen atau organisasi khas daripada pihak kerajaan untuk memantau perkembangan atau penerokaan hutan yang kian rancak diadakan di kawasan hulu Sungai Bayayo untuk menjaga dan memelihara bekalan sumber air di Bingkor." Katanya lagi, ketika ini boleh dilihat terdapat beberapa individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab telah mula meneroka kawasan hutan berbukit di sekitar hulu sungai Bayayo. "Mereka ini telah mula meneroka hutan untuk tujuan perladangan seperti penanaman kelapa sawit secara besar-besaran dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya tanpa membuat penilaian dan perancangan alam sekitar terlebih dahulu," ujar Jonathan. Aktiviti perladangan seperti ini, kata Jonathan, pada amnya dilihat amat menguntungkan dan dapat menjana pendapatan dan ekonomi di kawasan Bingkor. Namun terdapat pelbagai kesan buruk yang mungkin akan terjadi jika aktiviti penerokaan itu tidak dirancang dengan betul atau dilakukan dengan sesuka hati. Menurut beliau, penerokaan hutan akan membawa kepada aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan. Ini akan menyebabkan kitaran hidrologi di kawasan penerokaan tersebut menjadi tidak stabil dan terjejas. Aktiviti pembalakan, kata Jonathan, juga akan mengakibatkan kekurangan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan kandungan paras air di dalam tanah tersebut sehingga menjejaskan kawasan tadahan air dan sumber bekalan air kepada sungai Bayayo. "Kesan lain daripada aktiviti pembalakan ini juga akan menyumbang kepada kesan larian air permukaan yang akan membawa banyak lumpur atau kelodak ke dalam sungai," kata Jonathan yang kesal kerana aktiviti haram berkenaan akan menyebabkan kualiti, kejernihan air dan sifat fizikal air terjejas serta akan menyebabkan mendapan sungai. Katanya lagi, Sungai Bayayo yang merupakan sumber bekalan utama air kepada penduduk di Bingkor mungkin akan tercemar dan terjejas akibat daripada aktiviti penerokaan hutan tersebut, termasuk menghanyutkan bahan kimia dan racun serangga ke dalam sungai sehingga menjadi tempat pembuangan toksik. "Diharap wakil-wakil rakyat kawasan DUN Bingkor, Liawan dan Parlimen Keningau serta agensi-agensi kerajaan dapat membendung perkara ini daripada berlaku. Sungai adalah khazanah alam sekitar yang harus dijaga untuk generasi kita di masa hadapan, bukan hanya untuk dihari tua pihak-pihak tertentu," kata Jonathan lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di keningau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan