10 di keningau - Google Blog Search |
Wanita ditemui mati <b>di</b> rumahnya | my Sarawak – News coverage <b>...</b> Posted: 01 Sep 2011 05:25 PM PDT Posted on 02 September 2011. PENAMPANG: Tindakan seorang wanita yang menolak pelawaan rakan-rakannya untuk beraya di Keningau rupanya membawa petanda buruk apabila dia ditemui mati di kediamannya di Bundusan Villa di sini petang Rabu lepas. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, teman lelaki mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata dia pada mulanya membuat keputusan untuk melawat mangsa, Norjanah Mulut, 26, kerana mangsa sebelum ini memberitahunya bahawa dia tidak sihat. "Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat dia (mangsa) dalam keadaan tidak sedarkan diri. Saya cuba mengejutkannya tetapi gagal lalu saya terus menghubungi ambulan," katanya sambil menambah salah seorang kakitangan ambulan yang tiba kira-kira jam 6.15 malam kemudiannya memberitahu bahawa mangsa sudah tidak bernyawa lagi. Menurutnya, mangsa sebelum ini membuat keputusan untuk berehat di rumahnya kerana mengadu tidak sihat dan terpaksa menolak pelawaan rakannya yang lain untuk beraya di Keningau. Sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu turut berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mayat mangsa juga telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya. |
You are subscribed to email updates from di keningau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan