Kami masih berada di kundasang war memorial..luas juga kawasan ini,penat kaki menjelajah ke setiap taman..taman2 di sini diberi nama sempena nama negara yg menjajah sabah seperti taman australia dan taman britain…
Di sini kami hanya mengambil gambar dan melihat view yg cantik sekitarnya..
Kami mahu keluar dari kawasan ini dan akan pergi ke Poring Hotspring di Ranau..di sana ada kolam air panas dan sejuk..air kolam tu datangnya dari kaki gunung kinabalu..tentu sejuk air gunung…tapi air panas pun ada..dari kundasang ke ranau kira2 setengah jam perjalanan..
Terjumpa pula satu tempat berehat yang santai..ada seekor anjing terikat di satu tempat..apalagi bergambar sebelum meninggalkan tempat ini…
Kuat sangat tu nak angkat batu…hehe
Terus ke ranau menuju ke Poring Hotspring..untuk berendam dengan air kaki gunung..
Dah ready untuk berendam..
Seronoknya mandi manda..cuma airnya sejuk sedikit..ada banyak kolam di sini..ada yang free masuk dan ada yang berbayar..di tempat yang free agak ramai orang..jadi kami memilih kolam yang berbayar..iaitu seorang rm3 sejam..di kolam berbayar ini tidak ramai orang jadi selesa untuk mandi manda..airnya jernih dan bersih..ada petugas yang menjaga keselamatan pengunjung..kolam yang paling dalam ialah 6m dalamnya..kami mandi di kolam yang dalamnya 4.5 m..
Kasihan salman tidak dapat mandi bersama2 kerana matanya belum pulih lagi kerana luka dek kesan libasan kertas ..doktor menasihati supaya berhati2 supaya tidak terkena jangkitan kuman..
Jadi sesiapa yang berkunjung ke sabah terutama jika ke daerah kundasang mesti berkunjung kesini..seronok mandi manda..airnya sangat bersih,jernih, segar dan sejuk..
Kami sudah kesejukkan..sejam sudah cukup..puas rasanya..kami pergi menukar baju di tempat yang disediakan..
Bersiap sedia untuk balik..penat seharian berjalan dari kk pagi tadi..kami mahu pergi check in di hotel cottage di kundasang..
Anak sungai di bawah jambatan menuju ke poring hotspring…
Gunung kinabalu semakin diliputi kabus..jika kabus tebal tidak dapat melihat gunung tertinggi di asia tenggara itu..sebelum balik kami singgah di pekan ranau..agak besar juga pekannya..kami singgah di restoren orang melayu untuk mengisi perut yang lapar selepas berendam..kami makan roti canai ..sangat sedap rasa roti canai di sini..kari nya pun sedap..esok sebelum balik ke bandar kk..kami akan datang ke sini lagi…sebelum beredar kami menapau nasi,sayur dan ayam goreng untuk makan malam nanti..
Sudah sampai di cottage hotel..agak kecil biliknya..kecil2 pun rm250 semalam..okay lah untuk menumpang tidur satu malam..boleh juga dari kundasang balik semula ke bandar kk,cuma 2 jam perjalanan..tapi kami ingin bermalam di kundasang,ingin merasai suhu sejuk di sini juga ingin melihat panorama waktu pagi di kaki gunung ini..semua mandi dan berehat…zzzzzzzzzzz
Like this:
Like Loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan