ads

Rabu, 3 Oktober 2012

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: PENSIANGAN NIKMATI GAGASAN 1MALAYSIA

Posted: 01 Oct 2012 10:21 PM PDT

PENSIANGAN : Pensiangan, sebuah pekan kecil di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 120 kilometer dari Keningau, kini mengalami pembangunan rancak berikutan pelbagai dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan untuk manfaat rakyat.
Kawasan pedalaman seluas lebih 6,000 km persegi dengan penduduk lebih 20,000 orang itu menerima hasil pembangunan yang sangat ketara sekali berbanding beberapa dekad yang lalu.
Semasa membandingkan kawasan itu yang sebelum ini berhutan tebal dan kini berubah wajah, Anggota Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup berkata usaha menangani masalah kemiskinan adalah agenda utama Barisan Nasional, (BN) khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan.
"..kini projek pembinaan jalan raya, pembangunan desa, kemudahan asas seperti loji air, bekalan elektrik, bantuan projek perumahan rakyat dan sebagainya sedang dijalankan dan ada yang telahpun siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita ketika meninjau loji air daerah Nabawan bersama 20 peserta Kembara Media 1Malaysia dalam satu program anjuran Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah di sini, semalam.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata pembinaan tiga loji utama yang telah dan sedang dilaksanakan itu mampu menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk sekitar terutama di daerah Sook, Nabawan dan Pegalungan.
Katanya, kerajaan membelanjakan RM96 juta bagi membina loji air di Pegalungan yang dijangka siap Mei tahun depan manakala loji air Pinipi di Tulid, Sook berharga RM98 juta dan kini 80 peratus siap pula dijangka beroperasi Mac tahun depan.
"Antara tumpuan utama lain adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat melibatkan cadangan pembinaan jalan raya dari Sepulot hingga ke Kalabakan dan pembinaan dua sekolah menengah baharu di Dalit," katanya.
Kurup turut berharap penduduk kawasan Pensiangan akan menerima manfaat daripada Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat lepas bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, kesihatan serta bantuan dan insentif rakyat. (Bernama)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved