ads

Sabtu, 3 September 2011

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


sabahkini.net: BLOGGER SOLYMONE SERTAI MANDAT <b>TUARAN</b>

Posted: 01 Sep 2011 05:52 PM PDT


Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MAJLIS Bertindak Deklarasi Suara Anak-Anak Daerah Tuaran (MANDAT) sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru ditubuhkan terus mendapat sokongan apabila Blogger Solymone yang mengendalikan Blog Suara Bebas Tuaran yang juga mantan Jurutera di Jabatan Kerjaraya Sabah (JKR) atau nama sebenarnya, Ir Ajin Gagah menawarkan diri untuk menjadi ahli persatuan itu.

Ajin yang kini memiliki syarikat perniagaanya sendiri ketika ditemui di kediamanya di Tenghilan baru-baru ini, menyokong dan bersetuju dengan intipati perjuangan digariskan oleh MANDAT bagi mencari kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah salah guna kuasa, kronisme serta mengukuhkan perpaduan antara penduduk pelbagai kaum.

"Saya bersyukur kerana telah menjadi pegawai kerajaan sekian lama dan hasilnya pelbagai pengalaman ditimba terutama dalam merungkai masalah dihadapi pegawai, pemimpin serta orang ramai. Jadi dengan penubuhan MANDAT di Tuaran ini akan menjadi saluran kepada ahli dan orang ramai untuk menyampaikan mesej kepada yang berwajib agar mendapat perhatian sewajarnya; sejajar dengan kehendak dan aspirasi penduduk setempat," kata Ajin yang menghargai usaha penubuhan MANDAT.

Beliau yang pernah bertanding dalam Pilihanraya di Kawasan Parlimen Tuaran pada tahun 2004 menyatakan, penubuhan MANDAT di Tuaran memiliki perjuangan murni yang bertujuan agar semua pihak menyedari dan memperakui serta menghormati hak-hak dan pentadbiran kerajaan selaras dengan prinsip demokrasi serta nilai-nilai manusia sejagat.

"MANDAT yang akan menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang benar-benar telus dan bertanggungjawab, cekap, bebas rasuah dan bebas kronisme, bersih dan ikhlas serta adil dan saksama; sewajarnya disokong dan disertai oleh pelbagai profesional agar perjuangannya dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat di Tuaran," kata Ajin yang setakat ini tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.

Sementara itu Timbalan Pengerusi MANDAT, Mohammad Haji Nanti ketika menyambut baik kesudian Ajin menyertai persatuan itu berkata, dengan penyertaan seorang profesional dalam gerakan NGO ini menandakan usaha untuk menyampaikan kepada pihak berwajib berkaitan melonjakan terhadap kedudukan sosio ekonomi, pendidikan dan budaya agar dapat dilestarikan dalam kehidupan rakyat setempat dengan lebih saksama dan progresif dapat dijayakan.

"Kita dalam MANDAT amat menyedari banyak kekurangan yang perlu dipenuhi oleh pimpinan tempatan, oleh itu perjuangan NGO ini yang mendukung suatu dasar ekonomi yang dapat meningkat dan meneruskan suatu tahap kehidupan yang tinggi untuk seluruh penduduk pelbagai lapisan; berasaskan prinsip-prinsip kesaksamaaan dan seimbang, selaras dengan kewibawaan kewangan kerajaan yang stabil masa kini, meminta ia dimanfaatkan pimpinan setempat dengan sebaik mungkin," kata Mohammad yang pernah menjadi Pencadang Calon Barisan Nasional (BN) bagi Kawasan Sulaman dalam pilihanraya tahun 2004.

Mohammad yang disertai oleh Pengerusi MANDAT Marsah Muyong; Setiausaha Haji Ghulabdin Enjih dan Bendahari Haji Awang Puasa telah mengunjungi Ajin untuk menyatakan kesediaan menerimanya menjadi ahli dan akan melantik beliau sebagai Penasihat MANDAT.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved