ads

Isnin, 12 September 2011

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Pekadin sokong wujud kampus UMS <b>di Keningau</b> | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2011 06:34 PM PDT

Posted on September 12, 2011, Monday

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menyifatkan keputusan kerajaan untuk mewujudkan kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Keningau, bahagian pedalaman Sabah, sebagai langkah bijak serta sesuai dengan tuntutan semasa.

Penasihat Pekadin, Latif Kandok berkata pengwujudan kampus cawangan itu akan membolehkan lebih ramai pelajar luar bandar berpeluang meneruskan pelajaran hingga ke peringkat menara gading.

"Ini merupakan idea yang baik, sekaligus membuktikan kerajaan benar-benar mengutamakan kepentingan pelajar luar bandar atau pedalaman selaras dengan aspirasi 1Malaysia.

"Apa juga inisiatif yang baik untuk rakyat kita sokong dan Pekadin berharap kampus cawangan UMS itu dapat membantu merancakkan lagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Latif berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan UMS mewujudkan kampus cawangan di Keningau yang mana projek pembinaannya dijangka bermula penghujung tahun ini.

Jumaat lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dipetik berkata bahawa kerajaan Sabah bersedia meluluskan permohonan UMS untuk mendapatkan kawasan tanah seluas 12 hektar di Kampung Apin-Apin, Keningau yang sudah dikenal pasti untuk tujuan itu.

"Selain kampus induk UMS di Kota Kinabalu yang tersergam indah, UMS juga ada cabang di Labuan dan Sandakan yang sekarang ini hampir siap, dan InsyaAllah kampus cawangan Keningau akan mula dibangunkan tidak lama lagi," kata Musa.

Untuk permulaan, kampus cawangan Keningau hanya menawarkan program asasi sains.

Sementara itu, Latif turut berharap agar kerajaan dapat mempercepatkan penubuhan Kolej KDM di Sabah.

Pada 21 Mei lepas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengumumkan bahawa Kolej KDM akan dibina di kawasan Kaingaran, Tambunan.

Beliau berkata, pegawai daerah Tambunan telah diarah untuk mengenalpasti lokasi sebenar pembinaan kolej itu.

"Saya sendiri akan buat tindakan susulan (follow-up) perkara ini dengan pihak yang berwajib untuk memastikan cadangan penubuhan Kolej KDM ini dapat direalisasikan," kata Pairin.

UMS Tambah Kampus <b>Di Keningau</b> Dan Hospital Universiti UMS <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 01:06 AM PDT

KOTA KINABALU 9 Sept. – Dua projek pembangunan bagi Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memantapkan bidang pengajian tinggi di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, ia merangkumi pembinaan kampus UMS cawangan Keningau dan hospital universiti untuk melengkapkan kewujudan Sekolah Perubatan di universiti tersebut.

Musa yang juga Pro Canselor UMS berkata, bagi kampus cawangan Keningau, sebidang tanah seluas 12 hektar telah dikenal pasti di Kampung Apin-Apin bagi membina kampus tersebut.

"Pemilihan Keningau sebagai lokasi tersebut dibuat kerana ia sesuai sebagai pusat asasi dan penyelidikan pertanian serta penternakan, malah ia terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis lafaz ikrar dan akujanji siswa siswi baru UMS dan minggu suai mesra sesi 2011/2012 di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Seri Kamaruzaman Ampon.

Mengulas lanjut, Musa berkata, pembinaan Hospital Universiti UMS pula akan bertindak sebagai pusat latihan dan praktikal kepada pelajar yang mengambil jurusan perubatan.

Jelasnya, pembinaan dua buah projek tersebut akan melengkapkan UMS sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang menjadi tumpuan pelajar, sama ada dalam atau luar negara.

Katanya, UMS ketika ini sudah mempunyai beberapa cawangan seperti UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) dan kampus cawangan Sandakan, selain memiliki pusat penyelidikan sendiri seperti pusat penyelidikan Bio Banjaran Crocker di Kimanis, Pusat Khidmat Kesihatan di Matunggong, Kudat dan Pusat Penyelidikan Marin di Semporna.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved