ads

Sabtu, 14 April 2012

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


BUGIS <b>SABAH</b> MESTI ADA WAKIL <b>DI</b> DALAM RCI DAN <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 06:40 PM PDT

Beberapa artikel penulis sebelum ini mendapat respon dari pembaca di Sabah. Namun pagi ini, penulis tersentak membaca artikel di bawah. Bagaimanakah YB Jimmy Wong, DAP, Sri Tanjung boleh diberi harapan permohonannya menjadi Anak Negeri Sabah. Bagaimanakah masyarakat Bugis Sabah yang sudah beratus tahun atau berpuluh tahun yang lahir di Sabah, ibu bapa mereka lahir di Sabah, ibu bapa mereka berada di Sabah sebelum tahun 1957, atau sebelum tahun 1963, atau ibu bapa mereka yang bekerja dengan Kerajaan British di Sabah, bersekolah dari Tadika hingga bekerja dan banyak lagi kategori...apakah beza mereka ini dengan YB Jimmy Wong ini.

Baca Laporan berita di bawah,

Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan


KOTA KINABALU 28 Mac — Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong daripada, Jimmy Wong.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri ahli DAP tersebut atas beberapa faktor.
Beliau berkata, ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.
"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.
"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.
Bagaimanapun, Hajiji berkata, keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas. — BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penulis ingin mencadangkan supaya wakil-wakil Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS), Bugis Sabah, Persatuan Rumpun Melayu Bugis Malaysia, Kecapi dan lain-lain NGO Bugis supaya mengambil bahagian di dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan DiRaja) dan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kedua-dua saluran ini akan memberi banyak keuntungan kepada masyarakat Bugis di Sabah.
Hanya pandangan penulis, kita mestilah akur kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Jika Rexy Mainaky dari Indonesia, Yuan Yu Fuang dari China dan banyak lagi yang diberi taraf kerakyatan Malaysia kerana sumbangan mereka kepada negara Malaysia, maka anda yang sememangnya layak sudah tentu tidak mempunyai masalah. Hanya nasehat penulis, ikuti segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

<b>Sabah</b> Today.com » Blog Archive » UCAPAN PENGGULUNGAN <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 05:29 AM PDT

Tuan Speaker,

1.    Terlebih dahulu, izinkan saya  untuk merakamkan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan Usul Ucapan Terima Kasih ke atas Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah pada 22 Mac 2012, terutama sekali mengenai dengan perkara-perkara yang menyentuh tanggungjawab-tanggungjawab di bawah Kementerian saya.  Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah di atas Ucapan Dasar Kerajaan pada hari khamis, 22 Mac 2012 yang lalu.

2.    Perkembangan dan kemajuan perdagangan dan pelaburan di Sabah secara khusus  dan di Malaysia amnya banyak dipengaruhi oleh keadaan dan persekitaran ekonomi sedunia.   Jika tanda-tanda pemulihan yang sedang berlaku di Eropah dan di Amerika Syarikat berterusan dan bertambah stabil maka ianya akan memberikan impak yang positif kepada kita dan sudah tentu akan merancakkan suasana perdagangan dan pelaburan.

3.    Dalam hebahan rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Sabah merupakan Negeri ketiga yang tertinggi menerima kemasukan pelaburan dalam pelbagai sektor dengan mencatat nilai pelaburan sebanyak RM13.7 billion sepanjang tahun 2011.

4.    Ini menunjukkan bahawa Negeri Sabah merupakan destinasi pelaburan yang menarik.    Meskipun kita masih menghadapi beberapa kekurangan tetapi potensi yang terdapat di Negeri Sabah terus menjadi daya tarikan kepada para pelabur  dari dalam dan luar negara.

5.    Dengan tersedianya beberapa komoditi utama seperti kelapa sawit, minyak dan gas serta potensi aktiviti-aktiviti Tenaga Boleh Baharu (Renewal Energy,) saya yakin Sabah dalam sedikit masa lagi akan menjadi Negeri yang utama bagi kemasukan pelaburan yang lebih besar.  Ini termasuklah projek-projek permulaan di bawah ETP (Economic Transformation Programs) seperti yang telah digariskan di dalam Ucapan Dasar oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri pada 22 Mac yang lalu.

6.    Kemakmuran, kesejahteraan, keamanan, perpaduan, kestabilan dan kebijaksanaan pucuk pimpinan Negeri Sabah tertutama sekali Yang Amat Berhormat Ketua Menteri  merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian ini.    Sukalah saya menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa sokongan padu dan mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah kepada Kerajaan selama ini telah membolehkan kita menikmati pembangunan yang menyeluruh dan setiap dari kita tiada yang tertinggal.

7.    Saya pasti rakyat keseluruhan akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada Kerajaan dan kepimpinan yang dinamik dan berpandangan jauh.

8.    Kementerian saya akan terus melipatgandakan usaha untuk mempromosi perdagangan dan pelaburan untuk Negeri Sabah.  Kita akan terus melibatkan diri di dalam expo-expo perdagangan atau menganjurkannya samada yang diadakan di peringkat Negeri atau di peringkat Antarabangsa.    Selain mempromosi produk-produk keluaran tempatan, kita juga mempromosi potensi pelaburan Negeri Sabah.

9.    Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di atas cadangan-cadangan, idea-idea serta komen-komen yang membina sepanjang dewan ini bersidang.

10.    Bagi menjawab cadangan Ahli Yang Berhormat dari Gum-Gum, SEDCO melalui anak syarikat Perkasa Realty telah pun menyiapkan kerja-kerja  infrastruktur di atas kawasan seluas 5 ekar di Sungai Tiram dengan kos RM939,600 dan pembinaan lapan unit dua tingkat rumah kedai  akan dibina pada tahun 2014.

11.    Sementara pihak SUDC telah juga merancang untuk membangunkan  satu blok 10 pintu premis kedai di kawasan Gum-Gum.

12.    Mengenai cadangan pembinaan pusat-pusat R & R (Rest and Retreat) tambahan di sepanjang lebuhraya Pantai Timur ke Pantai Barat, pihak SEDCOVEST merancang pembinaannya merangkumi lokasi di Maliau Basin, Jalan Nabawan-Kalabakan. Ini adalah tambahan kepada yang sudah dibina di Batu 32, Ulu Dusun Sandakan, Kampung Paris di Kinabatangan, Balung di Tawau dan Bundu Tuhan di Ranau.

13.    Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat N13 Inanam supaya memberikan 100 ekar dari tanah di Kayu Madang  untuk menempatkan generasi seterusnya bagi penduduk yang terlibat dengan pembangunan KKIP, suka saya menyatakan di   Dewan yang mulia ini, bahawa pada 22 Mac 2011 Mahkamah  Persekutuan telah memutuskan kes Suit No K22-181/2002 mengenai pertikaian tanah seluas 749 ekar di Kayu Madang ianya telah memihak kepada Kerajaan Negeri dan keputusan ini adalah muktamad.

14.    Bagi pihak KKIP pada ketika ini telah mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk  mendapatkan sebahagian dari kawasan tersebut. Pada ketika ini pihak KKIP belum dapat memberikan apa-apa kepastian ke atas cadangan Ahli Yang Berhormat dari Inanam sehingga KKIP mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri.

15.    Menyentuh saranan Ahli Yang Berhormat dari Tungku untuk menggalakkan lebih banyak kilang memproses rumpai laut, suka saya menyatakan di dewan ini bahawa industri pemprosesan rumpai laut merupakan industri yang baru. Setakat ini hanya terdapat dua buah kilang yang memproses rumpai laut kering di Sabah, iaitu Syarikat Tacara (takara) dan Syarikat Omnigel.

16.    Kapasiti pengeluaran kedua-dua kilang ini ialah 2,000 tan sebulan atau 24,000 tan setahun tetapi bekalan bahan mentah yang diperolehi dari dalam negeri hanya 23,000 tan. Pada ketika ini kedua-dua kilang tersebut hanya berupaya beroperasi dengan kapasiti pengeluaran sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.  Mereka terpaksa mendapatkan  bekalan bahan mentah dari luar negara seperti Indo-China, Filipina dan Indonesia.

17.    Oleh hal demikian kemajuan industri  ini banyak bergantung kepada inisiatif pihak swasta dan tersedianya bekalan bahan mentah yang mencukupi.

18.    Sebelum  saya mengakhiri ucapan penggulungan ini,  saya merayu agar semua pihak dari berbagai peringkat dan sektor hendaklah mengembling tenaga dan usaha untuk mengujudkan suasana mesra perniagaan, perdagangan dan pelaburan.

19.    Yakinlah bahawa potensi yang ada di Negeri Sabah akan menjadi idaman para pelabur yang sedang mencari peluang di merata tempat di seluruh dunia. UNCTAD dengan izin (United Nations Conference on Trade and Development) telah mengunjurkan bahawa pengaliran FDI dengan izin (Foreign Direct Investment) dijangka meningkat dari US$1.6 trillion pada tahun 2011 kepada US$1.7 trillion dalam tahun 2012 dan dijangka mencapai US$1.9 trillion dalam tahun 2013.

20.    Kita berharap pemulihan ekonomi di negara-negara maju akan berterusan dan Sabah akan menjadi tempat untuk para pelabur dari dalam dan luar negara menanam modal pelaburan mereka di sini.

21.    Setelah mengambilkira penjelasan yang saya huraikan sebentar tadi, Kementerian saya akan melipatgandakan lagi usaha untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri perindustrian yang maju.  Di samping itu, agensi-agensi di bawah Kementerian saya akan menjadi pengerak utama untuk mencapai hasrat ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved