ads

Jumaat, 13 April 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Kejadian Tanah Runtuh <b>Di Lahad Datu</b> | Anjung Maya

Posted: 18 Feb 2012 03:43 AM PST

LAHAD DATU: Dua orang maut, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, apabila rumah di lereng bukit di Kampung Terusan yang mereka diami, tertimbus dan ranap dalam kejadian tanah runtuh, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod, berkata mangsa pertama, seorang kanak-kanak perempuan dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada jam 10.55 pagi manakala mangsa kedua, seorang wanita dewasa, dijumpai kira-kira jam 11.10 pagi.

Katanya, kedua-dua mangsa yang mempunyai kaitan kekeluargaan yang namanya belum dikenal pasti itu, ditemui di dalam sebuah bilik di dalam rumah yang ranap sama sekali akibat runtuhan tanah dan pokok kelapa sawit serta pohon kayu.

Menurut Mohd Apandi, ketika kejadian, seramai tujuh orang berada di dalam rumah berkenaan namun empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.53 pagi tadi sebelum mengejarkan anggotanya ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat yang disertai anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam dihentikan kira-kira jam 12 tengah hari tadi. – BERNAMA

Tags: , , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved