10 di kinabatangan - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Indeks jenayah <b>di Kinabatangan</b> turun 30 peratus Posted: 06 Nov 2011 03:03 PM PST KINABATANGAN 6 Nov. – Daerah ini mencatatkan penurunan 30 peratus indeks jenayah dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Jaini Abdul Kadir berkata, sebanyak 174 kes direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 249 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. "Pada peringkat awal pelancaran kempen mengurangkan jenayah mungkin ramai yang berasa sangsi terhadap sasaran dan pencapaian Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Bagaimanapun berkat usaha gigih daripada semua pihak membolehkan tugas yang berat ini dicapai dengan jayanya dan jenayah dapat dikurangkan," jelas beliau. Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Nota Persefahaman Strategik antara PDRM dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kinabatangan di sini semalam. Turut hadir Pegawai Daerah Kinabatangan, Hashim Abdul Hamid dan Pegawai JPNIN Kinabatangan, Marry Tai. Menurut Jaini, penurunan indeks jenayah berkenaan membuktikan PDRM telah berjaya mencapai sasaran mengurangkan kes jenayah. Bagaimanapun katanya, penurunan itu memberi cabaran yang lebih besar kepada pihak polis untuk menurunkan indeks jenayah ke paras yang lebih rendah pada masa akan datang. "Pada masa depan polis akan menggiatkan usaha membanteras jenayah dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat," katanya. Sementara itu beliau berkata, kebanyakan kes yang dilaporkan pada tahun ini berlaku di kawasan ladang kelapa sawit. "Sebanyak 53 peratus kes dilaporkan berlaku di kawasan ladang manakala 47 peratus berlaku di kampung dan pekan," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan