ads

Khamis, 19 September 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Pengganas sulu tidak ada kaitan kes culik sembilan lelaki <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2013 07:07 AM PDT

by AMIR ANUAR. Posted on August 30, 2013, Friday

TAWAU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan wujudnya hubungan antara kes penculikan terbaru di Semporna melibatkan sembilan mangsa di perairan Silapak Selasa lepas dengan pengganas Sulu.

Menurutnya, hasil risikan dan kerjasama daripada pihak berkuasa di negara jiran menunjukkan kumpulan bersenjata yang mendalangi insiden penculikan itu sudah dikenalpasti sebagai perompat laut biasa.

"Setakat ini, kita sudah mengenalpasti dua kumpulan perompak laut dan siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan sebelum tindakan lanjut diambil," katanya sambil mengesahkan kumpulan terlibat bergiat di perairan berhampiran dua negara ini.

Hamza berkata masyarakat khususnya penduduk di sekitar Pantai Timur Sabah tidak perlu bimbang ataupun khuatir dengan keselamatan mereka kerana keadaan di negeri ini berada dalam situasi terkawal dan selamat.

Menyentuh mengenai kes terbabit, beliau berkata insiden Selasa lepas melibatkan kes rompakan beberapa barangan berharga seperti wang tunai dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai sekitar RM1,300 dari kapal nelayan.

"Kita harap masyarakat tidak perlu takut atau bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mengatakan bahawa negeri ini berada dalam ancaman bahaya dari pihak luar, kerana secara kasar terdapat lebih 10,000 anggota keselamatan ditempatkan di negeri ini," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menghadiri sesi Pembaharuan Lesen Senjata Api Pistol 2013/2014 di IPD Tawau di sini kelmarin menegaskan pada tahun ini juga menyaksikan indeks jenayah berjaya diturunkan buat tahun keempat berturut-turut.

Mengulas lanjut, Hamza meminta masyarakat khususnya pemimpin setempat untuk membantu memberi penerangan kepada orang ramai berhubung isu keselamatan di kawasan masing-masing berasaskan sumber yang sahih dan disahkan pihak berkuasa.

"Sekarang pasukan keselamatan kita diperkuatkan dengan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), tentera, Pasukan Gerakan Am, Angkatan Tugas Bersama, Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Nelayan dakwa ditahan sekumpulan lelaki <b>di</b> perairan Silapak <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 07:25 AM PDT

SEMPORNA – Seorang nelayan mendakwa beliau dan lapan lagi nelayan lain ditahan sekumpulan lelaki bersenjata di kawasan perairan Silapak, Semporna.

Menceritakan kejadian itu, Muhammad Asri berkata dia dipaksa menaiki sebuah bot yang membawa sekumpulan lelaki bersenjata yang memintanya menunjukkan jalan ke Pulau Mabul kononnya ada keluarga mereka yang berkahwin di sana.

"Ketika itu, saya bersama dua abang ipar menangkap ikan di perairan Silapak, berhampiran Pulau Bum-Bum sebelum kami dihampiri bot kumpulan lelaki itu pada kira-kira 7 petang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Beliau berkata, bagaimanapun ketika dalam perjalanan ke Pulau Mabul, kumpulan itu meminta bot yang mereka naiki pergi ke Pulau Kapalai apabila melihat lampu yang cerah di pulau itu dan diberitahu bahawa ia merupakan tempat pelancong asing.

Apabila hampir tiba di Pulau Kapalai, anggota kumpulan itu memakai topeng dan mengeluarkan senjata, tetapi ketua kumpulan itu meminta pengemudi bot segera berundur bot apabila melihat terdapat sekumpulan anggota keselamatan di jeti pulau itu, katanya.

Muhammad Asri mendakwa bot mereka kemudian menghala ke Pulau Omadal dan dalam perjalanan itu, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan berhenti berhampiran sebuah bot nelayan dan memaksa kesemua lapan nelayan di dalam bot itu menaiki bot mereka.

Kesemua mereka kemudian diarah terjun ke laut dan berenang menyelamatkan diri ke arah sebuah bot nelayan lain, katanya.

Lapan nelayan itu dihantar ke bot mereka semula manakala Muhammad Asri dihantar ke jeti di Semporna dan tiba di sana kira-kira jam 4 pagi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.

Pulau Mabul merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.

Pulau Mabul merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohamad Mantek berkata kejadian itu bukan kes penculikan sebaliknya nelayan berkenaan hanya ditahan dan dilepaskan dalam tempoh 24 jam.  

Mohamad berkata laporan polis daripada mangsa mengenai kejadian itu telah dibuat dan motif kumpulan itu bertindak demikian serta jumlah keanggotaan kini dalam siasatan.

Polis sedang mengesan kumpulan itu dan rondaan pasukan keselamatan telah dipertingkat, katanya. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved