10 di nabawan - Google Blog Search |
LAWATAN TIM DEVOSI KERAHIMAN ILAHI KSFX KE <b>NABAWAN</b> <b>...</b> Posted: 23 Feb 2012 07:05 AM PST
Ketibaan rombongan di Kg. Bahagia (Gereja Kerahiman Ilahi) pada jam 5.15 petang telah disambut oleh Pengerusi saudara Palawat Kerion dan Timbalan Pengerusi Cikgu Nora beserta umat. Katekis Rita Titing terlebih dahulu memimpin doa pembukaan kemudian disusuli dengan ceramah oleh Rev. Fr. Justin Joannis SJ yang menyentuh tentang Pemantapan Iman. Manakala Tim Kerahiman Ilahi menyampaikan ceramah berkenan dengan Devosi Kerahiman Ilahi. Selepas sesi ceramah, sesi perkongsian dan soal jawab oleh umat di Kampung Bahagia.
Melalui perkongsian Saudari Annie Leong pula, wakil Tim Devosi Kerahiman Ilahi KSFX, doa yang disertai dengan penuh kepercayaan pasti didengar oleh Tuhan menurut kehendakNya. Beliau mengongsikan pengalaman seorang kawannya yang hampir menemui ajalnya kerana penyakit tenat, telah berjuang dalam Devosi Kerahiman Ilahi agar dapat melihat kelahiran cucunya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir dan ternyata Tuhan mendengarkan permohonannya. Selang beberapa tahun beliau pun kembali kepada Tuhan. Program berakhir pada jam 10.30 malam. Melalui lawatan tersebut umat mengharapkan agar adanya kunjungan seterusnya yang melalui aktiviti seperti itu dapat membantu mereka untuk terus memperkembangkan iman. Denis Zeno |
You are subscribed to email updates from di nabawan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan