ads

Ahad, 9 Disember 2012

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Ging Bubut <b>Sabah</b> FM Jelajah Seluruh <b>Negeri</b> <b>...</b> - Macam <b>Di</b> KK

Posted: 04 Dec 2012 04:49 PM PST

KOTA KINABALU- Ging Bubut, sebuah medium penyampai Sabah FM bertemu dengan pendengar di lokasi, akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri untuk beramah mesra dengan pendengar setia saluran radio Jabatan Penyiaran negeri itu.

Pengurus Sabah FM Zainuddin Jamlu berkata program jelajah itu juga akan memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat mengenai program dan dasar kerajaan kepada masyarakat.

"Menerusi Ging Bubut yang dilancarkan pada Ogos 2010, kami cuba untuk membina pangkalan data masayarakat setempat supaya mudah bagi kami untuk menghebahkan maklumat kerajaan kepada golongan sasar.

"Selain membawa acara hiburan, Ging Bubut juga memainkan peranan dalam memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya pada sidang akhbar mengenai jelajah itu di sini Selasa.

Zainuddin berkata program jelajah itu yang menampilkan 12 personaliti juruhebah Sabah FM akan melawat Telupid, Beluran, Kinabatangan dan Sandakan mulai hari ini hingga 7 Dis, Tambunan, Keningau, Nabawan dan Tenom pada 10-12 Dis dan Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna pada 26-30 Dis.BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved