ads

Isnin, 2 April 2012

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


BUGIS <b>SABAH</b> MESTI ADA WAKIL <b>DI</b> DALAM RCI DAN <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 06:40 PM PDT

Beberapa artikel penulis sebelum ini mendapat respon dari pembaca di Sabah. Namun pagi ini, penulis tersentak membaca artikel di bawah. Bagaimanakah YB Jimmy Wong, DAP, Sri Tanjung boleh diberi harapan permohonannya menjadi Anak Negeri Sabah. Bagaimanakah masyarakat Bugis Sabah yang sudah beratus tahun atau berpuluh tahun yang lahir di Sabah, ibu bapa mereka lahir di Sabah, ibu bapa mereka berada di Sabah sebelum tahun 1957, atau sebelum tahun 1963, atau ibu bapa mereka yang bekerja dengan Kerajaan British di Sabah, bersekolah dari Tadika hingga bekerja dan banyak lagi kategori...apakah beza mereka ini dengan YB Jimmy Wong ini.

Baca Laporan berita di bawah,

Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan


KOTA KINABALU 28 Mac — Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong daripada, Jimmy Wong.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri ahli DAP tersebut atas beberapa faktor.
Beliau berkata, ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.
"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.
"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.
Bagaimanapun, Hajiji berkata, keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas. — BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penulis ingin mencadangkan supaya wakil-wakil Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS), Bugis Sabah, Persatuan Rumpun Melayu Bugis Malaysia, Kecapi dan lain-lain NGO Bugis supaya mengambil bahagian di dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan DiRaja) dan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kedua-dua saluran ini akan memberi banyak keuntungan kepada masyarakat Bugis di Sabah.
Hanya pandangan penulis, kita mestilah akur kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Jika Rexy Mainaky dari Indonesia, Yuan Yu Fuang dari China dan banyak lagi yang diberi taraf kerakyatan Malaysia kerana sumbangan mereka kepada negara Malaysia, maka anda yang sememangnya layak sudah tentu tidak mempunyai masalah. Hanya nasehat penulis, ikuti segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved