10 di kota belud - Google Blog Search |
SAIDATUL BADRU BERTANDING <b>DI</b> PARLIMEN <b>KOTA BELUD</b> Posted: 22 Mar 2012 12:43 AM PDT Walaupun dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud yang diadakan pada Hari Jumaat minggu lepas tidak langsung menyebut nama Datin Saidatul Badru, kakak kepada Datuk Salleh Tun Said dalam penyenaraian calon pilihan UMNO Bahagian itu pada PRU 13 akan datang, NAMUN dari sumber primer politik 'membisikkan' bahawa Datin Saidatul mengakui sendiri akan bertanding di kawasan Parlimen P169. Cuma yang tidak pastinya ialah atas TIKET apa? Walaupun sebelum ini Datin Saidatul Badru pernah memenangi pemilihan G7 UMNO KB sekembalinya ke pangkuan parti itu setelah sekian lama berkelana dalam parti PKR,namun sekiranya Datin Saida bertanding di Parlimen, bermakna cadangan penyenaraian calon oleh UMNO KB itu sebenarnya hanya bermatlamat 'meredakan' ketegangan di kalangan AJK Bahagian yang mahukan calon yang banyak menyumbangkan bakti kepada Parti berkenaan di KB. Sepekara yang perlu diingat ialah walaupun UMNO KB telah menyenarikan calon pilihan mereka, namun kepedulian UMNO Negeri dan UMNO Pusat sangat besar kemutlakannya untuk menentukan Siapa bakal Calon pilihan yang tepat dan boleh menang. Kini semakin dekat PRU 13 ibi, medan lobi melobi masih berjalan.Justeru apakah akan termakbul hasrat Datin Saida untuk bertanding dalam parlimen KB atau tidak, masih terlalu awal untuk disimpulkan.Besar kemungkinan jika tercapai, akan berlaku sabotaj di kalangan ahli UMNO KB ,bahkan di kalangan AJK bahagian kerana nama calon yang mereka cadangkan tidak diambil penduli. Ketua Menteri Sabah selaku pemutus lebih sentiasa berwaspada jika mahukan kemenangan UMNO yang bersinambungan di Kota Belud. Sebagai rekod, Jawatan terakhir Datin Saidatul Badru dalam PKR ialah Naib Presiden. Datin Saida pernah bertanding pada PRU 2004 di N 12 Karambunai dalam Parlimen Sepanggar atas tiket PKR dalam satu lawan satu dengan calon BN Jainab Ahmad. Dalam Pertandingan itu, Datin Saidatul Badru tewas dengan memperolehi undi 3834,manakala Jainab memperolehi undi 6360. Pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud Jumaat lepas menyenaraikan calon-calon berikut bagai Parlimen P169 Kota Belud : Datuk Rahman Dahlan (Penyandang), Sdr Awadnir Matanggal ( Timbalan ketua Bahagian UMNO KB), Sdr Roslan Hj. Manshor ( AJK Biro Pendidikan UMNO KB) Sdr Tungking ( OKK) dan Sdr Marali Adim. Desas desus sebelum ini menyatakan bahawa Datuk Rahman Dahlan tidak akan dicalonkan semula di KB. Bermakna kepimpinan UMNO KB mempunyai 4 pilihan lagi seperti yang diputusan dalam mesyuarat berkenaan. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan